Total Pageviews

13 July 2015

Kajian Impak: Program Minda Sihat Dalam Kalangan Murid Sekolah Di Malaysia

Artikel jurnal yang mana saya merupakan salah seorang panel penulis artikel jurnal ini untuk dibentangkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia sekitar bulan April -Mei 2015 yang lalu.



KAJIAN IMPAK : PROGRAM MINDA SIHAT
DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH DI MALAYSIA

Abstrak

Remaja hari ini terdedah dengan persekitaran yang rencam dan pelbagai.  Persekitaran inilah yang menyumbang kepada pembentukan sahsiah, minda dan rohani mereka.  Maka dengan itu murid tidak terlepas daripada mengalami kecelaruan emosi (stres), kemurungan dan anzieti.  Statistik telah menunjukkan bahawa masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja Malaysia meningkat daripada 19.3% pada tahun 2006 kepada 20.0% pada tahun 2011   (Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan 2006 & 2011)Rujukan?.  Sekolah sebagai institusi yang paling hampir dengan murid menawarkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bagi membantu membentuk sahsiah diri, namun kecelaruan emosi (stres) dalam kalangan sebahagian murid yang berterusan dan jika tidak ditangani dengan baik boleh menyumbang kepada anzieti dan kemurungan. Akibat perubahan gaya hidup yang drastik masa kini dan  faktor persekitaran, isu kesihatan mental dalam kalangan murid didapati perlu diberi perhatian khusus. Justeru, Program Minda Sihat telah dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Oleh itu, Program Minda Sihat diharapkan dapat memberi kemahiran gaya daya tindak (coping skills) dan teknik relaksasi yang boleh membantu menangani gangguan perasaan, kecelaruan minda, kemurungan termasuk histeria dalam kalangan murid. Kajian Impak ini merupakan dapatan perbandingan saringan 1 dan saringan 2 Program Minda Sihat yang telah dilaksanakan di seluruh Malaysia dengan menggunakan Soal Selidik DASS dan Soal Selidik Gaya Daya Tindak.(dapatan)

Kata kunci: Program Minda Sihat, Stres,kemurungan, anzieti

 

PENGENALAN

Dalam menjalani kehidupan dan pembelajaran seharian di sekolah, murid-murid tidak akan terlepas daripada mengalami kecelaruan emosi (stres). Persekitaran sosial sekolah amat penting bagi melahirkan individu yang sihat serta suasana yang ceria bagi merangsang kecemerlangan pembelajaran murid. Sekolah merupakan institusi yang berpotensi untuk menggalakkan perkembangan psikososial yang sihat bagi menyediakan kesejahteraan mental. Justeru, kesihatan mental amat penting untuk dipromosikan. Kesihatan mental yang baik akan dapat membentuk persekitaran sekolah yang menyokong kesejahteraan warga sekolah amnya dan murid-murid khasnya di samping mempunyai implikasi sosial dan akademik. 

Stres yang dialami muridmurid sering dikaitkan dengan keputusan peperiksaan.murid. Dalam kajian yang dilakukan oleh Najeemah (2005) mendapati terdapat hubungan positif yang signifikan antara stres minda, stres fizikal, stres sosial, dan stres secara keseluruhan dengan keputusan peperiksaanmurid. Ini bermakna semakin tinggi stres yang dialami, semakin rendah atau merosot keputusan peperiksaanmurid

Justeru, dalam usaha menangani stres, setiap individu akan menggunakan strategi daya tindak yang berbeza (Cox, 1978) (dlm. Sabitha Marican dan Mahmood Nazar Mohamed, 1997). Namun demikian, setiap strategi gaya daya tindak itu mempunyai tahap keberkesanannya yang tersendiri. Strategi gaya daya tindak yang berkesan penting diaplikasikan oleh seseorang dalam mengawal stres yang dialami (Quick and Quick, 1984; Maturi, 1992) (dlm. Sabitha Marican dan Mahmood Nazar Mohamed, 1997).

Mengikut Gans (1990) (dlm. Jas Laile Suzana Jaafar, 1996), hampir separuh remaja dilaporkan menghadapi kesukaran berdaya-tindak dengan situasi-situasi menekan yang berlaku di sekolah dan rumah. Keadaan yang menekan ini termasuklah perubahan yang besar dalam kehidupan (seperti ibu bapa bercerai, tukar sekolah, seseorang yang penting dan disayangi dalam keluarga sakit atau meninggal dunia), situasi-situasi yang menekan (seperti kemiskinan, kesempitan hidup, cacat, konflik keluarga) dan tekanan-tekanan harian (peperiksaan, diusik atau disindir kawan, bergaduh dengan adik-beradik atau ibu bapa).

Menurut Mc Cubbin dan Mc Cubbin (dlm. Plunckett, Radmacher and Moll-Phanara, 2000), strategi daya tindak bermaksud usaha menggunakan tingkah laku untuk menyelesaikan pelbagai tuntutan yang dihasilkan oleh punca stres. Plunckett, Radmacher dan Moll-Phanara melihat strategi daya tindak dalam kalangan muridmurid dari dua sudut utama iaitu daya tindak produktif dan daya tindak tidak produktif.

Daya tindak produktif diwakili oleh tindakan seperti mendapatkan sokongan sosial, melibatkan diri dengan aktiviti kolej, meluahkan masalah, mendapatkan nasihat, meningkatkan daya kerohanian, dan penyelesaian masalah. Sementara daya tindak yang tidak produktif pula diwakili oleh tindakan meluahkan stres dengan cara yang tidak patut seperti menyalahkan orang lain, mencarut, menjerit, menafikan masalah, pengelakan dan penyalahgunaan dadah. Charles dan Michael (1994) pula berpendapat daya tindak terhadap stres boleh dibahagikan kepada problem-focused dan emotion-focused. Problem-focused merujuk kepada usaha daya tindak untuk menghapuskan perkara atau situasi yang menggugat atau menghilangkan kesan stres manakala emotion-focused adalah usaha untuk mengurangkan perasaan negatif yang meningkatkan respon terhadap ancaman.

Dalam kajian Beasley, Thompson dan Davidson, (2003) yang berkaitan aspek daya tindak murid dalam menangani stres hidup  mendapati kekuatan kognitif, cara berdaya tindak dan peristiwa hidup yang negatif didapati memberi kesan secara langsung terhadap gangguan psikologi dan simptom somatik dalam kalanganmurid. Diane dan Misty (1997) pula mendapati bahawa murid remaja lebih kerap menggunakan strategi daya tindak yang produktif seperti pengawalan kognitif, istirahat dan alih perhatian berbanding dengan daya tindak yang tidak produktif seperti penyalahgunaan dadah dan tingkah laku agresif.

PENYATAAN MASALAH

Dalam kontek kajian ini, Program Minda Sihat boleh didefinisikan sebagai satu situasi di mana seseorang individu itu mengenali potensi dirinya, dapat berdaya tindak terhadap tekanan emosi (stres) dalam kehidupan sehari-hari, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat (Pertubuhan Kesihatan Sedunia : 2001)(Rujukan). Di dalam konteks kalangan murid sekolah, seseorang murid yang sihat dari segi mental akan dapat :

1.     memulakan dan mengekalkan perhubungan peribadi dalam memberi kepuasan kepada pihak lain yang berkomunikasi dengannya misalnya rakan sebaya, guru-guru, kakitangan sekolah serta komuniti setempat.
2.     berupaya untuk menangani dan menguruskan tekanan emosi (stres) dalam kehidupan seharian.
3.     berkeupayaan untuk membuat perubahan dan penambahbaikan daripada aspek psikososial.
4.     belajar dan bermain di samping dapat meraih pencapaian yang setaraf dengan umur dan tahap inteleknya.
5.     berupaya membezakan apa yang betul dan salah dari segi nilai dan etika yang telah dibentuk oleh komuniti sekolah (Peraturan Disiplin Sekolah).

           Statistik telah menunjukkan bahawa masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja Malaysia telah meningkat daripada 19.3% pada tahun 2006 kepada 20.0% pada tahun 2011 (Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan 2006 & 2011). Stres yang berterusan dan tidak dapat ditangani boleh menyumbang kepada masalah kesihatan mental dan kemurungan. Oleh itu, memperkasakan murid menangani stres cabaran kehidupan sehari-hari dengan berkesan melalui kemahiran daya tindak (coping skills) dan teknik relaksasi akan membantu menangani gangguan perasaan dan kecelaruan minda, termasuk kes histeria serta kemurungan dalam kalangan murid.

Kajian ini dilaksanakan secara kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  Di dalam kajian ini, saringan kesihatan mental akan dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap stres, anzieti dan kemurungan dalam kalangan murid. Alat saringan yang digunakan adalah Borang Saringan Minda Sihat – Soal Selidik DASS (Depression, Anxiety, Stress Scale) dan Soal Selidik Gaya Daya Tindak. Saringan ini dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, di sekolah. Intervensi Minda Sihat menggunakan Modul Kemahiran Kesihatan Mental Remaja dan Modul Pendidikan Kesihatan Remaja.

Memandangkan statistik masalah kesihatan mental kian meningkat, satu program perlu dilaksanakan dengan memfokuskan kepada mempromosikan minda sihat dan menangani tekanan emosi (stres) dalam kalangan murid.  Guru-guru dan murid perlu diberi pendedahan bagaimana untuk mengenal pasti murid atau warga sekolah yang mempunyai masalah kesihatan mental dan tanda-tanda penyakit mental. Ini akan dapat membantu guru-guru mengendalikan murid-murid yang mempunyai permasalahan emosi, tingkah laku dan mental dengan cara yang betul dan seterusnya juga dapat mencegah penyakit mental. Kesedaran untuk mengenal pasti murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan mental (tekanan perasaan berterusan, kemurungan dan masalah emosi serta tingkah laku) akan dapat membentuk kesejahteraan murid.


OBJEKTIF  DAN KEPENTINGAN KAJIAN
Umumnya, kajian ini bertujuan untuk melihat impak pelaksanaan Program Minda Sihat yang dijalankan dalam kalangan murid di Malaysia. Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif  berikut:
                 i.          mengenal pasti komposisi jantina Saringan Minda Sihat dalam kalangan murid di Malaysia.
               ii.          mengenal  pasti komposisi kaum Saringan Minda Sihat dalam kalangan murid di Malaysia.
              iii.          mengenal  pasti peratus murid yang kemurungan melalui Saringan Minda Sihat 1 dan 2   mengenal  pasti peratus murid yang anzieti melalui Saringan Minda Sihat 1 dan 2 dalam mengenal  pasti peratus murid yang stres melalui Saringan Minda Sihat 1 dan 2   mengenal  pasti peratus murid yang kemurungan melalui Saringan Minda Sihat 1 dan

METODOLOGI KAJIAN

1. Pendahuluan
Kajian impak ini direka bentuk untuk mengesan gejala awal minda tidak sihat dan mendedahkan kemahiran pengurusan emosi dalam kalangan murid. Kajian ini juga mempertingkat kemahiran murid dalam menangani masalah emosi.
2. Instrumen kajian
Bagi tujuan pengumpulan maklumat dan data, saringan Minda Sihat dilaksanakan bagi mengenal  pasti tahap stres, anzieti dan kemurungan dalam  kalangan murid. Alat saringan yang digunakan adalah Borang Saringan Minda Sihat – Soal Selidik DASS ( Depression, Axiety, Stress Scale) dan Soal selidik Gaya Daya Tindak yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. (validity  & reability)
3. Sampel Kajian
Sampel kajian  terdiri daripada murid Tingkatan Empat di Malaysia.
4. Penganalisisan Data
Analisis data untuk kajian ini dibuat menerusi komputer menggunakan perisian Data Analysis For Excel. Perisian ini digunakan untuk mendapatkan taburan responden dan jadual peratusan.
·       Taburan responden mengikut jantina dan kaum
·       Jadual peratusan digunakan untuk melihat taburan pemboleh ubah.

5. Pelaksanaan
Program ini dilaksanakan secara kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Saringan ini dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Pelaksanaan dibahagikan kepada dua strategi.
5.1 Promosi Minda Sihat
Promosi Minda Sihat di sekolah melalui aktiviti seperti ceramah, kuiz, penyebaran brosur, sudut minda sihat dan pameran.
5.2 Mengesan Gejala Awal Minda Tidak Sihat
Aktiviti yang dilaksanakan adalah:
5.2.1 menjalankan Soal Selidik DASS
5.2.2 menjalankan Soal Selidik Gaya Daya Tindak
5.2.3 intervensi – Perkhidmatan kaunseling dan -Pelaksanaan Modul Intervensi MindaSihat
5.2.4 Pemantauan dan Penilaian
5.3 Pendekatan Program Minda Sihat
Empat pendekatan Program Minda Sihat yang dilaksanakan melalui pendekatan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah adalah:

5.3.1 Pendekatan Pencegahan
Guru Bimbingan dan Kaunseling memberikan bimbingan dan kaunseling bagaimana mempunyai imej kendiri yang positif dan kesihatan mental yang baik. Maklumat ini akan disampaikan melalui slot taklimat selama 5-10 minit dalam sesi perhimpunan pagi dan perhimpunan mingguan. Selain itu edaran risalah-risalah tentang cara menangani stres dan paparan poster-poster berkaitan kesihatan mental dan minda sihat  pada papan kenyataan.
5.3.2 Pendekatan Perkembangan
Murid diberi sesi kaunseling secara berkala tentang kemahiran menangani stres seperti berfikir secara positif, berkomunikasi secara berkesan, mengendalikan tekanan,  kemahiran asertif, kemahiran menyelesaikan masalah dan konflik serta mengawal kemarahan. Modul yang digunakan ialah Modul Kemahiran Kesihatan Mental Remaja dan Modul Minda Sihat.

5.3.3 Pendekatan Pemulihan
Murid-murid  yang dikenal pasti mempunyai masalah kesihatan mental setelah  saringan, akan diberi perkhidmatan sesi kaunseling. Proses sesi kaunseling akan menggunakan teori-teori kaunseling yang sesuai dengan murid berkenaan. Proses ini meliputi peringkat membina hubungan, mengenal pasti masalah, membincangkan alternatif, membuat keputusan dan penilaian sejauh mana keberkesanan tindakan yang telah dibuat.
5.3.4 Pendekatan Krisis
Pendekatan krisis dilaksanakan apabila murid dikenal pasti mengalami minda tidak sihat setelah saringan soal selidik Gaya Daya Tindak kali kedua. Guru Bimbingan dan Kaunseling akan memaklumkan kepada pentadbir sekolah dan penjaga supaya merujuk murid berkenaan ke klinik kesihatan berdekatan.


            Data - data Saringan Minda Sihat 1 dan Saringan Minda Sihat 2 dikumpulkan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling dan dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah. Pejabat Pendidikan Daerah akan mengumpulkan data untuk dihantar ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

3.0       DAPATAN HASIL KAJIAN

Program Minda Sihat merupakan program kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini telah dilaksanakan kepada semua murid Tingkatan 4 pada tahun 2014 oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling. Program Minda Sihat melibatkan Saringan 1 dan Saringan 2. Seramai 158,167 murid Tingkatan 4 telah menjalani Saringan 1 dan seramai 89,782 murid  menjalani Saringan 2. Profil diri responden telah dijelaskan dalam Jadual 1 dan Jadual 2.
      Jadual 1  Komposisi jantina Saringan Minda Sihat dalam kalangan murid di Malaysia.

Frekuensi
Peratus
Jantina


Lelaki
75 335
47.4
Perempuan

82 832
52.6



Kaum


Melayu
118 189
74.7
Cina
25 576
16.2
India
10 983
7.0
Lain-lain
3 419
2.1

Jadual 2 komposisi kaum Saringan Minda Sihat dalam kalangan murid di Malaysia.
Jadual 3. Taburan kekerapan dan peratusan faktor demografi responden Saringan 2
Pemboleh ubah
Kekerapan
(%)
Jantina


Lelaki
43 400
48.3
Perempuan

46 382
51.7
Kaum


Melayu
69 165
77.1
Cina
13 290
14.8
India
5 610
6.2
Lain-lain
1 717
1.9

Dapatan kajian menunjukkan murid perempuan lebih ramai daripada murid lelaki dalam Saringan 1 perbezaan sebanyak  5.2% manakala dalam  Saringan 2 wujud perbezaan sebanyak 3.4%. Kaum yang paling ramai menjalani kedua-dua saringan ini ialah kaum Melayu, diikuti dengan kaum Cina, India dan yang paling rendah ialah lain-lain kaum.
Keputusan Ujian DASS Saringan 1 menunjukkan antara pembolehubah kemurungan, anzieti, dan stres, peratusan skala sangat teruk berada pada pembolehubah anzieti dengan kadar 2.2% berbanding dengan pembolehubah-pembolehubah yang lain seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3 peratus murid yang kemurungan melalui Saringan Minda Sihat 1 dan 2
Jadual 3




Kemurungan


Normal
111 249
70.3
Ringan
24 427
15.4
Sederhana
16 669
10.5
Teruk
4 595
2.9
Sangat Teruk
1 237
0.9



Anzieti


Normal
98 197
62.1
Ringan
30 446
19.2
Sederhana
18 946
12.0
Teruk
7 167
4.5
Sangat Teruk
3 411
2.2



Stres


Normal
105 421
66.7
Ringan
27 743
17.5
Sederhana
18 337
11.6
Teruk
4 975
3.1
Sangat Teruk
1 691
1.0

Keputusan Ujian DASS Saringan 2, juga menunjukkan perbandingan dengan pembolehubah anzieti masih menunjukkan peratusan skala sangat teruk yang paling tinggi iaitu dengan kadar 0.9 % berbanding dengan pembolehubah-pembolehubah yang lain seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.4.



Jadual 3.4 Keputusan Ujian DASS Saringan 2
Pembolehubah
Kekerapan
(%)

Kemurungan


Normal
69 231
77.1
Ringan
11 889
13.2
Sederhana
6 203
7.0
Teruk
 2 052
2.3
Sangat Teruk
 407
0.4



Anzieti


Normal
67 255
75.0
Ringan
13 541
15.1
Sederhana
5 911
6.6
Teruk
2 221
2.4
Sangat Teruk
854
0.9



Stres


Normal
69 666
77.6
Ringan
11 777
13.1
Sederhana
60 32
6.7
Teruk
1 969
2.2
Sangat Teruk
338
0.4

Keputusan Soal Selidik Gaya Daya Tindak bagi kedua-dua saringan menunjukkan  skala baik membawa peratusan tertinggi iaitu 33.7% pada Saringan 1 dan 49.1% pada Saringan 2. Ini menunjukkan bahawa kebolehupayaan murid menangani permasalan dalam dirinya.
Jadual 3.5 Keputusan Soal Selidik Gaya Daya Tindak




Saringan 1


Teruk
10 922
6.9
Ringan
38 425
24.3
Sederhana
55 522
35.1
Baik
53 298
33.7



Saringan 2


Teruk
3 419
3.8
Ringan
14 924
16.6
Sederhana
27 378
30.5
Baik
44 061
49.1

Jadual 3.6  menunjukkan perbandingan tindakan yang telah dilaksanakan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling, pembolehubah Lain-lain membawa peratusan yang tertinggi iaitu 80.4% bagi Saringan 1 dan 82.1%  bagi Saringan 2.  Pembolehubah kedua tertinggi ialah Kaunseling iaitu 19.5% Saringan 1 dan 17.6% Saringan 2. Pembolehubah terendah iaitu rujukan hanya sebanyak 0.1% Saringan 1 dan 0.3% Saringan 2.


3.0       PERBINCANGAN
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti peratus murid yang mengalami masalah stres, anzieti, dan kemurungan dan setelah intervensi dilaksanakan didapati berlaku penurunan peratus stres, anzieti, dan kemurungan seperti yang ditunjukkan dalam dapatan data. Keputusan analisis data Saringan Minda Sihat 1 dan Saringan Minda Sihat 2 bagi semua skala  menunjukkan intervensi dalam program Minda Sihat di sekolah berjaya mengurangkan peratus stres, anzieti dan kemurungan dalam kalangan murid. Keputusan analisis data bagi Soal Selidik Gaya DayaTindak juga menunjukkan penurunan peratus bagi murid yang berada pada tahap teruk berbanding saringan pertama. Analisis data juga menunjukkan intervensi khusus yang dijalankan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling seperti sesi bimbingan, sesi kaunseling , konsultasi,  rujukan ke klinik kesihatan, bengkel minda sihatdan teknik relaksasi berjaya menurunkan peratus murid yang berada pada tahap teruk dan sangat teruk dalam Saringan Minda Sihat 2.

3.1       Implikasi Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia
i.                 Setiap Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah menengah perlu terus menjalankan Saringan Minda Sihat kepada murid  Tingkatan 4  di Malaysia. Guru Bimbingan dan Kaunseling juga menjalankan intervensi umum kepada warga sekolah seperti ceramah kesejahteraan minda dan teknik relaksasi bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga sekolah tentang kesihatan mental. Intervensi khusus dijalankan kepada murid yang berada pada tahap teruk dan sangat teruk pada Saringan Minda Sihat 1 sama ada dalam kategori stres, anzieti atau kemurungan. Program ini dapat memberi kemahiran kepada murid tentang cara-cara mengurus emosi dan tingkah laku. Intervensi khusus melibatkan modul perlaksanaan Program Minda Sihat yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.  Antara intervensi khusus yang dijalankan ialah sesi kaunseling dan bengkel Program Minda Sihat. Saringan Minda Sihat 1 berjaya membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling mengesan lebih awal murid yang mempunyai masalah emosi . Kerjasama KKM dan KPM lebih berfokus dan sistematik (PIC/Pegawai Meja)
ii.               (SOP jelas KKM) (hotline)
iii.             Penataran dan bengkel perkongsian kes-kes (khas teruk/sangat teruk)
iv.             Peruntukan khusus intervensi

3.2       Implikasi Kepada Kementerian Kesihatan Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia perlu menetapkan satu klinik kesihatan untuk membantu setiap sekolah yang terlibat untuk melaksanakan program minda sihat ini. Ia dapat membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk merujuk murid kepada pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur yang betul. Pegawai kesihatan yang dilantik perlu bekerjasama dengan pihak sekolah terutama dengan guru bimbingan dan kaunseling untuk membuat jadual kerja tahunan program ini. Bagi memastikan program ini berjalan dengan baik dan lancar guru-guru bimbingan dan kaunseling serta pegawai-pegawai kesihatan yang terlibat perlu diberikan kursus pengendalian minda sihat ini. Antara intervensi minda sihat ini yang boleh digunakan ialah cara mengatasi stress dengan teknik 10B, menangani kemarahan, komunikasi berkesan, pengurusan masa berkesan dan teknik relaksasi. Kementerian Kesihatan perlu memberi kemahiran psikologi dan kaunseling kepada guru untuk mengendalikan murid yang mengalami masalah mental. Beberapa kemahiran kesihatan minda remaja juga diberikan semasa kursus seperti pemikiran positif, komunikasi interpersonal, penyelesaian masalah, tegas diri, menangani pengaruh dan tekanan serta kemahiran menenangkan diri. Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menyediakan beberapa modul penjagaan kesihatan mental kanak-kanak dan remaja yang mengandungi promosi perkembangan kesejahteraan emosi dan tingkah laku kanak-kanak dan remaja, masalah emosi dan tingkah laku kanak-kanak dan remaja serta pengendalian penderaan dan pengabaian kanak-kanak dan remaja .
Kajian ini menunjukkan yang kesihatan mental murid boleh ditangani lebih awal melalui Saringan Minda Sihat dan membantu gaya daya tindak murid melalui program Minda Sihat.

KESIMPULAN
Secara umumnya dapatan kajian impak ini menunjukkan penurunan peratus stres, anzieti dan kemurungan dalam kalangan murid Tingkatan 4 di Malaysia.  Kajian Gaya Daya Tindak pula menunjukkan kebolehanupayaan murid menangani permasalahan dalam dirinya.   Justeru, Program Minda Sihat ini menunjukkan impak positif dan wajar diteruskan dengan beberapa penambahbaikan.






Rujukan :
Charles, S.C. and Michael, F.S. (1994). Situational coping and coping dispositions in a stressful transaction. Journal of Personality and Social Psychology, 66(1): 184-195.

Diane, A. and Misty, B. (1997). A study of stress, stressors and coping strategies. Social Work in Education, 19: 87-99.

Jas Laile Suzana Jaafar. (1996). Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Najeemah Mohd Yusof. (2005). Stres murid dan hubungannya dengan keputusan peperiksaan dalam kalangan murid tingkatan lima di Sungai Petani, Kedah. Prasidang Persidangan Psikologi Malaysia 2005, 30 Julai – 2 Ogos 2005, Hotel Promenade, Kota Kinabalu.

Plunckett, S.C., Radmacher, K.A. and Moll-Phanara, D. (2000). Adolescent life events, stress and coping: A comparison of communities and genders. Professional School Counseling, 3:356-366.


Sabitha Marican dan Mahmood Nazar Mohamed. (1997). Strategi daya tindak terhadap stres. Pascasidang Seminar Psikologi Industri dan Organisasi, 9–10 Jun 1997, Hotel Promenade, Kota Kinabalu.


Doa Ramadhan hari ke 26
Ya Allah ! Jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, dosa-dosaku diampuni, amal
perbuatanku diterima dan diredhai serta seluruh keaibanku ditutup; Wahai Yang Maha Pendengar dari
semua yang mendengar!

4 comments:

Anonymous said...

Fantastic site yߋu havе heге bսt I was wanting to қnow if ʏoᥙ knew of any discussion boards thɑt cover
the ѕame topics talked abօut in thіs article? I'Ԁ гeally like to bee a pqrt of online community ѡhегe Ι ϲan get suggestions frfom ᧐ther experienced individuals that share
the sane intеrest. If yoս haᴠе any recommendations, please let me know.
Many thɑnks!

Anonymous said...

This web site really has all of thhe information I needed abvout this subject
and didn't know who to ask.

Anonymous said...

I've been surfing onlkne more than 2 hours today, yett
I never found any interesting article like yours.
It's pretty worth enough for me. Personally, if all
site owners andd bloggrs made good content as you
did, the web wikll be a lot more useful than ever before.

Anonymous said...

I have read a few good stuff here. Definitely value bookmarking for revisiting.
I wonder how much effort you set to make this kind of magnificent informative website.