Sila klik link biru di sebelah Kertas Kerja Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2016 untuk kertas kerja tahun 2016.
Berikut merupakan kertas kerja sambutan hari guru tahun 2015 yang disediakan oleh saya memandangkan sekolah ingin mengadakan sambutan Hari Guru untuk satu sesi sahaja kerana itu permohonan perlu dikemukakan kepada Unit Perhubungan JPWPKL. Kertas kerja ini juga digunakan untuk memohon peruntukan kewangan terutama untuk memohon jamuan pelajar agar dapat bersama-sama memeriahkan jamuan mentor mantee
KERTAS KERJA
PROGRAM MENTOR MANTEE SAMBUTAN HARI GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS
1.0 PENGENALAN
Program Mentor Mantee
merupakan program bulanan yang dirancang sepanjang tahun. Bagi aktiviti pada
bulan Mei, sambutan Hari Guru merupakan program tahunan yang dirancang untuk
mengeratkan silaturahim dalam kalangan mentor mantee kelas masing – masing.
Melalui tema Hari Guru 2015 iaitu Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak,
jelas sekali peranan guru sebagai penggalak dan pembimbing ke arah pembentukan
kesempurnaan akhlak pelajar. Guru akan berperanan memberi tunjuk ajar sebagai
ibu bapa di sekolah kerana guru bukan setakat mengajar pengajaran untuk membina
ilmu bahkan membangunkan sahsiah dan disiplin murid. Melalui aktiviti Sambutan
Hari Guru, murid dapat berinteraksi dengan guru selaku mentor mereka secara
santai tetapi penuh penghayatan dan pengajaran di sebalik aktiviti yang
dijalankan.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Agar
dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru selaku mentor
dengan mantee pelajar
2.2 Agar mantee dapat meraikan mentor
masing-masing dalam majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
3.0 TARIKH
18 Mei
2015
4.0 SASARAN
Semua warga SMK
Cheras sesi pagi dan petang
5.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Puan Kamariah Bt Abu
Timbalan
Pengerusi: Encik Mohamed Jamil Bin Abdul Samad
Naib
Pengerusi 1:Puan Sapura Bt Amat
Naib
Pengerusi 2:Puan Maznah Bt Musa
Naib Pengerusi
3 : Encik Raheman Bin Ahmad
Setiausaha :
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Naib
Setiausaha: Puan Zeiti Anis Husaina Bt Zakaria
Penyelaras
:
Encik Amiruddin Bin Mohd Yusoff
Pengacara
Majlis : Encik
Rahimi Bin Abdul Karim
AJK Banner : Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat
AJK Buku
Program & Dokumentasi: Puan
Norhaniza Abd Jamil
AJK
Sukaneka : Encik Masrizal Bin Abu Bakar
Encik
Mohd Fadzil B Lebai Lutfi
AJK
Persiapan Tempat:Puan Suhaibah Bt Mat
Puan
Normilah Bt Mohd Noh
AJK
Persembahan: Puan Rozita Bt Musa
Puan Narinder Kaur a/p Peara Singh
AJK
Cenderamata : Puan Norhaiza Jaine
Puan
Faizah Rahim
AJK
Kebersihan & Fotografi: Encik Mazlie
Bin Mohamad
AJK Jamuan :
Puan Rozinani Bt Awang
Puan Raudzah Bt A.Rahman
6.0 TENTATIF PROGRAM
7.30 pagi : Sarapan pagi di kantin
8.00 pagi :Pelajar berkumpul di tapak perhimpunan
8.15 pagi :Perarakan masuk guru-guru di tapak
perhimpunan
:
Bacaan doa
: Bacaan perutusan hari guru
8.40 pagi : Persembahan guru dan pelajar
:
Penyampaian cenderamata
10.00 pagi : Program Guru Penyayang
: Aktiviti memotong kek oleh
mentor mentor kelas pada 6 stesen
memotong kek dan disuap oleh mantee
: Penyampaian hadiah
anugerah guru penyayang oleh pelajar
berdasarkan undian pelajar
11.00 pagi :Jamuan makan mentor dan mantee
:Mantee mengambil makanan di
stesen pengagihan makanan
mengikut tingkatan
12.30
tengah hari : Bergotong royong
1.10
tengah hari : Bersurai
7.0 ANGGARAN
KEWANGAN
Tabung Kelab Guru = RM 1,000
SUWA = RM 4,000
Tajaan = RM 1,500
Pendapatan = RM 6,500
Perbelanjaan
Cenderamata guru = RM 1,200
Hadiah anugerah
guru = RM 300
Jamuan
makan guru = RM
1,000
Jamuan makan pelajar = RM 4,000
Perbelanjaan = RM 6,500
8.0 PENUTUP
Diharapkan agar sambutan
Hari Guru peringkat sekolah berjalan lancar dan
mencapai objektif program.yang
diharapkan
Disediakan oleh, Diluluskan
oleh,
(Nurhaiza Bt Che Mat) (Kamariah
Bt Abu)
Guru Kaunseling Pengetua
Selamat malam
Busy menjawab mesej whats app
Selamat Hari Guru :)