Kak Yati,
Selamat bertugas di tempat baru,
Selepas hampir 25 tahun di SMKC!
Hari ni balik dari bilik kaunseling sekolah, saya ke HUKM dengan Afiqah untuk menziarahi anak ustazah yg sakit. Berkaitan dengan buah pinggang. Ustazah Tengku Laila merupakan guru senior yang paling byk bekerjasama dengan saya di sekolah ini. Antara guru senior di sekolah ini dan Tonggak AJK Kebajikan sekolah. Dibawah projek guru penyayang, ustazah selaku penyelaras sambutan dan perayaan dan sentiasa menjaga kebajikan guru dan pelajar di sekolah ini. Beliau yang paling sibuk berkejar sana sini untuk kutipan dan sumbangan kepada warga sekolah yg tidak bernasib baik. Beliau juga sering update cerita masalah keluarga para pelajar yg diketahuinya. Kami juga sentiasa update kes pelajar yg perlu dirujuk dari semasa ke semasa. Lawatan ke rumah pelajar pun adakalanya kami berdua. Antara guru yg saya segani di sekolah ini kerana cara kerjanya terutama dalam menjaga aspek kebajikan pelajar dan guru. Ujian manusia ini unik dan pelbagai. Di saat tumpuan terhadap mangsa banjir, dugaan orang lain pula lain ujiannya.
Semoga ustazah tabah menghadapinya.