KERTAS
KERJA
SAMBUTAN
HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2015
Klik link di bawah ini untuk tahun 2016
Kertas Kerja RIMUP Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2016
Klik link di bawah ini untuk tahun 2016
Kertas Kerja RIMUP Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2016
1.0 PENGENALAN
Program Rancangan Integrasi Murid
Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan program yang dilaksanakan bagi melibatkan
semua kaum di sekolah. Bagi SMK Cheras yang mempunyai peratus kaum Cina lebih
kurang 48% , Melayu 50% dan pelajar India 2% program RIMUP amat penting untuk
dilaksanakan. Unit Bimbingan dan Kaunseling mengambil inisiatif untuk
mengadakan program sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah dalam
suasana masih berhari raya untuk diraikan oleh semua warga sekolah di peringkat
staf sekolah iaitu pekerja pembersihan hinggalah ke pengetua. Begitu juga
dengan murid sekolah dari peralihan ke tingkatan lima melibatkan semua kaum. Program
RIMUP digabungkan bersama Program Guru Penyayang yang merupakan program yang
dijalankan agar amalan guru penyayang membudayakan sikap kasih sayang di
sekolah melalui aktiviti yang dilaksanakan seperti sesi ramah mesra, sesi makan
bersama, meraikan hari lahir dan meraikan sambutan perayaan murid dapat
dijalankan. Unit Bimbingan dan Kaunseling menganjurkan jamuan mentor mantee
sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini agar dapat memupuk
semangat integrasi untuk perpaduan memandangkan para pelajar sekolah ini
terdiri dari berbilang kaum. Melalui jamuan, kaum lain dapat menikmati keunikan
hidangan makanan tradisional Hari Raya kaum Melayu dan bersama –sama menimati
juadah Hari Raya. Aktiviti kebudayaan pelbagai kaum juga diadakan seperti
persembahan muzik Melayu, Cina dan India sebagai persembahan selingan untuk
aktiviti jamuan yang diadakan. Pelbagai
hadiah juga akan disampaikan seperti hiasan kelas tercantik untuk sambutan Hari
Raya, pertandingan kuiz Hari Raya, kelas terbaik sambutan Hari Raya dengan
pakaian tradisional. Oleh itu semangat hidup bersama –sama dalam sebuah
masyarakat majmuk di samping hormat menghormati perlu dipupuk walau di bangku
sekolah lagi agar para pelajar dapat menghormati kaum lain dalam hidup
bermasyarakat.
2.0 Objektif
1) Mewujudkan
semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-
menghormati antara mentor
dan mantee
2) Mengamalkan budaya
penyayang dan saling menghargai antara satu sama
lain walaupun berlainan
agama dan bangsa.
3) Menerapkan integarasi
kaum dalam hidup bermasyarakat
3.0 TARIKH : 8 Ogos 2015 (SABTU)
4.0 TEMPAT : Kantin sekolah/ Dewan Sekolah/ Astaka Sekolah
5.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi
: Puan Kamariah Bt Abu
Timbalan
Pengerusi : Puan Sapura Bt Amat
Naib
Pengerusi : Encik Mohamed Jamil Bin Abdul Samad
Puan Maznah Bt Musa
Encik Raheman Ahmad
Setiausaha : Puan
Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Makanan Guru
AJK Kelab
Guru
AJK Makanan Murid sesi pagi :
Ketua : Puan
Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh
Tingkatan
3 : Puan Nor Haiza Bt Jaine
Puan Nor Haizad Mohd
Taharim
Puan Soraya Bt Abdul
Rafar
Tingkatan
4 : Puan Aziyanti Bt Abu Khanipah
Cik Nor Afiqah Bt Sidek
Puan Solehah
Bt Ahmad
Tingkatan
5 : Puan Rodiyah
Cik Noraini
Jamaluddin
Puan Salina Bt
Mohd Isa
Tingkatan1C
/2C: Puan Hasmazati Hashim/ Ustaz Nasrun
AJK Makanan Murid Sesi Petang:
Ketua : Puan
Rozinani Awang
Peralihan
: Cik Tuong
Ting 1 : Puan Faiza Mamat/ Puan Haslina Hashim/
Ting 2 : Puan
Normilah Bt Mohd Noh/ Puan Murniyati Masari/ Puan Suhaibah
AJK
Teknikal : En Balasegar/ En Nik Rahmat Bin Nik Mood
AJK
Buku Program : Puan Elya Hafiza
AJK
Persembahan :
Puan Azimah/ Puan Norlaili/ Encik Che Mohamad Padali
Puan Nafsah/ Puan Umi
Salbiah/ En Mohamad Fadzil
AJK
Banner : Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat
AJK
Dokumentasi : Puan
Raudzah Bt A. Rahman/ Cik Hufaidah
AJK
Kebersihan : Puan
Sakinah/ Puan Daljit
6.0 TENTATIF PROGRAM
Sesi pagi :
10.00 pagi : Semua warga sekolah mengambil tempat
masing-masing
mengikut seksyen yang telah ditetapkan
10.20 -11.00 pagi
: Jamuan makan / Kuiz
11.00 pagi : Persembahan kebudayaan antara kelas
12.00 tengah hari ; Bersurai
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Sumber Pendapatan :
PIBG = RM
700
UBK = RM
200
Sekolah = RM 4,068
RM
4,968
Perbelanjaan:
Kos makanan : RM 3
x 1356 = RM
4,068
Kos
makanan guru: RM 5 x 140 = RM 700
Banner = RM
100
Hadiah = RM
100
RM
4,268
8.0 PENUTUP
Diharapkan agar aktiviti yang dijalankan dapat mencapai
objektif program
yang diharapkan dan seterusnya
menggalakkan integarasi murid untuk
perpaduan dalam kalangan
pelajar.
Disediakan oleh, Diluluskan
oleh,
(Nurhaiza Bt Che Mat) (Kamariah
Bt Abu)
Oooo..balik kampung
Hati girang