Total Pageviews

3 December 2013

Oh SPM 2013: Calon Persendirian

Disember please be nice to me.

Hari ni merdeka ! Last paper jaga SPM..dan last duty sebagai ketua pengawas 015. Macam macam pengalaman yg dpt di sini. Menariknya tentang pusat persendirian SPM tahun ni ialah ia bergabung dengan nombor pusat sekolah. Kalo dulu ketua pengawas khas untuk jaga pusat persendirian tapi tahun ni dimasukkan sekali bawah calon pusat sekolah. Yang tak bestnya byk sangat paper laa..kena check betul betul sampai kena pakai buku rekod pengawasan tambahan tuu. Yang bestnya dapat pusat yg dekat sgt dengan bilik kebal so takyah risau nak redah jem pegi balik dari pusat peperiksaan. Dahla dari rumah pun dah cukup risau redah jem dan pembinaan MRT lagi buatkn jem..fuhh 28 km tuu dok Kajang - cheras ibarat sejam lebih perjln.

Dan melengkapkn lagi rezeki best tu bila dapat sekolah pemurah bagi elaun mkn rm5 setiap kali jaga exam. Jumlah tu mmg sangat lumayan.. dan pertama kali dpt elaun mkn jaga exam dari sekolah. Calon pusat ni tak mcm calon pusat persendirian di sekolah menengah harian biasa yg lain yg ambik SPM sbb result tak bagus atau nak baiki result yg gagal atau sekadar lulus. Tapi calon disini mempunyai latarbelakang akademik yg agak baik di bidang masing masing.

Seorang calon perempuan berpurdah dan menutup sebahagian mukanya merupakan tenaga pengajar sekolah tahfiz swasta yg pernah belajar sehingga di afrika selatan seawal umur 16 tahun. Memerlukan SPM agar memudahkn untuk bekerja dalam sektor kerajaan di Malaysia. Pertama kali berhadapan dgn calon camni saya mengajaknya ke tandas untuk membuka penutup mukanya agar saya dapat melihat mukanya sama seperti dalam kad pengenalan dan memohon maaf. Calon memberitahu dia tidak pernah membuka penutup mukanya di luar rumah menyentuh hati saya. Seorang calon lelaki India mengambil mata pelajaran aliran sains semata mata untuk meningkatkan gred A bagi mengikuti kursus perubatan. Masih teringat ibunya masuk ke dalam bilik peperiksaan sewaktu calon mula memasuki bilik peperiksaan semata mata untuk mencium pipinya dan saya hanya tersenyum melihat ibunya dan paper belum diletakkan di atas meja . Ada calon adik beradik yg terus mengambil kursus 0  Level selepas PMR dan bila nak futher study oversea dan ingin memohon biasiswa terpaksa ambil SPM yg merupakan syarat untuk memohon biasiswa. Yang paling menarik calon yg memang sebijik mcm orang Indonesia dari raut wajah dan cara berpakaian seperti pekerja kontrak hingga pernah dimarahi pengetua krn memasuki kawasan peperiksaan dilarang masuk. Mungkin pengetua juga mengingatkan yg calon SPM itu adalah pekerja pembinaan yang  tersalah masuk lorong peperiksaan maklumlah calon peperiksaan persendirian memakai baju bebas dan bukan pakaian seragam sekolah. Hanya apabila saya memanggil calon tersebut barulah pengetua sedar dia merupakan calon huhuhu..kesian calon tu terpinga pinga kena marah. Rupanya memang dia dibesarkan di Indonesia dan mengikuti sekolah pondok dan hanya apabila dewasa dtg balik ke sini dan perlu mengambil SPM untuk bekerja. Sorang calon lak ambik Kimia tapi dlm JKC tulis Sains saje so tak pasal pasal dpt status calon cicir krn slip peperiksaan mmg betul ambik Kimia.

Pengalaman calon sekolah lak macam macam peel..yg pernah buat saya panik bila hidung seorang pelajar tetiba berdarah dan mujurla guru bertugas di sekolah ini sentiasa ada untuk standby ..so senangla uruskan perubatan dan pelajar menghadapi exam dgn tisu di hidung dan air batu di pegang di kepala. Mujurla pelajar dapat menjawab dgn cepat dan byk yg dpt dijawabnya sblm pendarahan. Saya memintanya bertukar ke bilik kosong yang lain dan sambil mengawasinya kerana bimbang akan menarik perhatian pelajar lain di dalam kelasnya jika dia masih lagi dalam keadaan berdarah hidung.

Mendapat pusat exam yg berdekatan dgn bilik kebal memangla kena double berhati hati coz bebila je penyelia kawasan ke, org jabatan ke, org peperiksaan ke akan dtg memantau. Mendapat team yg majority lebih berumur dari saya hanya seorang je yg muda dr saya mula mula tu cam ala...huhu. segan nak bagi arahan atau mintak tolong diaorg angkat karung yg berat tu tapi bila dah start duty mmg best team ni tak berkira sangat dan tak stress. Saya cuba mengatur jadual untuk keselesaan semua orang dan alhamdulillah
Allah memudahkan urusan hingga tiba ke penghujung peperiksaan. 

61 comments:

Anonymous said...

Salam bagaimana calon persendirian menjawab ulkcp

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

biasanya senarai nama akan diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengatur tarikh ulkcp pada masa dan tempat yang ditetapkan. Sila berhubung dengan JPN dari semasa ke semasa.Jadual waktu sepatutnya diperolehi sebulan sebelum tarikh peperiksaan dan surat pemberitahuan ulkcp.Sewaktu kamu mendaftar untuk calon peperiksaan persendirian kamu boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai tarikh ulkcp yang biasanya dijalankan sebelum peperiksaan bertulis.

Anonymous said...

kalau ujian lisan tu pakaian calon camana?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Pakaian bebas seperti calon seat ambik spm ulangan. Tapi berpakaian kemas dan formal.

Unknown said...

Salam puan
Saya nak ambik medik tapi addmath C+
Boleh ke ulang balik untuk addmath je?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam
Boleh mengulang semula untuk Add Math paper Nov. Dateline 31 mac untuk permohonan mengulang paper. Cikgu cadangkn 28 mac isnin ni juga kamu memohon agar checklist permohonan dpt disediakan sblm tarikh tutup. Semoga berjaya

Red velvet said...

Salam puan bolehkah puan terangkan pakaian bagi calon persendirian bagaimana

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Calon persendirian dibenarkan memakai baju yg kemas dan sopan. Tidak semestinya berbaju kurung. Calon perempuan boleh memakai pakaian kasual berskirt atau berseluar.

Unknown said...

Salam puan, boleh ke calon persendirian ambil paper addmath bio kimia dan fizik saja ?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam adib
Calon persendirian Boleh ambil 4 subjek tu dengan bayaran bagi setiap paper yg diambil. Malah mengambil satu subjek sahaja pun dibolehkan.bagi tahun ini pendaftaran calon persendirian telah ditutup. Anda boleh merujuk ke lembaga peperiksaan JPN anda

Unknown said...

Assalamualaikum nk tnya lpas raya syida ad ujian lisan bahasa arab utk calon persendirian n klu pakaian blh ke pkai jbah sbb bju kurung saya xada .

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam Nur Syahidah

Boleh memakai baju yang sesuai seperti jubah.

nurhasanah said...

Assalamualaikum.Sy nak tanya, kalau repeat paper sbb nak baguskan keputusan,mcm mana slip keputusan ya? Dia paparkan keputusan untuk paper yg repeat sahaja atau dia sekalikan dgn paper spm yg dulu? Cth: sy nak repeat bio,fizik,add m3 dan kimia.Jadi dekat slip keputusan nnt hanya ada 4 paper ni atau dia include sekali paper spm lepas, (bm,bi,sejarah dll) terima kasih.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Slip keputusan spm ulangan akan paparkan result ulangan shj sepwrti jika anda ulang bio, fizik, add math dan kimia maka 4 subjek ni shj yg akan keluar result. Jadi jika anda menggunakan spm utk masuk institusi pengajian tinggi atau memohon pekerjaan, dua slip ini perlu disertakan iaitu slip result.spm tahun semasa dan slip result spm paper ulangan

Anonymous said...

assalamualaikum. nak tnya klau result spm persendirian tu kita kena ambil d skolah sperti calon sekolah atau akan dipos kerumah?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam
Yang pastinya bukan diambil di sekolah tempat anda mengambil peperiksaan tersebut. Boleh rujuk unit peperiksaan di jabatan pendidikan negeri tpt anda mendaftar untuk calon persendirian

aiman said...

Assalamualaikum.Saya baru tamat spm 2016.Tetapi pada tahun ini saya ingin mengambil peperiksaan bahasa arab.Adakah boleh? Mohon penjelasan.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Pada bulan mac setiap tahun, jabatan pendidikan negeri membuka permohonan calon spm persendirian. Anda boleh merujuk kpd list subjek yg ditawarkan dgn bayaran tertentu.

Anonymous said...

Assalamualaikum kaunselor,sy berumur 34 thn sy dan sy tidak pernah menduduki spm.. Tp sy berminat dalam bidang pengajian undang-undang, jadi sy berazam untuk mengambil spm tahun ini. Apa subjek yg perlu sy ambil selain mata pelajaraan teras..

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Memandangkan anda telah lama meninggalkan alam persekolahan, lebih baik anda fokus terhadap subjek teras sahaja kerana silibus sekarang sgt berbeza di zaman anda tingkatan lima dahulu. Cuba skor kredit sekurang kurangnya C untuk subjek teras ini. Jgn lupa mendaftar spm anda. Semoga berjaya

Anonymous said...

Assalamualaikum kaunselor, Saya muhd Taufiq Azman saya ni ada masalah pembelajaran saya tidak boleh ingat setiap apa yg saya belajar...tahun 2014 saya ada amik spm tapi x dpt sijil sbb sejarah x lulus , lepas tu pada tahun 2015 saya amik subjek sejarah pun x lulus pening saya . saya nk cuba ambil 6 subjek ni pada tahun 2018....

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Tahun 2014 anda tidak mendapat sijil krn masalahdgn Sejarah sahaja kah atau dgn 6 result yg lain juga. Ini krn jika 6 result yg lainjuga tidak ok, maka disarankan anda ambil Sejarah juga. Untuk sejarah anda tidak boleh membaca di saat akhir krn terlalu byk fakta. Ia perlu dilatih tubi byk kali untuk disimpan di memori jangka pjg. Dgn adanya paper 3 anda boleh score untuk lukus krn konsep open book test tetapi anda perlu belajar di kelas tambahan dgn guru sejarah yg mengajar di sekolah menengah krn mereka mempunyai pengalaman dan membimbing anda mengenai topik yg anda lemah.

Anonymous said...

Adakah kemestian untuk memakai tudung pade hari teesebut

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Lembaga peperiksaan tidak pernah mengeluarkan arahan menghalang org Muslim yg tidak memakai tudung dari mengambil peperiksaan spm atau spm ulangan.

Maniac Writer said...

Nak tanya. Masa ujian lisan bm dan bi tajuk akan diberikan oleh pemeriksa atau tajuk bebas, pilih sendiri?

Unknown said...

ujian lisan hanya untuk bm dan bi sahaja atau ada subjek lain..percubaan spm perlu diambil atau tidak..?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam Intan
Lisan BM dan BI akan ditentukan oleh pemeriksa

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam Syakira
Ujian lisan utk subjek bahasa. Tidak perlu mengambil peperiksaan percubaan SPM

Anonymous said...

asslmlkm...nk tnya.klu nk ambl spm psndrian brpa yuran dan hrga stiap sbjk yg d ambl. dan adakah layak bg mrka yg ambl spm psndrian untk smbung bljar dkt mna2 kolej...

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Kamu boleh merujuk kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kerana sbg calon persendirian, bayaran pendaftaran dan yuran setiap subjek elektif berbeza. Tidak mahal hanyalah antara RM 10 dan di bawah RM 15 untuk setiap subjek. Kelulusan spm persendirian boleh lagi melanjutkan pelajaran ke kolej

August 14, 2017

 

Anonymous said...

spm ulangan pakaiannya bebas jugak ke ?
sama mcm spm persendirian la ye ?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Ya. Pakaian bebas asalkan sopan dan tidak menjolok mata, serta kemas dan formal.

Anonymous said...

Assalamualaikum, maaf menganggu saya ada soalan nak ditanya. bolehkah saya minta alamat email untuk menghubungi cikgu?

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya ada soalan nak ditanya. Bolehkah saya minta alamat email untuk menghubungi cikgu?

Anonymous said...

assalamualaikum kaunselor saya nak ambil spm tpi tahun dpn umur saya cecah 18 thun layakkah saya utk belajar di sekolah kerajaan seperti biasa sblum ni saya berhenti disbbkan masalah keluarga...

Anonymous said...

Salam Counselor. My son attend SPMU tomorrow, is he allow to wear long jeans and round neck long T shirt?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam.
Yes he can wear that for tomorrow

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Waalaikummussalam
Di Malaysia sekolah kerajaan mengikut kohort umur. Jika berumur 18 thn tidak boleh mengikuti kelas ting 5 di sekolah kerajaan namun ia bukan satu mandatori. Anda boleh memohon rayuan utk ke ting 5 dan mengemukakan dokumen yg diperlukan untuk dipertimbangkan dalam kes kes khas. Semoga betjaya mengambil spm tahun ini. Maaf cikgu terlewat balas baru perasan ada mesej ni.

iffah liyana said...

assalamualaikum, saya ingin bertanya. saya merupakan pelajar vokasional. semasa di kolej vokasional saya telah menduduki spm setara bm dan sej. saya bercadang untuk mengambil peperiksaan spm persendirian bagi subjek math, bi, agama dan sains pada tahn 2019. bgi pendapt puan, saya perlu mengambil spm atau terus sambung belajar untuk degree ?

Yana said...

assalamualaikum, saya iffah. saya merupakan pelajar vokasional. semasa di kolej vokasional, saya telh menduduki peperiksaan setara bm dan sej. saya juga bercadang untuk menduduki pperiksaan spm persendirian bagi subjeh bi, math, sains and agama. pada pendapat puan, saya perlu ambil spm persendirian atau saya terus sambung belajar untuk degree ?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam Yana
Murid sekolah vokasional mempunyai keistimewaannya yang tersendiri untuk laluan kemahiran , diploma kemahiran dan mempunyai tahap kemahiran tertinggi setara ijazah. Namun jika anda mengambil subjek untuk SPM persendirian dan mendapat keputusan yang baik, anda boleh ke laluan yang bukan kemahiran iaitu laluan akademik biasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat bukan kemahiran.

shafiq azhar said...

Nk tanya..haritu Saya ambik spm ulangan pada bulan jun sejarah sahaja Dan Saya dpt keputusan sejarah lulus..jadi nnti kalau dh dpt sijil spm..dlm sijil tu ada subjek sejarah sahaja kaa atau pun semua subjek spm yg sebelumnya?

Anonymous said...

I couldn't resist commenting. Exceptionally well written!

exemplification; ,

Unknown said...

nak Tanya boleh saya pakai baju Punjabi ke spm ulangan November tahun INI?

Anonymous said...

Terima kasih ya. Sangat membantu. Lagi-lagi saya tgh pening tadi pasal dresscode, nasib baik saya terjumpa blog ni. Menyesal tak tanya staff kat PPD hari tu =='

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

sama sama. apa shj pakaian yg sopan dan kemas seperti anda ingin menghadiri interview adalah dibenarkan

Unknown said...

Lelaki Boleh pakai jubah tak?

Unknown said...

Boleh pakai jubah tak?sbb saya tkde formal dresscode

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Tiada masalah jika ianya sopan.

Anonymous said...

salam , jika aliran sastera ingin mengambil spm bio fizik kimia sahaja boleh ke ?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

salam. boleh ambil 4 subjek tersebut sbg persendirian walaupun anda murid aliran sastera tetapi bukan pd SPM tahun semasa anda kerana jika spm thn semasa anda masih perlu menjadi calon sekolah krn masih bersekolah. Dan ada had bilangan subjek SPM yg perlu didaftarkan. Tetapi jika anda ambil pakej subjek sbg calon persendirian pada tahun berikutnya dibolehkan

Anonymous said...

salam, nak tanya. Saya pelajar spm tahun 2020 dlm aliran sastera. Jika saya ingin mengambil spm pakej sains tulen sahaja, adakah saya ketinggalan jauh dengan rakan yang satu batch dengan saya? apa yang perlu saya lakukan setelah mengambil spm trsebut untuk masuk dalam bidang perubatan?

Anonymous said...

Salam sya nak tnya, tahun ni saya mendaftar spm ulangan tpi alamat yg saya letakkan dlm pendaftaran dalam talian adalah salah. Jdi boleh ke klau sya letak alamat yg betul dlm borang pendaftaran peperiksaan nnti? adakah ia dibolehkan? Dan dimanakah slip keputusan spm itu akan diambil nnti?

Unknown said...

Salam, sy nak tanya adakah calon persendirian ulangan spm November akan dikumpulkan bersama calon spm skolah tersebut? Atau calon persendirian ini diletakkan sekali dlm bilik yg berbeza? Mohon penerangan dari ckg. Terima kasih

Anonymous said...

salam.nak tanya kalau mcm saya dh mohon untuk ulangan tpi belom keluar dlm semakan permohonan tu mcm mne yee

Unknown said...

Assalamualaikum ckgu,saya layak dapat sijil spm tapi yg dposkan kpda saya hnyalah slip spm. Sijil tu kena p ambk dkat ppd ke?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Waalaikummussalam

Anda memang akan mendaPat sliP sahaja terlebih dahulu sePerti murid-murid SPM tahun semasa. Sijil SPM akan daPat lambat lagi kebiasaannya selePas setahun

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Waalaikummmussalam

Bergantung kePada arahan lembaga peperiksaan pada tahun tersebut jika ada perubahan. Ini kerana kebiasaannya calon ulangan bulan nov biasanya diasingkan bilik berbeza dengan calon sekolah tersebut untuk menjawab peperiksaan

PabloHoney said...

assalamualaikum cikgu,

Saya nak tanya bagi pihak adik saya. Dia calon persendirian spm tahun 2020. Saya nak tahu bagaimana dia nak jawab soalan utk paper BI bagi bahagian yang ada novel tu? Perlu ke dia dapatkan novel2 tersebut? Terima kasih.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Waalaikummussalam
Dia perlu dapatkan novel tersebut untuk menjawab paper BI

Anonymous said...

Assalamualaikum sye calon spm persendirian 2020.Saya nk tnye soalan klau ulkcp boleh ke sye pkai t-shirt Dan seluar jeans? Dan klau ujian bertulis calon persendirian duduk berasingan atau satu Dewan dgn calon Di sekolah yg dipilih?