Total Pageviews

3 July 2015

Pemberian Zakat Dari MSU 2015


Pagi ini saya menyewa sebuah van untuk ke MSU nun jauh di Shah Alam. Dari Cheras - Shah Alam di pagi hari akan mencecah sejam perjalanan dan menyewa van untuk membawa 10 orang murid yang terpilih adalah lebih berbaloi. MSU adalah sebuah universiti yang menawarkan jumlah zakat yang agak banyak iaitu RM 200 bagi setiap murid. satu jumlah yang cukup lumayan bagi murid sekolah dan kegembiraan itu terpancar di muka masing- masing. Hanya MSU satu-satunya universiti yang menawarkan kepada sekolah saya mencadangkan nama pelajar  bagi menerima zakat. Tahniah MSU di atas usaha murni anda. Tiba sahaja di sana, memang banyak juga sekolah yang ditawarkan untuk pemberian zakat ini. Saya amat tertarik dengan ucapan dari Presiden MSU: Profesor Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid yang menceritakan kesusahannya di waktu sekolah dahulu dan keazamannya untuk memperbaiki taraf hidup keluarga. Pendidikan ialah kunci mobiliti hidup. Semoga ucapan perasmiannya terkesan di hati murid agar membina keazaman untuk menjadikan Presiden MSU ini sebagai idola. 

Selamat Hari Lahir Johan Nazri
Semoga menjadi insan cemerlang





No comments: