Good luck student SPM
Tahun ni kena jadi ketua pengawas SPM lagi..dan lagi. Huhu sebab sebelum ini pernah jadi ketua pengawas SPM sebanyak dua kali . Sewaktu entri blog ni ditulis saya tidak publish lagi, so kerahsiaan terjamin :) . Ini kerana etika peperiksaan berlangsung, kita tidak perlu mewar warkan mengenai tugas kita sebagai pengawas peperiksaan kepada org lain yg tidak berkaitan. Saya akan publish blog ni dalam tahun 2015 tapi tengoklah jika terasa nak publish.
Tahun ini Lembaga Peperiksaan mengadakan pusat calon persendirian bersama calon sekolah dibawah satu ketua pengawas. Di sekolah tempat saya menjadi ketua pengawas peperiksaan SPM ini, pusat itu terletak di bawah saya. Jadi lebih ramai calon yg perlu dijaga. Calon calon persendirian ini juga mempunyai paper yg pelbagai dari tarikh ke tarikh..tu jelah yg buat banyak kali kena datang untuk pengawasan. Teringat sewaktu bertugas sbg ketua pengawas SPM ulangan 2005 memang banyak benda yg kena alert dari penampilan diri hinggalah ke disiplin diri. Cabaran KP untuk calon persendirian. Maklumlah mereka ni dari pelbagai peringkat umur dan pelbagai latar belakang yg dah lama tinggalkan persekolahan.
Cabaran pertama hari pertama apabila calon persendirian seorang wanita berpurdah yg hanya menampakkan mata sahaja. Pengawas peperiksaan saya berbangsa India meminta bantuan saya untuk mengesahkan calon ini ialah calon sebenar atau tidak. Disinilah budi bicara selaku Ketua Pengawas. Saya memintanya ke tandas dan di dalam tandas dia membuka penutup mukanya bagi saya mengenal pasti wajahnya ialah calon sebenar. Tersentuh hati saya apabila dia memaklumkan yg dia tidak pernah membuka purdahnya itu di hadapan orang lain kecuali kepada suaminya sahaja. Seorang yg berpendidikan tinggi dgn latar belakang agama dari Mesir tetapi apabila ingin bekerja dengan sektor kerajaan di Malaysia memerlukan kelayakan SPM yg menyebabkannya perlu mengambil SPM.
Pusat peperiksaan saya hanya sebelah kantin. Saya suka stail PIBG sekolah ini yg menyediakan air dan makanan kepada para pelajar. Mereka mempunyai giliran untuk mengedarkan makanan secara percuma kepada pelajar. Kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru.
Dan yg menarik lagi sekolah ini memberikan kupon makanan kepada semua guru pengawasan SPM sebanyak RM 5 sehari. Wahhh terbaik! Kupon makanan bukanlah sesuatu yg wajib. Di sekolah saya sendiri kami tidak menyediakan makan minum secara percuma kepada pengawas peperiksaan. Alhamdulillah memang rezeki dapat sekolah ini.. dahlah berhampiran dengan bilik kebal peperiksaan. Jadi tak perlu solat Subuh di tengah jalan. Maklumlah Kajang ke bilik kebal antara 45 minit jika keluar sebelum pukul 6.00 pagi dan mencecah hingga sejam lebih jika keluar rumah pukul 6.10 minit ke atas. Kena berada di bilik kebal untuk mengambil kertas soalan pukul 6.30 pagi. Dan patah balik ke sekolah tempat pengawasan pula selewat-lewatnya pukul 7.15 pagi untuk kelancaran perjalanan peperiksaan. Jangan harap jika sampai di bilik kebal dah boleh ambil kertas peperiksaan sebab jika guru pengiring tak sampai lagi, kena tunggu lagi. Dan beratur untuk mengambil kertas soalan dari penyelia kawasan dengan prosedur dan dokumentasi tertentu.
Di KL ni waktu balik adalah masa yang sangat kritikal pukul 5 petang. Dari sekolah tempat bertugas pengawasan, sebagai KP kena ke bilik kebal menyimpan kertas peperiksaan atau mengepos bungkusan skrip jawapan. Dan dari bilik kebal nak ke Kajang tu memang lalalalalaalala dalam kereta especially paper yang habis pukul 4.30 petang tiba di rumah nak dekat Maghrib. Tapi cabaran waktu balik ni dah lega..walaupun jem berjam jam. Yang penting orang KL ni cabaran waktu ambik kertas soalan jika anda menjadi Ketua Pengawas dan rumah anda pula jauh terutama kertas peperiksaan yang dijalankan pada waktu hari persekolahan...dan belum cuti sekolah.