9 March 2015

Tips Permohonan Ke UPU



                                        


Dari minggu lepas sibuk melayan karenah anak anak lepasan SPM yang silih berganti bertandang di UBK dari para pelajar hingga ke ibu bapa yang datang bertanyakan peluang hala tuju selepas SPM. Tak cukup dengan itu, sampai rumah melayan group whatsapp pula mengenai susunan pilihan pelajar dalam borang online UPU. Setiap tahun macam ni hinggalah permohonan UPU ditutup. Walau apapun keputusan yang diperolehi, yang penting semua pelajar mengetahui bahawa setiap keputusan peperiksaan yang diperolehi membolehkan pelajar menyambung ke peringkat seterusnya yang penting keazaman dan kemahuan. 

Jika anda mendapat 5 kredit dan mendapat sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran elektif boleh memohon pengajian ke universiti awam. Manakala universiti swasta cukup 5 kredit dari mana -mana mata pelajaran.
Jika anda mendapat 3 kredit sahaja , boleh lagi menyambung pengajian ke politeknik metro, kolej komuniti, Giat MARA dan kolej swasta. Jika tidak mempunyai kredit langsung hanya setakat lulus sahaja pun masih boleh menyambung pengajian ke bidang kemahiran dan mendapatkan sijil kemahiran. Tidak ada alasan untuk mengatakan saya dapat result teruk dan tak boleh ke mana! 

Sempat lagi hari ini ke Kolej YPC - IT Web hari ini bawa student 4 kredit untuk memohon kursus yang diingininya kerana kelulusan tidak melayakkan menyambung ke universiti awam. Yang penting ada kemahuan!

Hari ini nak berkongsi tips memandangkan ramai pelajar mengisi online UPU mengikut hati dan rasa :)

Tips memohon online UPU. 
1) Maksimumkan 8 pilihan peluang yang ada dengan mengisi kursus syarat yang anda layak sahaja sama ada syarat umum atau syarat khusus.
2) Pilihan 1-3 adalah pilihan yang anda menepati syarat umum dan khusus dan anda juga berminat!
3) Tidak perlu mengisi asasi sains di pilihan 1-3 jika hanya mendapat 6A dan ke bawah serta 2 mata pelajaran elektif sains pula ada pakej C/D. Kelayakan ke asasi lebih tinggi dari matrikulasi kerana bilangan tempat yang terhad berbanding matrikulasi. 
4) Bagi pelajar aliran sains, kursus perubatan, kejuruteraan, farmasi adalah kursus profesional. Tidak perlu berada di 3 pilihan pertama jika anda mendapat bawah 6A dan pakej mata pelajaran elektif fizik/bio/kimia C/D. Kalau boleh 5 pilihan lain letaklah kursus yang lain.
5) Jika anda mendapat 5 kredit sekali pun tetapi subjek elektif hancur iaitu D dan lulus sahaja letaklah pilihan pertama politeknik metro.
6) Politeknik premier setaraf dengan universiti. Jika anda berminat dengan satu kursus maka isilah kursus kejuruteraan dari pilihan 1 -3 tu sama ada universiti atau politeknik premier.
7) Bagi yang berminat dengan UiTM, berhati hati dengan mata pelajaran BI anda, ada kursus meletakkan syarat BI mesti mendapat sekurang-kurangya B atau C. Jika anda tidak mendapat tempat dalam UiTM melalui UPU, buat rayuan selepas keputusan keluar direct dengan UiTM sendiri. UiTM ada mengeluarkan tawaran belajar yang tidak melalui UPU pada intake semester yang lain.
8) Jangan menyusun dari pilihan 1-8 kursus yang sama sahaja walaupun berlainan tempat
9) Jangan menyusun dari pilihan 1-8 tempat universiti yang sama sahaja (kecuali kelayakan anda memang di tempat itu sahaja)
10) Tandakan setuju menerima tawaran lain. Mungkin rezeki pada kursus yang lain jika tidak dapat memperolehi 

Ingat tips diatas untuk permohonan online UPU sahaja. Banyak lagi tawaran setaraf UPU seperti MARA, universiti swasta yang mempunyai pinjaman PTPTN, kolej swasta yang menawarkan kerjasama dengan universiti tempatan dengan kelulusan MQA yang diiktiraf.

                                                                                          Selamat Hari Wanita Sedunia


18 comments

Salam.. sekadar pendapat. Kepada calon upu semua untuk pilihan 1-3 tu korg boleh je try mohon apa yg korg minat.. walau pun sekadar lepas paras hidung. Ini pengalaman saya.. saya cuma dapat 2a shj spm 2012. Bio c+, phy c , chm d.add math pun e. Alhamdulillah.. kalau dah rezeki.. saya dapat sambung dalam bidang diploma sains di uitm. Jangan putus harapan walaupun result korang tak memberangsangkan. Doa banyak2. Yang penting percaya kuasa Allah.. dan rezeki tu terletak di tanganNya. Good luck semuaa ��

assalamualaikum. cikgu. mcm mana nak contact cikgu ye? sy pelajar lepasan stpm. sy nak tanya psl rayuan utk upu.

Salam . Sya nk tnya sya dibuang sekolah semasa form 4 2016 .jika thn 2017 sya mmbuat rayuan untuk brsekolah semula , sya harus repeat form 4 atau smbung form 5 ?

:( assalamualaikum , saya berhenti sekolah tahun 2014 , sy ingin bersekolah semula pada tahun 2017 .bolehkah saya nak mohon sambung semula?

Assalamualaikum, sya sudah mendaftar online.adakah bleh jika sya nak buat pengubahsuaian PDA borang online sya walaupun tarikh permohonan sudah ditutup?

Tarikh permohonan dilanjutkan sehingga 5 April dan anda boleh mengubah permohonan anda tanpa had selagi permohonan belum ditutup

cikgu.. bahagian pengurusan tu dia amik kos yg kita mintak ikut pilihan 1-8 ke? sbg contoh saya terletak yg kos yg saya minat di pilihan ke 5..masih boleh dpt lagi ker? kalau kita dapat tawaran di pilihan 1.. pilihan ke 2 -- 8 x dpt dh ke? sekadar tanya

cikgu, chances utk dapat pilihan pertama tinggi tak melalui upu? selalu saya dengar jarang student dpt pilihan pertama. kdg dpt pilihan ke 4

Anda boleh ditawarkan pilihan sama ada 1 atau pilihan terakhir anda yg ke 8. Tetapi anda hanya akan dpt 1 tawaran shj dari upu itu. Bukan bermakna jika anda layak 3 kursus..anda akan ditawarkan 3 kursus oleh zuPU. Begitu juga dgn tawaran yg anda tidak dapat walaupun anda layak dari pilihan 1 hingga 8 tetapi tidak dapat mana mana pun...krn merit masih lagi perlu diambilkira dalam persaingan tpt.

Ada je murid yg mendapat twaran pilihan pertama mereka krn mencapai syarat minimum dan merit yg lebih tinggi dari pesaingnya.

Salam cikgu, kalau degree sains dan matematik serta degree sains kimia tu bidang YG demanding tak?

Boleh refer entri blog cikgu yg terkini mengenai prospek kerjaya dlm bidang tersebut
http://nurhaizachemat.blogspot.my/2017/05/kolokium-stem-prospek-kerjaya-dalam.html?m=1

Assalam ckg. Sy ade emailkan persoalan sy mengenai rayuan upu. Harap ckg dpt reply email sy. Terima kasih.

Assalam ckg. Sy ade emailkan persoalan mengenai rayuan ui. Harap ckg dpt reply email sy mengenahnya. Terima kasih ckg.

Assalam cikgu. Sy nak tanya. result spm adik sy takde a bnyk b and c shj.Sy nak tanya adik sy bercadang nak amik course diploma perkhidmatan makanan atau pengurusan hotel di politeknik konvensional/metro. Agak2 boleh dpt ke dgn result mcm tu sebab sblum ni apply di politenik premier tak dpt? Sy nak cuba di poli konv dlm rayuan.Satu lg, adakah course perkhidmatan makanan/ pengurusan hotel tu kos yg boleh ade rmai pesaing? Sy takut adik sy tak dpt after buat rayuan. Moga ckg dpt menghuraikan kemusykilan sy. Terima kasih.

hi, saya ingin bertanya tentang permohonan rayuan upu, saya merupakan pelajar lepasan stpm...saya ada apply kursus yang bertanda # untuk rayuan fasa 1 kalini...adakah still ada interview atau terus tunggu keputusan hebahan upu sahaja?? terima kasih

 

Telegram Channel