15 June 2015

Operasi Murid Lewat Ke Sekolah

Selamat datang ke penggal baru persekolahan. Pihak sekolah semakin agresif dalam menangani masalah pelajar lewat ke sekolah. Ada pelajar yang telah digantung persekolahan semasa sesi penggal pertama kerana kerap hadir lewat ke sekolah walaupun telah diberikan amaran satu, amaran dua, amaran tiga dan amaran keras hingga terpaksa digantung persekolahan.

                              Data kehadiran murid yang lewat ke sekolah sepanjang penggal pertama
Jan
Feb
Mac
April
Mei
15.79%
11.23%
20.70%
24.80%
31.46%



Memandangkan walau surat amaran telah dikeluarkan kepada pelajar, namun perubahan sikap pelajar tidak menunjukan sikap yang positif.  Hari ini puan pengetua memberikan taklimat kepada semua pelajar yang datang lewat agar mengubah sikap masing-masing. Nampaknya pihak sekolah terpaksa mengambil inisiatif dari aspek dendaan pula untuk menghukum terus pelajar yang datang lewat ke sekolah.

Selamat kembali ke sekolah!

2 comments

Assalamualaikum puan. boleh tak puan emailkan kepada saya contoh laporan penuh bagi program ini. saya mendapat tugasan untuk melihat sejauh mana keberkesanan program seperti ini. terima kasih ya. :)

Salam nurul shahida
Saya baru saja post dlm entri blog sy yang terbaru minggu lepas mengenai 3 buah sek lagi yg membuat laporan kajian tindakan mengenai keberkesanan program mengawal lewat ke sekolah iaitu dr SMK Cochrane, SMK Sri Permaisuri dan SMK Perempuan Pudu. Laporan penuh lewat sekolah sy bg tahun 2015 boleh sy emailkn. Sila beri address email untuk sy emailkn. Terima kasih

 

Telegram Channel