Total Pageviews

7 June 2015

Korean Food To Try


Hari terakhir di sini, flight pukul 11.00 pagi dan kami check out pada pukul 8.00 pagi. Tersilap percaturan kami membayangkan akan tiba di Incheon Airport pukul 9.30 pagi dengan menaiki subway ke Seoul Station dan dari situ menaiki Express train 43 minit dari Seoul. Tetapi berjalan ke sana sini turun naik tangga di subway dan pening dengan study lane mana pulak nak ambik menyebabkan kami sampai di  kaunter Express Train pukul 8.45 pagi .Walaupun train bertolak pukul 8.50 pagi tetapi kami diminta membeli tiket yang berikutnya pukul 9.20 pagi yang bermakna kami akan tiba di Incheon pada pukul 10.00 pagi dan berjalan kekaunter tiket sebelum kaunter ditutup, sempat ke? ahaks...sekali lagi adegan berlari lari hahahaha adeh penat betul! percutian yang memenatkan. Sementara menunggu train seterusnya, kami sempat cuci mata lagi meninjau kedai untuk breakfast. Memang besar betul Seoul Station ini mcm mcm jenis train ada. Pukul 9.20 pagi, train ke Incheon tiba dan masing masing start ada butterfly in the stomach takut terlepas flight. Seperti dijangka kami berlari lari ke kaunter tiket MAS pukul 10.15 pagi dan staff itu dah membebel dan marah marah kerana kami lewat check in. Kak Ema tidak explain anything just say sorry for 5 times! Last sekali dia mengambil juga pasport dan check in dan di akhir proses, barulah staf ini tersenyum kepada kami dan mengatakan walaupun kami lewat check in dia berjaya mengatur kami tiga duduk berderet bersama walaupun kami tidak minta! Kami mengucapkan terima kasih dan cepat -cepat berlari ke departure. Naik train yang lain dan berlari ketingkat 3 memang memenatkan!! Kami berjaya masuk ke flight MH 067 pukul 10.40 pagi wahhhhh what a relief. Penerbangan balik hari ini kapal macam penuh tak macam masa datang Khamis lepas kami masing-masing ambik dua seat untuk tidur. So hari ini saya nak update makanan Korea yang sempat kami rasa dalam projek jalan-jalan cari makan

We are sisters
Connected by the heart
Whatever you do
They'll still be there
Sarapan pagi tradisi Korea ialah sup tauhu dan telur dan
masukkan nasi terus ke dalam sup tersebut. Ala-ala nasi air Malaysia
Menu lain tu add on je. set kimchi wajib diberi dan seaweed serta ikan masin bakar
Restoran depan Hwang Shin Hostel, Dongdaemun berdekatan Dongdaemun
History & Culture Park Station Subway
Menu Bulgogi Ddukbaegi 12,000 won macam sup daging
Menu Bulgogi dan pancake di Restoran Marree Food di Itaewon
Nami Hot Doughut perasa green tea dan original bersaiz panjang
                                                       
Menu street food: prawn ball yang kaya dengan rasa prawn bukan rasa tepung
Squid bakar sedap
Street food..yummy di Namdaemun Market
Jus buah-buahan di Namdaemun Market
Menu nasi goreng seafood dan hemoul pajeon: seafood pancake
di Ugane, Sinchon
Tempah dulu menu anda. Dan tekan butang pada atas meja calling button
Tumis bawang dulu

Bersama sepupu yang belajar di universiti Korea yang rekemen
restoran ini

Chef datang memasak di meja kami
Sesi memasak
Rupa nasi goreng seafood yang bercampur cheese
Bersama sepupu yang belajar di universiti Korea yang rekemen
restoran ini

Roiboos teh di Observatory House Hanok Village
My Green Tea di Obsevatory House Hanok Village
Menu wafel dan bagel di Ediya Coffee, Myeong-dong
Set atas MAS flight

No comments: