4 January 2015

Instrumen Pemeriksaan Bertema Pemeriksaan Persediaan Sekolah Awal Tahun 2015 (PPSAT)

Monthly gathering
Wati-Liza-Ida-
Another year..still my bff

Lagi seminggu sekolah nak buka. Double check instrumen PPSAT dibawah Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti untuk memastikan semua keperluan di bawah UBK bersedia untuk memulakan sesi persekolahan.
http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=4531


Check satu persatu dan instrumen ini boleh dijadikan rujukanku setiap tahun jika tiada perubahan
Instrumen ini lagi mudah hanya ada ya, tidak (kena bagi sebab) dan tidak berkaitan berbanding instrumen pemantauan semalam dari BPSH, KPM. Tapi item bawah UBK lebih banyak dari instrumen semalam.

Pertama bilik kaunseling dah bersedia digunakan pada hari pertama persekolahan sama ada bilik kaunseling individu dan kelompok.


Guru Kaunseling telah menyediakan buku rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. 

Sebab utama kenapa kami kalut kalau dapat buku rekod lambat sebab banyak nak ditampal dan ditulis di buku sebelum hari pertama...dan hingga sekarang buku rekod kaunseling sahaja yang tidak sampai sampai lagi,

Perancangan tahunan perkhidmatan UBK 2015 telah disediakan.
Yang ni memang wajib sebelum cuti sekolah tahun lepas lagi

Jadual Waktu Guru kaunseling disediakan dan dipamerkan. 
Tahun ini saya bercadang menyediakan jadual waktu yang formal dan di tampal di pejabat selain dari UBK, dan semestinya satu salinan kepada guru yang membuat relief agar dapat memberikan relief  8 waktu seminggu sahaja atau kurang. So far, tahun ini hasil perbincangan dengan guru yang menyediakan relief, kami sering mendapat 8 masa seminggu atau kurang. Win win situation :)

Guru Kaunseling merancang perlaksanaan pentaksiran psikometrik 2015
Oleh kerana kami penyelaras maka memasukkan dalam takwim dapat membantu pengurusan PBS dan aktiviti sekolah yang lain melibatkan pelajar pada hari tersebut.

Perlaksanaan Amalan Guru Penyayang (Surat Siaran KPPM Bil 4/ 2012)
Selaku setiausaha dasar KPM,  amalan guru penyayang ini memang dijalankan di peringkat sekolah dengan jawatankuasa yang sering memberikan kerjasama kepada saya. Antara yang akan dipantau

1) Menubuhkan Jawatankuasa pelaksana guru penyayang peringkat sekolah
2)Melaksanakan amalan mengalu-alukan kehadiran murid pada awal sesi persekolahan
3)Aktiviti program mentor mantee tersenarai dalam takwim 2015

 

Telegram Channel