KERTAS KERJA
PROGRAM GANJARAN GALAKAN KE SEKOLAH
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI FRIM, KEPONG
1.0 PENGENALAN
Satu
sesi aktiviti pengajaran dan pembelajaran luar kelas diadakan di FRIM, Kepong
sebagai memenuhi ganjaran kepada murid di dalam kelas 5S3 kerana berjaya
mempunyai peratus kehadiran ke sekolah yang paling tinggi bagi penggal pertama
persekolahan. Murid dan mentor kelas ini memilih untuk ke FRIM, Kepong kerana
mentor selaku guru Bahasa Malaysia ingin mengadakan aktiviti di luar kelas
untuk meransang idea dan menjana pemikiran kritis dan kreatif pelajar mengenai
tajuk perhutanan dan pelancongan memandangkan Forest Research Institute Of
Malaysia merupakan satu-satunya hutan penyelidikan di dunia dan menjadi tarikan
penyelidik seluruh dunia. Mentor kelas ingin murid mengambil kesempatan
keistimewaan hutan di sini dengan merasai pengalaman menaiki kanopi dan
mendapat input berguna mengenai aktiviti meneroka hutan ini melalui perjalanan
di kanopi selama 3 jam dengan pelbagai maklumat yang menarik dari jurupandu
yang berpengalaman. Mentor selaku guru Bahasa Malaysia mengharapkan dengan
lawatan ini, aktiviti pengajaran yang bersifat secara langsung ini dapat
menghasilkan esei yang bermutu.
2.0 OBJEKTIF
1)
Sebagai ganjaran kepada murid kerana mempunyai peratus kehadiran ke sekolah
yang paling tinggi.
2)
Agar murid dapat menyertai satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
luar
sekolah dan sebagai galakan kepada
murid lain agar bersungguh – sungguh
meningkatkan kehadiran diri ke sekolah.
3.0 TARIKH
30 Julai 2015
4.0 MASA
8.30 pagi hingga
2.00 petang
5.0 TEMPAT
FRIM, Kepong
6.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Puan Kamariah Bt Abu
Naib Pengerusi : Puan Sapura Bt Amat
Setiausaha : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Pengangkutan : En Che Mohamad Padali Bin Che Mat
AJK Makanan : Puan Noraini Jamaluddin
AJK Dokumentasi : Puan Norliza Borhan
7.0 TENTATIF PROGRAM
8.30 pagi : Pendaftaran
8.40 pagi : Bertolak ke FRIM, Kepong
9.40 pagi : Dijangka tiba di FRIM, Kepong
9.50 pagi : Taklimat dari pegawai FRIM, Kepong
10.00 pagi : Aktiviti berjalan di atas kanopi
1.00 tengah hari : Tamat aktiviti berjalan di atas kanopi
Makan tengah hari
1.30 tengah hari: Bertolak pulang
2.30 petang : Dijangka tiba ke sekolah
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Sumber Kewangan
PIBG ; RM 490
SUWA : RM 450
Jumlah ; RM 890
Perbelanjaan
Pengangkutan : RM 450
Yuran jurupandu : RM
120 x 2 orang = RM 240
Yuran kanopi : RM 5 x 20
orang = RM 100
Makanan : RM 5 x 20 orang = RM
100
Jumlah : = RM 890
9.0 PENUTUP
Diharapkan agar
program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang
diharapkan.
Disediakan oleh, Diluluskan
oleh,
Nurhaiza Bt Che Mat Kamariah
Bt Abu
LEMBARAN KERJA
1) Nyatakan 5 jenis pokok yang terdapat di FRIM?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
2) Bagaimanakah FRIM boleh ditubuhkan di Malaysia?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
3) Nyatakan pokok yang boleh digunakan untuk tujuan membuat
perabot?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
4) Mengapa pokok Jelutong sesuai digunakan untuk membuat pensel?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
5) Bagaimanakah proses mengambil kayu pokok untuk tujuan
pembalakan?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
6) Apakah peranan FRIM terhadap perhutanan di Malaysia?
________________________________________________________________
_______________________________________________________________
7) Apakah yang anda tahu mengenai maksud ekopelancongan?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
8) Apakah inovasi –inovasi
yang telah dihasilkan oleh pihak FRIM untuk
sains dan teknologi?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
9) Mengapa generasi muda harus didedahkan dengan alam semulajadi?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
10) Tuliskan satu esei yang panjangnya 350 patah perkataan mengenai Peranan
Anda Untuk
Mempromosikan FRIM sebagai salah satu dari Ekopelancongan di
Malaysia.
________________________________________________________________
_____________________________________________________Pulun esei Hari Pengguna
Target hadiah wang tunai..jom :)