10 January 2015

Jadual Waktu Guru Kaunseling

Projek jahit lencana sekolah


Jadual Waktu Guru Kaunseling dibina sendiri oleh guru kaunseling. Tidak seperti guru akademik lain, jadual waktu mereka dibina oleh Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Guru kaunseling akan membina jadual waktu mereka sendiri mengikut keperluan sekolah masing- masing. Kat bawah ini ialah jadual waktu saya bagi tahun 2015. Secara formalnya dari hari Isnin hingga Khamis waktu balik ialah pada pukul 2.30 petang iaitu pada masa ke 10.

Jadual ini perlu dipamerkan bukan setakat diletakkan ke dalam buku rekod. Jika dilihat pada jadual saya, PDM ialah pengurusan disiplin murid memandangkan kami terlibat dengan pengurusan disiplin pelajar yang datang lewat maka biasanya pada pagi hari selepas sambutan pelajar di pintu pagar untuk program guru penyayang, kami akan bersambung untuk aktiviti bersama pelajar yang datang lewat sama ada bergilir tugas dengan partner saya. Adakalanya saya terus ke bilik kaunseling dan partner saya akan  bersama guru disiplin. Tindakan disiplin akan dijalankan oleh guru disiplin manakala beberapa pelajar yang perlu dirujuk akan bersama guru kaunseling. 

Jumaat pagi pula merupakan slot bacaan Yaasin bagi pelajar Islam manakala bagi pelajar Moral ialah slot sahsiah diri. Oh ye setiap Jumaat minggu ketiga setiap bulan, merupakan slot guru kaunseling bersama pelajar Moral dengan pengisian topik berpandukan dari pantia Moral. 

Setiap Khamis pukul 1.10 tengah hari merupakan dialog prestasi dan taklimat profesionalisme melibatkan semua guru sesi pagi. 

JADUAL WAKTU
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SESI PAGI)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS, KUALA LUMPUR

NAMA GURU KAUNSELING    : NURHAIZA BT CHE MAT KB.Pa

WAKTU
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
ISNIN
PERHIMPUNAN
KI
R
KI
PBK
PBK
KI
KI
PP
PP
SELASA
PDM
KI
E
PBK
KI
KI
PBK
KI
PP
PP
RABU
KK
KK
H
PBK
KI
KI
PP
PP
KOKO
KOKO
KHAMIS
PDM
KI
A
PP
PP
KI
PBK
KI
DIALOG
PRESTASI
DIALOG
PRESTASI
JUMAAT
 SAHSIAH
KI
T
KI
KI
PBK
PP
KK
PP
SABTU

CUTI/AKTIVITI/PROGRAM/KELAB/PRS PERINGKAT SEKOLAH/PPD/JPWPKL
AHAD
**Masa dan pengisian dalam jadual di atas terkluk kepada perubahan dan keperluan semasa

PETUNJUK:    

                        PP        -           PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
                        KI         -           KAUNSELING INDIVIDU
                        KK        -           KAUNSELING KELOMPOK
                        PDM     -           PENGURUSAN DISIPLIN MURID (Program Operasi Lewat
                 PBK     -           PROGRAM BIMBINGAN KELOMPOK (Kemahiran Belajar, keibubapaan,                                                                     kepimpinan, akademik, kerjaya, pendidikan dan pencegahan dadah dan HIV/AIDS                                                  dan lain-lain
Disediakan Oleh                                                                                                                       Disahkan oleh;


(NURHAIZA BT CHE MAT KB.Pa)                                                                 ( HAJAH KAMARIAH BINTI ABU)
Guru Kaunseling                                                                                                 Pengetua,
SMK Cheras, Kuala Lumpur                                                                              SMK Cheras, Kuala Lumpur






                        






 

Telegram Channel