Total Pageviews

3 June 2015

Wajah Baru Laluan Ke UBK

Mendapat tugasan dari big boss yang inginkan pembaharuan wajah UBK yang lebih meriah dan seperti taman bunga ! Uhuk mendapat boss perempuan yang sukakan keceriaan dan kesegaran kenalah pikir design untuk menceriakan laluan dan koridor ke bilik kaunseling dengan wajah baru. Sebenarnya laluan dan tangga menuju ke bilik kaunseling ialah projek 2008 susut dan laluan Pendidikan Pencegahan Dadah/ PPDa Dan HIV. Memandangkan kaunselor ditugaskan mengendalikan kelab PROSTAR sekolah, maka laluan ke bilik kaunseling dijadikan laluan info HIV dan AIDS sebagai salah satu aktiviti kokurikulum PROSTAR. Namun demikian tahun ini, boss meminta agar laluan dan sudut PPDa sekolah hanya dikhaskan di laluan bawah sahaja iaitu di tingkat bawah menyebabkan saya terpaksa meminta PRS membantu mengecat mural HIV dan kata -kata keramat mengenai cogankata anti dadah di tangga menuju ke bilik kaunseling untuk digantikan dengan kata-kata motivasi dan mengalu-alukan pelajar ke bilik kaunseling. 

Cuti sekolah dari hari Isnin hingga hari ini, saya membuka bilik kaunseling selama 4 jam untuk pelajar PRS bergilir mengambil giliran untuk hadir membantu tugas guru kaunseling di sekolah menceriakan laluan dan koridor bilik kaunseling dengan wajah baru.  

At some point,
You have to forget 
Those people
That have forgotten you.
Let it go...let it go..


Wajah lama
Wajah lama
Wajah lama

No comments: