Total Pageviews

5 June 2015

Travel to Seoul, Korea: Backpackers Mode :)



                                         


Trip to Korea yang dibuat last minit hahaha sangat last minit. Terasa cam nak pergi berjalan 3 beradik meraikan diri sendiri :) Kami tengok tiket Male dan Incheon Airport dan decide ke Korea sahaja bila tengok kat blog ramai komen pasal Male banyak kedai tutup pada hari Jumaat.  Rabu kami google mengenai Korea dan buat itenary sendiri. Hari Khamis beli tiket dan malam tu flight. Dah lama tak travel oversea dengan 3 beradik  ni. Last kami ke Vietnam pada tahun 2012 dan lepas tu masing masing susah fit time yang bertiga ok. Maklumlah sebagai cikgu saya tidak boleh mengambil cuti jika bukan pada waktu cuti sekolah. 

Hari Khamis dah bergerak dari rumah  lewat pukul 9 malam menunggu adik saya, Khaty balik kerja untuk parking di Puterajaya sahaja. Keluar dari kajang 9.30 malam untuk singgah mengeluarkan duit di bank dan menukar wang asing. Keluar dari Kajang pukul 9.30 malam dan tak sangka masalah di sini apabila berpusing -pusing cari Puterajaya Central walau dah pakai waze dan bila dah sampai parking berbumbung bermasalah untuk masuk. Kak Ema pula bateri telefonnya dah kong dan tak dapat dihubungi untuk memaklumkan status kami yang masih di dalam keretapi walau jam dah pukul 10 malam!!  Kak Ema berjaya meminjam charger telefon orang di KLIA memandangkan dia dah penat berdiri 2 jam di kaunter menunggu kami maklumlah telefon kong jadi dia bimbang jika kami tak jumpa mencarinya. hahaha sempat dia mengeluh mengatakan tengoklah kalo korang sempat ...apabila dia mengetahui pukul 10 malam kami masih dalam keretapi. Sampai je di KLIA saya dan adik berlari lari dan sampai di kaunter pukul 10.30 malam hargggh mujur kaunter tak tutup lagi. Akhirnya kami berjaya menaiki MAS 0066 pada pukul 11.30 malam dan penerbangan selama 6 jam.

                                    
Tiba di Incheon Airport hampir 6 pagi waktu tempatan memandangkan Korea sejam cepat dari Malaysia. Kami mula mendapatkan peta laluan pergerakan subway kerana di Korea sangat terkenal dengan public transport yang efisien. Kami bercadang menuju ke Seoul Station. Pergerakan antara stesen boleh melalui  tiket sehala  atau menggunakan kad T Money iaitu transport money. Boleh dapat di kedai 7 Eleven sahaja. Kami ke mesin untuk menggunakan kad itu atau top up nilai tetapi tekan punya tekan tak faham faham gak. Huhu mesin canggih pun susah gak. Kami bercadang  bergerak ke Seoul Station menaiki Airport Express dengan pembelian tiket di kaunter sahaja . Harga biasa 14 000 won tapi kami mendapat diskaun sebanyak 8000 won setiap orang. Okey..staf kaunter ni pun tak berapa fasih Bahasa Inggeris dan kami terpaksa bersoal jawab untuk memudahkannya memahami permintaan kami. Sebaik sahaja dapat tiket, kami terus menurun tangga, tetiba Kak Ema kata stesen 5 sebelah sana ...kita kena keluar dari sini. Kami dah keliru sebab di tiket tertulis 5 tapi kami nampak stesen 5 di hujung sana. Keretapi akan bergerak pkl 8.50 pagi dan kami terlepas train itu sewaktu berpatah balik. Pekerja train mula memanggil manggil kami apabila melihat kami yg baru saja membeli tiket dan turun ke stesen berpatah balik untuk keluar dari stesen itu. Mujurla staf ini lebih fasih berbahasa Inggeris dari staf kaunter. Dia mengajar kami bagaimana membaca tiket tersebut. Maklumlah tulisan Korea dari tiket hinggalah ke arahan tentulah teraba- raba nak faham. 5 bermaksud gerabak seat 5 dan kami harus menunggu di pintu yg dikhaskan untuk gerabak 5 dan di lane yg betul. Huhu kena patah balik tempat yg betul tadi dan menunggu. Maklumlah kalau di KL..kita boleh menaiki ERL dari mana mana pintu di gerabak tu tapi disini kena berada di stesen yg betul dan berada di depan pintu kaca yg betul. Perjalanan 45 minit yang sangat selesa hingga masing- masing terlena. Menikmati pemandangan Korea 15 minit sahaja.





Dalam express train dari airport - Seoul Station
Pemandangan ke Seoul dari Airport
                                    
Sampai di Seoul Centre, kami berada di stesen subway yg sangat besar. Kami datang pada masa yang agak salah kerana ketika ini Korea dilanda virus. Ramai yang memakai topeng mulut dan macam -macam bentuk dan jenis topeng mulut di sini. Di subway ini, arahan bersimpang siur dan kami hanya perlu lihat kod warna untuk line tertentu. Di sini trickynya pula ialah line dan exit satu nombor yg berbeza. Jika ingin ke Itchiwon contohnya kena kena cari line 6 dan make sure exit nombor berapa pula. Setiap exit agak jauh antara satu sama lain dan menuju ke tempat lain. Public transport yg sangat efisien. Akhirnya pusat informasi juga kami tuju untuk mendapatkan panduan. Walaupun sblm ni saya study di blog orang tetapi realitinya memang peningla especially kali pertama. Akhirnya kami decide ke Myeong-dong. 


Subway 
                                          
Plan asal nak cari restoran kucing ahaks..Kak Ema teringin nak tengok tapi apabila kami start cari tak jumpa pulak dah penat duduk sahajalah di Ediya Coffee dan membeli bagel yg dimakan dgn cream cheese. Dan tak lupa fav Kak Ema  iaitu Honey wafel. Myeong-dong ni dipenuhi dengan pelbagai Mall dan antara tempat wajib dieksplore selepas ini :) Menariknya di tengah Myeong-dong ni ada agen pelancong yang berdiri di tengah jalan bagi membantu pelancong. Apalagi pucuk dicita ulam mendatang untuk bertanya mengenai route seterusnya

Myeong-dong
                                           
Memandangkan dah pukul 12.00 tengah hari,kami menaiki tren ke Itaewon. Sepatutnya mengikut booking.com hotel yg kami tempah tidak jauh dari sini. Bermula cabaran apabila majoriti rakyat Korea tidak memahami bahasa Inggeris malah kami pun sudah tidak tau bagaimana nak menerangkan kehendak kami...walaupun kami menunjukkan alamat. Akhirnya ketika tengah berjalan jalan dalam hujan..terserempak dgn orang Malaysia yg sudah 5 hari berada di sini maka urusan menjadi mudah sedikit. Kami bergerak bersama untuk lunch  pukul 2.20 petang di Marree Food and Trae dan menempah makanan Bulgogi Ddukbaegi bernilai 12000 won, kimci jeon bernilai 10000 won dan nasi kosong bernilai 3000 won sepinggan. Memang meriah tempat ni memang tetiba rasa duduk kat Malaysia sebab ramai orang Malaysia di sini. Itaewon memang terkenal dengan ramai orang Islam. Apabila dilihat pada peta patutla..sebab pusat kebudayaan Arab Saudi, Kedutaan Sudan, dan terdapat Masjid Seoul Centre yang besar di sini. Makanan halal Korea, Indonesia , Arab mudah didapati di sini.

    
Suasana di stesen subway
                                       


Kami berjalan kaki lagi ke Masjid Seoul Centre yg tersergam indah. Kaki dah terasa sakit kerana berjalan seharian. Kami tidak sanggup lagi nak naik subway sebab turun naik tangga yg tinggi dan belum lagi masa untuk transfer antara line. Perghh rasanya dah 500 anak tangga dalam stesen subway yang kami turun naik belum campur langkah kaki berjalan dalam stesen subway tersebut. Ada stesen yang mempunyai escalator dan ada yang perlu menaiki tangga yang tinggi ...how i wonder macam mana kalau orang sakit kaki naik subway. Lalu kami decide naik teksi sahaja.
Masjid Seoul Central
                                               


Di sini, jika anda menahan teksi berwarna orange, driver teksi kurang fasih berbahasa Inggeris mereka hanya boleh faham permintaan kita apabila kita menunjukkan peta atau karaktor tempat dalam tulisan Korea. Ini kerana apabila kita menyebut nama tempat dlm slanga yg salah sudah membawa maksud tempat yg berbeza. Jadi sebelum naik teksi pastikan mereka tau destinasi dituju. Dan yang menariknya teksi juga menerima kad T- Money macam kad Touch And Go Malaysia tu.
Teksi banyak betul gajet
                                               

Menaiki teksi ke Bukchon Hanok Village dan menikmati pemandangan rumah rumah Korea yg asal di Bukchon Hanok Village. Disini rumah tradisional Korea masih terpelihara dan pengunjung boleh menyewa pakaian Korea, menikmati teh, melawat muzium dan sebagainya. Sejam di sini bergambar kami meneruskan agenda menaiki teksi ke Changdeokgung Palace. istana ni pun bermasalah untuk pemandu teksi nak faham rupa -rupanya punyala banyak istana kat sini. Driver teksi orange akan tengok pada karaktor tulisan Korea untuk confirm semula ke arah yang dituju.  Istana lama ini dibawah pemuliharaan UNESCO. Senibina yg sangat mengagumkan. Yuran masuk bernilai 3,000 won. Hampir sejam lebih di sini menangkap gambar di sini. Kami tak sempat untuk masuk ke Secret Garden memandangkan dah pukul 4 petang dan kawasan istana yang luas untuk diteroka. Sekarang di Korea musim summer iaitu waktu siang yang lebih panjang dari waktu malam.
   
Bukchon Hanok Village
                                           
Buckchon Hanok Village
                                             
 Changdeokgung Palace
                                           
 Changdeokgung Palace
                                             
 Changdeokgung Palace
 Changdeokgung Palace
 Changdeokgung Palace
 
 Changdeokgung Palace
 Changdeokgung Palace
 Changdeokgung Palace
 Changdeokgung Palace

Kemudian kami menaiki teksi ke arah Dongdaenum Shopping Complex kononnya untuk mencari makanan dan mencuci mata. Sampai je disana dah hujan dan kami menikmati pemandangan pelbagai jenis flea market dan market. Kami cuba mencari hotel di kawasan ini sahaja supaya kami berdekatan dengan Dongdaenum. Kami searh google booking.com dan duduk di tepi bangunan untuk melihat tempat tempat menarik untuk bermalam di Deugdenom. Seorang peniaga Korea memerhatikan kami dan menunjukkan simpati ingin membantu tetapi dia langsung tidak boleh berbahasa Inggeris dan akhirnya mengalahkan meninggalkan kami.  Hampir sejam di tepi jalan menikmati wifi free sebelum meneruskan perjalanan turun naik tangga menuju ke subway untuk ke stesen Dongdaemun History & Culture Park Subway Station di line 2, 5 atau 4 sebab kononnya hostel yang kami pilih 1 minit dari exit 7 station ini.Perut dah berbunyi dengan kes gastrik adalah satu perkara yang saya sangat jaga agar tidak memudaratkan di kemudian hari, saya sempat membeli biskut lupa lak jenama nya yang ada di KL dan mempunyai cop halal Malaysia. Cabaran memilih hotel apabila Kak Ema biasa travel oversea dengan bajet middle class dan Katy yang otai travel the world with backpackers status dengan bajet backpackers ahaks:) Akhirnya kami memilih satu hostel yang nampak fizikal memang menarik.


                                               
Tiba di sana, kami berjalan kaki mencari hostel tersebut. Mengikut booking.com hanya 1 minit perjalanan tetapi kami berjalan jalan tak nampak pun rupa hostel tersebut hinggalah saya terfikir untuk membuka waze untuk mengenalpasti lokasi tersebut. Hahaha akhirnya 10 minit berjalan jumpa jugak ikut arahan waze. Sebenarnya ada jalan pintas yang betul betul dekat 1 minit je dari stesen . Yeah..tidur tanpa makan malam kerana terlalu fokus dengan kaki yg sakit akibat berjalan kaki yg mencecah 10,000 langkah hari ini dan menaiki dan menuruni tangga hari ini hingga 1000 anak tangga. Perghh..terima kasih kepada Khaty atlit marathon yang mempunyai bekalan ubat ubatan koyok dan krim untuk muscle pain. Sangat membantu untuk tidur yang lena...


The journey of love
Sharing & caring

No comments: