Isu kaunseling
1) Post mortem Karnival Kaunseling Kerjaya Wilayah Pudu. Penghakiman pertandingan poster akan dijalankan dengan hakim terdiri dari guru kaunseling dan guru seni. Taklimat perlu dijalankan kepada hakim terlebih dahulu.
2) Perkongsian amalan perkhidmatan kaunseling dan disiplin terbaik peringkat kebangsaan melalui tayangan CD power point yang diagihkan oleh JPWPKL.
3) JU Guru Penyayang meminta agar data Guru Penyayang bagi Jun dihantar ke Pn Aziati selewat lewatnya 19 Jun 2015.
4) Data DWEN sila hantar kepada Pn Azalaila selewat lewatnya esok 15 Mei 2015.
5) Proposal kajian tindakan 2015 hantar pada Puan Wan Normala sebelum cuti sekolah 29 Jun 2015
6) Laporan kajian tindakan 2014 hantar pada pengerusi 29 Jun 2015 bagi sekolah sekolah yg belum menghantar lagi.
7) Sekolah sekolah yg tidak menjalankan laporan kajian tindakan 2014 perlu menulis laporan ilmiah yang akan dikendalikan oleh pengerusi
8) Guru guru kaunseling yg belum menerima surat lantikan, sila maklumkan pada Puan Kang Kooi Li.
9) Kursus art theraphy akan dijalankan pada 24 Jun 2015 cadangan tempat di kolej YPC. Bayaran RM 60 untuk program selama 8 jam.
10) Kursus asas minda sihat akan dijalankan di Klinik Kesihatan Cheras pada 8 Julai 2015.
11) Program amalan guru penyayang, mentor mantee, DWEN dan minda sihat terbaik akan dipertandingkan pada bulan Ogos. Hadiah disampaikan pada majlis akhir tahun bulan September 2015. Format pertandingan pada amalan terbaik perkhidmatan kaunseling kebangsaan.
12) Sijil penyertaan seminar profesionalisme akan diedarkan kepada ahli yang menulis nama dan menandatangani borang pendaftaran sahaja kerana AJK Sijil menyediakan sijil sebanyak 51 keping sahaja bagi yang menandatangan.
13) Sijil penghargaan yang akan digunakan untuk Zon Pudu telah ditempah dan AJK yang ingin menggunakan sijil tersebut boleh mengambil pada pengerusi
14) Setiap sekolah perlu menghantar 3 wakil dari setiap sekolah untuk ceramah pendidikan di Pameran Hari Guru di IDB Cheras pada 26 Mei 2015. Giliran pelajar Zon Pudu hadir ke pameran ialah pada 26 Mei 2015 di sesi pagi.
15) Sekolah-sekolah yang tidak dapat menghantar pelajar untuk Pameran Hari Guru di IDB Cheras perlu menghubungi JPWPKL.
16) Program Minda Sihat bukan setakat menggunakan modul untuk bengkel malah boleh dijalankan aktiviti outdoor.
17) Kursus - kursus dalaman yang telah dijalankan oleh GBK Pudu akan dikeyin oleh PPW Bahagian LADAP. Penyelaras program penanda aras serta kursus profesionalisme yang lain perlu menyerahkan nama kepada En Akmal.
Thank you KDU
For the sponsored
Fakulti Kulinari di KDU |
Perpustakaan di KDU |
Program Pembangunan Permainan |