14 July 2015

Anugerah Zoom Ke Sekolah Jun 2015

Anugerah Zoom Galakan Ke Sekolah bagi bulan Jun 2015. Zoom Cemerlang bagi kelas yang memperolehi kehadiran bulan Jun 95% ke atas dikenal pasti kelas 5S3,5S2, 3C dan 3A. Manakala bagi Anugerah Galakan Ke Sekolah ialah kelas 3B, 3L dan 4K5 yang memperolehi kedatangan yang semakin meningkat ke sekolah dari bulan April  hingga Jun 2015.  
Sempena hari terakhir sekolah sebelum bercuti Hari Raya, pengetua memberikan hamper sebagai hadiah saguhati untuk kelas yang mempunyai kehadiran murid yang paling tinggi. Tahniah kepada 1C, 3C dan 5S3 kerana kehadiran yang paling tinggi untuk hari ini.


Anugerah Zoom Cemerlang
Anugerah zoom Galakan
Sijil anugerah mentor
Sagu hati kelas yang mempunyai kehadiran terbaik hari ini sempena hari
terakhir sekolah sebelum bercuti panjang


Doa Ramadhan ke 27:
Ya Allah! Rezekikanlah kepadaku kelebihan Lailatul Qadar, dan ubatkanlah bagiku segala perkara yang sukar menjadi mudah. Terimalah permohonan maafku dan hapuskanlah segala dosa dan kesalahanku: Wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya yang berbuat baik.
 

Telegram Channel