16 June 2015

Projek Minda Sihat Ke FRIM, Kepong

Program pelajar projek Minda Sihat ke FRIM, Kepong hari ini bersama staf Klinik Kesihatan Cheras. Seramai 30 pelajar yang terlibat dalam program ini dibawa menikmati keindahan hutan simpan Malaysia. Aktiviti yang memberikan ketenangan dan ilmu perhutanan yang baru di samping memberikan aktiviti menenangkan fikiran para pelajar. Bertolak dari sekolah pukul 8.15 pagi. Kami tiba di FRIM Kepong pada pukul 9.30 pagi dan diberikan taklimat mengenai FRIM oleh staf di sini. Kami mengambil pakej nature walk dan perlu membayar jurupandu RM120 untuk setiap kumpulan. Pelajar dibahagikan kepada dua bahagian. Begitu juga dengan staf klinik dibahagi dua. Saya dan Rozinani juga berpecah dua. Cabaran bagi saya kerana tidak begitu sihat sejak Sabtu lepas dan ingatkan saya boleh berada di tepi hutan sahaja, tetapi mengalah perlahan -lahan masuk hutan dengan pace yang sangat sangat perlahan. Alhamdulillah berjaya juga keluar masuk hiking selama sejam sahaja. Habis sahaja trekking, kami makan tengah hari dan menjawab saringan DASS kedua. Bertolak pulang pada pukul 12.45 tengah hari, kami di tiba di sekolah pada pukul 2.00 petang. Huhuhuhu sampai sekolah pulak tetiba kepala rasa berpusing -pusing nak pitam. Ahaks...

Dengan nama Allah Yang Maha Menyembuhkan
Dengan nama Allah Yang Maha Sempurna
Dengan nama Allah Yang Maha Menyihatkan
Dengan nama Allah Yang Maha Menyempurnakan 
Dengan nama Allah Yang Memiliki Langit Dan Bumi
Dengan nama Allah Yang Tidak Memberikan Mudarat
Sesuatu Di Bumi Juga Di Langit dan
Dia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui


 

Telegram Channel