Hari kedua di Seoul, Korea Selatan. Cepat betul siang, dengan subuh pada pukul 3.30 pagi. Misi kami hari ini ke Pulau Nami yang terkenal dengan cerita Winter Sonata di zaman remaja saya tahun 2001 rasanya. Memang saya peminat nombor 1 ketika itu dan selalu berangan nak jejak tempat ini. Tempat wajib bila berpeluang ke Korea Selatan. Cuma masa yang tidak kena, time Korea dilanda virus. Saya agak frust sebab catatan saya pada hari kedua di blog telah hang dan tidak dapat dibaca.
Pagi Sabtu, kami bercadang meneruskan di hostel ini untuk semalam lagi kerana harga yang berbaloi dengan lokasi dan kemudahan yang disediakan. Restoran makanan Korea hanya di hadapan pintu hostel kami sahaja dan menyajikan makanan vegetarian dan puas kami membelek menu dan kami yakin tidak meragukan barulah kami memesan makanan. Staf hostel membantu kami dan sangat berbudi bahasa dari mula kami check in. Mujur di dalam restoran ini ada warga Korea yang sedang menikmati makanan boleh berbahasa Inggeris dengan fasih, maka kami meminta direkemenkan menu tradisional Korea. Menikmati breakfast dengan makanan dan cara tradisi orang Korea menikmati makanan memang mencapai target projek jalan -jalan cari makan kami. Menu boleh tengok pada entri esok..Korean Food To Try.
Hari ini kami bercadang menaiki bas ke Pulau Nami walaupun memakan masa hampir dua jam berbanding naik shuttle sejam tetapi bagi saya jarak untuk ke stesen dan transfer line antara subway tu memang meletihkan dan memakan masa juga. Kemudian dari stesen subway perlu menaiki transport lain pula ke Pulau Nami. Dengan tiket bas 7,500 won sahaja kami menikmati rehat yang cukup dan tertidur dalam bas. Tetapi dramanya sebelum itu memang buat kami lelah apa taknya ingatkan hari ni tak perlu berlari - lari lagi rupanya sedang asyik makan sementara menunggu panggilan dari staf hostel menghubungi syarikat bas ke Pulau Nami..rupa -rupanya bas akan mengambil pelancong di tempat lain di kawasan apa saya tak ingat dan bas akan bertolak pukul 9.30 pagi dan sekarang pukul 9.00 pagi!!Huhu sabar jelah. Kami terus berlari mencari teksi dan kali ini kami tidak menahan teksi di tepi jalan seperti semalam. Kami ke perhentian menunggu teksi di hadapan hotel yang memang kami yakin driver teksi boleh berbahasa Inggeris. Di sini ada juga teksi berwarna hitam yang dikhaskan untuk pelancong asing kerana driver teksi boleh berbahasa Inggeris. Masuk sahaja dalam teksi kami terus menuju ke tempat bas ke Pulau Nami menunggu..dan sharp 9.30 pagi ! ahaks sangat last minit..Ok kami ada masalah baru sebab tak faham driver bas ni kata apa tetapi dia sabar melayan kami dan tersenyum orangnya. Dalam bas ini ada disediakan buku mengenai Pulau Nami yang sangat menarik. Cerita bagaimana pulau ini boleh dibuka dan sejarah berkaitan lokasi lokasi yang terdapat di pulau ini.
Kami tiba pada pukul 11.20 pagi dan perlu beratur membeli tiket. yang bestnya driver ini membantu kami membeli tiket dengan direct ke kaunter tanpa perlu beratur ahaks..Kami menunggu feri yang datang. Kak Ema bercerita mengenai feri yang karam di lokasi ini, sabar jela masa itu. Jejak je Pulau Nami umpama Pulau Langkawi pelbagai aktiviti keriangan dijalankan. Ada aktiviti berbasikal juga tapi bila saya tengok macam lelah je orang yang mengayuh tu kerana keadaan bukit bukit tak jadilah kami nak menyewanya. Just santai berjalan dan menikmati pemandangan Pulau Nami. Lokasi lokasi penting di Pulau Nami ni menjadi tempat untuk kami bergambar. Tandas di sini cantik dengan dipenuhi buku buku dan hiasan kitar semula.
Yang paling saya puji di sini ialah kemudahan surau disediakan untuk umat Islam. Sebagaimana yang diceritakan oleh penulis buku ini yang merupakan antara CEO pulau ini ialah bagaimana dia meminta bantuan dari seorang berbangsa Iran untuk setting surau ini kerana dia merasakan setiap pengunjung diberi layanan yang baik untuk kemudahan mereka dan yang menariknya dia merasakan masa 20 minit bagi orang lain mungkin akan digunakan sebaiknya untuk berjalan explore di pulau ini tetapi bagi orang Islam jika mereka dapat menunaikan kewajipan mereka dalam 20 minit itu, barulah mereka merasa lebih seronok.
Ada satu kawasan lokasi penting yang menjadi tumpuan peminat Winter Sonata. wahh saya sangat frust bila catatan ini hilang. Kawasan ini diletakkan poster besar, patung dan poster poster mengenai drama popular itu. Di Pulau Nami ini terdapat pelbagai stesen dan aktiviti, kami banyak menghabiskan masa di kawasan Winter Sonata dan berjalan - jalan ke tempat lain menikmati landskap yang cantik. Pukul 3.00 petang kami menaiki feri untuk keluar dari kawasan ini dan menaiki bas pada pukul 4.00 petang. Perjalanan balik seperti cepat pula apabila kami tiba pada pukul 5.10 petang. Sempat lagi kami ke Namdaemun Market umpama Petaling Street membeli barang-barang cenderamata. Kali ini memang kena pakai mask, kawasan sangat sesak. Berjalan kaki subway berhampiran, kami bercadang ke Myeondong pusat membeli belah yang sangat hidup di waktu malam. Produk kecantikan seperti cendawan di sini dan dijual dengan harga yang murah dan ber set. Kak Ema dan Katy sangat happy memborong mask dan krim. Di sini jenama Missha antara produk Korea yang terkenal dan pelbagai jenama seperti nature Republic dan ntah apa lagi macam-macam. Pukul 7.30 kami keluar dari sini menaiki teksi pulang ke hostel.
Orait pukul 8.30 malam kami keluar semula menaiki subway ke Sincheon ditemani adik sepupu yang belajar di Korea bersama rakan-rakannya dari Malaysia. Sincheon lebih happening dengan gaya anak muda dari design stesen subway hinggalah sepanjang jalan kami ke restoran. Kami difahamkan di kawasan ini berhampiran dengan universiti jadi tidak hairanlah ramai muda mudi. Wah restoran ini memang best dengan makanan yang sedap. Sejam di sini kami perlu balik kerana subway akan berhenti operasi pada pukul 11 malam. Sempat lagi dia menitipkan cili Korea untuk masakan nasi goreng.
To those who love you unconditionally
Someone that makes you smile
And just be yourself
Doing things together
And cultivating treasured memories
Kaunter tiket
|
Feri yang membawa pengunjung |
Bagus betul feri ni letak bendera. Belakang tu bendera Malaysia |
Persembahan seni muzik Korea |
Ada perkhidmatan train yang dinamakan Charity UNESCO dan berdekatan dengan kawasan potret dan patung aktor Winter Sonata |
I love this picture...very much |
Belakang ni penuh potret cerita Winter Sonata |
Nostalgia 2001 |
Patung pun jadilah |
Diedit ala-ala Winter Sonata |
Pokok ni sangat sinonim dengan cerita Winter Sonata |
Persembahan muzik jalanan pun smart berpakaian |
Myeongdong macam kawasan Bukit Bintang, KL |
Namdaemun Market macam Petaling Street. Siap peniaga cakap BM 3..10..3..10 |