4 July 2015

Soalan Lazim: Permohonan Ke Matrikulasi KPM 2016/2017


Bahagian Matrikulasi KPM telah mengeluarkan iklan permohonan ke program Matrikulasi KPM bagi sesi 2016/2017 melalui laman webnya. Tarikh permohonan bermula dari 1 Julai hingga 10 Oktober dengan mengisi borang permohonan atas talian. Sila beli cepat jangan tunggu saat akhir.


ANDA TIDAK BOLEH MEMOHON MATRIKULASI ONLINE TANPA PEMBELIAN NOMBOR PIN DARI BSN. SETELAH MEMPEROLEHI NOMBOR PIN BARULAH
                                   Sila klik di sini Permohonan Matrikulasi Online

Orait tag diatas dibuat besar-besar sebab ada juga jenis murid ini yang bertanyakan kepada cikgu, kenapa dia tak dapat nak online permohonan? Yela...kerana anda tidak membeli pun nombor pin . Dibawah ini adalah soalan lazim yang biasa ditanya kepada guru kaunseling seawal pengumuman permohonan matrikulasi dibuka.

Soalan 1) Bagaimanakah membeli no pin matrikulasi?

Cara Pembelian:

1) Membayar RM6.00 kepada kaunselor/guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan atau pelajar boleh membeli sendiri nombor PIN di BSN.     
2) Pelajar juga boleh membeli nombor PIN di mesin ATM BSN. (bagi pemegang kad akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja).      

Bayaran dibuat atas nama 'Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM' dengan nombor akaun: 1410 0290 0021 1897 dan kod  organisasi pada slip BSN ditulis dengan nombor kod: A2657500. (Klik di sini - Contoh Resit BSN

Soalan 2) Bagaimana key in permohonan matrikulasi?    
Pelajar menerima salinan resit BSN daripada kaunselor/guru. Pelajar boleh memohon dengan melayari web Kementerian Pendidikan Malaysia KPM mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2015 dengan memasukkan nombor kad pengenalan DAN nombor PIN.
                                            Sila klik di sini Permohonan Matrikulasi Online      

Soalan 3) Apakah kelebihan memohon matrikulasi berbanding permohinan IPTA nanti?

KONSEP Program Matrikulasi KPM merupakan program persediaan bagi pelajar program persediaan bagi  lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam dalam masa setahun sahaja. STPM menawarkan tempoh masa setahun setengah dan tawaran UPU biasanya diploma yang memakan masa 3 tahun dan asasi universiti sama dengan matrikulasi tetapi tempat lebih terhad kerana pengkhususan asasi kursus tertentu telah ditawarkan. Ada juga yang perlu berada di matrikulasi selama dua tahun dengan kelayakan SPM tidak melayakkan syarat ke program setahun tetapi mempunyai syarat minimum ke matrikulasi dua tahun. Yang penting, matrikulasi setahun ialah fast lane. Anda boleh memohon kedua-duanya sekali serentak baik matrikulasi dan kemudiannya IPTA. 

Soalan 4) Bolehkah pelajar yang bukan bumiputera seperti kaum Cina dan India memohon matrikulasi? Sebab ramai yang kata matrikulasi untuk bumiputera sahaja.

Mulai sesi 2003/2004, kerajaan telah memberi kelonggaran untuk membolehkan 10% pelajar bukan bumiputera untuk mengikuti program pengajian ini. 


Soalan 5) 

i)Saya layak ke memohon matrikulasi?

ii) Saya selalu gagal Matematik Tambahan. Boleh tak saya tak nak daftar untuk SPM bagi Matematik Tambahan sebab nanti result teruk. Boleh tak saya mohon matrikulasi sebab kelas saya ambil subjek tu cuma saya tak nak daftar dalam SPM.

iii) Saya tidak ambil Matematik Tambahan tetapi  saya ambil 3 mata pelajaran elektif seperti Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Perdagangan. Boleh tak mohon matrikulasi?

Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2015 bagi melayakkan memohon matrikulasi. Jika anda teliti subjek di bawah, mata pelajaran elektif yang wajib ialah MATEMATIK TAMBAHAN. Jika anda mendaftar untuk 4 mata pelajaran elektif sekali pun tetapi tanpa Matematik tambahan, anda tidak layak memohon. Jika anda belajar Matematik Tambahan tetapi tidak mendaftar untuk SPM dan tidak menduduki peperiksaan mata pelajaran ini, ANDA TIDAK LAYAK MEMOHON. Oleh itu, jangan sewenangnya drop subjek ini sebab rasa susah padahal anda belum menduduki SPM. Manalah tau kelulusan Matematik Tambahan anda memenuhi syarat minimum 


Bagi mengikuti Jurusan Sains:
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.

Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan:
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana - mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).

Bagi mengikuti Aliran Teknikal:
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Matematik Tambahan, Kimia, Fizik,dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan.


Soalan 6 :

i) Apakah syarat minimum SPM untuk masuk ke matrikulasi?

ii) Nak masuk matrikulasi mesti dapat A dan B sahajakah untuk semua subjek?

iii) Kalau asyik gagal satu subjek elektif dan waktu SPM pun gagal, boleh tak dapat matrikulasi?

Berikut merupakan syarat minimum ke matrikulasi. Anda masih lagi perlu wajib lulus Sejarah bagi melayakkan anda memperolehi taraf lulus SPM. Jika anda gagal satu subjek yang lain pun tetapi subjek tersebut tiada dalam senarai syarat minimum, maka anda masih boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan tempat di matrikulasi.


a)
Syarat kelayakan minimum 
Jurusan Sains
1.   C    Bahasa Melayu
2.   C    Bahasa Inggeris
3.   B    Matematik
4.   C    Matematik Tambahan
5.   C    Kimia
6.   C dalam satu(1) mata pelajaran daripada berikut :
           
·        Fizik
·        Biologi
Jurusan Perakaunan
1.  C     Bahasa Melayu
2.  C     Bahasa Inggeris
3.  C     Matematik
4.  C     dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut :
·        Prinsip Perakaunan
·        Ekonomi Asas
·        Keusahawanan
·        Perdagangan
·        Sains Tambahan
·        Fizik
·        Kimia
·        Biologi
·        Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan

5.  E     Matematik Tambahan

Aliran Teknikal
1.  C    Bahasa Melayu
2.  C    Bahasa Inggeris
3.  B    Matematik
4.  C    Matematik Tambahan
5.  C    Fizik
6.  C    dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut :
·        Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atauTeknologi Kejuruteraan
7.  E  Kimia
8.  B  Lukisan Kejuruteraan

Soalan 7: Saya nak pilih aliran apa di matrikulasi


   Pilih aliran yang sesuai dengan kekuatan anda terhadap sesuatu mata pelajaran berdasarkan kombinasi mata pelajaran dalam aliran di bawah. Jika anda adalah pelajar aliran sains SPM, anda layak juga memohon aliran perakaunan berdasarkan syarat kelayakan permohonan ke matrikulasi . Boleh rujuk syarat kelayakan memohon di atas.

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan dua (2) jurusan dan satu (1) aliran iaitu :
a)   Sains
b)   Perakaunan
c)   Teknikal


PAKEJ MATA PELAJARAN JURUSAN SAINS
Modul I 
1. Fizik 

2. Kimia 
3. Matematik 

4. Biologi
Modul II 
1. Fizik 
2. Kimia

3. Matematik 
4. Sains Komputer
Modul III 
1. Kimia

2. Biologi
3. Matematik
4. Sains Komputer

Mata Pelajaran Teras Jurusan Perakaunan
Matematik,
Perakaunan,
Ekonomi dan
Pengurusan Perniagaan


Mata Pelajaran Teras Aliran Teknikal
Matematik,
Kejuruteraan,
Fizik Kejuruteraan,
Kimia Kejuruteraan,
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKE) / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) / Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA)


Soalan 8: 

i) Mana lebih baik matrikulasi setahun atau program dua tahun?

ii) Manakah program yang saya perlu pilih sama ada setahun atau dua tahun?

iii)Mengapa ada yang dapat program setahun sahaja dan ada yang dapat dua tahun?

Pemohon tidak memilih sama ada setahun atau dua tahun, sebaliknya ditawarkan oleh Matrikulasi KPM kerana mungkin syarat minimum Matematik Tambahan bagi Program Satu Tahun ialah C tetapi jika pemohon mendapat D tetapi syarat minimum lain adalah menepati maka kemungkinan besar, pemohon akan diletakkan di program dua tahun. Begitu juga jika ada syarat minimum yang tidak ditepati pada aliran PST.Jika pemohon mendapat tawaran PST, tetapi tidak menunjukkan prestasi akademik yang baik juga akan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke semester berikutnya dan setaraf program dua tahun. Pemohon yang mendapat program dua tahun juga, jika dapat menunjukkan kecemerlangan akademik pada semester 1 dan 2 boleh memohon rayuan untuk program tersebut setahun sahaja. Program untuk dua tahun pengajian matrikulasi ditawarkan hanya kepada pemohon bumiputera dalam aliran sains.


Program dua tahun ini ditawarkan kepada pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan telah memohon Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi tidak terpilih bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST). Pendaftaran bagi Program Matrikulasi Dua Tahun dijalankan serentak bersama pelajar PST.

 MODUL PENGAJIAN PROGRAM DUA TAHUN (PDT) 
Dua modul pengajian disediakan. Pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Biologi dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil Modul II sahaja, manakala pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Fizik dalam SPM hanya dibenarkan mengambil Modul III sahaja.

Modul Pengajian PDT
Modul I 
1. Fizik 
2. Kimia 
3. Matematik
4. Biologi
Modul II 
1. Fizik 
2. Kimia 
3. Matematik 
4. Sains Komputer
Modul III 
1. Kimia 
2. Biologi
3. Matematik
4. Sains Komputer

SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PROGRAM DUA TAHUN (PDT) 
Mendapat keputusan berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
1.
C
Bahasa Melayu
2.
C
Bahasa Inggeris 
3.
C
Matematik
4.
C
Kimia
5.
D
Matematik Tambahan
6.
C
Dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut: 
Fizik / Biologi


Soalan 9 : Selepas habis matrikulasi boleh terus apply ke ijazah ke?








PELUANG MENERUSKAN PENGAJIAN SELEPAS LULUS PROGRAM MATRIKULASI
Pelajar yang lulus program ini dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh IPTA akan berpeluang mengikuti program ijazah pertama di semua universiti awam dalam bidang seperti berikut :
                    Sains / Teknikal                                 Perakaunan 

  • Perubatan/Sains Kesihatan Bersekutu    -Perakaunan

  • Farmasi                                                  -Pengurusan Perniagaan

  • Pergigian                                              - Pentadbiran Perniagaan

  • Bioperubatan                                         -Pengurusan Sumber Manusia

  • Sains                                                          - Ekonomi

  • Sains Komputer                                          - Teknologi Maklumat

  • Sains Pendidikan                                       -  Pentadbiran Maklumat

  •  Seni Bina                                                   - Lain-lain

  • Sains Gunaan                                          

  • Sains Teknologi / Teknologi Maklumat

  • Kejuruteraan                                      

  •  Lain-lain

Soalan 10: Dimanakah kolej matrikulasi?

Program Matrikulasi dijalankan di lima belas (15) buah kolej matrikulasi KPM dan dua buah kolej Mara seperti berikut:
Kolej Matrikulasi Melaka, Londang
Kolej Matrikulasi N. Sembilan, Kuala Pilah
Kolej Matrikulasi P. Pinang, Kepala Batas
Kolej Matrikulasi Perlis, Arau
Kolej Matrikulasi Labuan, Merinding
Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak
Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng
Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun
Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang
Kolej Matrikulasi Selangor, Banting
Kolej Matrikulasi Kelantan, Pasir Putih
Kolej Matrikulasi Sarawak, Kuching
Kolej MARA Kuala Nerang, Kuala Nerang
Kolej MARA Kulim, Kulim.
Aliran Teknikal
Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, Pendang
Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, Jengka
Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, Pontian


Salam Nuzul Quran
17 Ramadhan

620 comments

«Oldest   ‹Older   201 – 400 of 620   Newer›   Newest»

Salam cikgu. Saya telah mndpt tawaran di matrikulasi labuan. Kalau saya mendaftar lewat sikit daripada tarikh yg ditetapkan iaitu 5 jun boleh ke? Contohnya sy mndaftar 3 hari lewat dari tarikh pndtrn. sbb sy nak tunggu keputusan ipg yg kluar 6 jun ni manalah tau dapat ipg. Yuran tu boleh dibayar smsa mendaftar di kolej nanti ataupun di bank sahaja? Yuran mesti dibayar sebelum tarikh pendaftaran yg ditetapkan kah? Pendaftaran online tu wajib kah? Maaf cikgu sbb byk sgt tanya. Saya harap cikgu dapat menyelesaikan persoalan saya, terima kasih.

Assalamualaikum . Saya dpt matrik tetapi kena daftar online sebelum 31 mei . Dan saya masih menunggu keputusan dari ipg . So , kalau saya dftar online adakah selepas itu saya tidak boleh menerima tawaran dari ipg ?

Salam. Ia tidak menjejaskan peluang kamu ke ipg . Masih boleh dipeetimbangkan oleh ipg

Assalamualaikum cikgu :) jika saya membuat rayuan di upu, dan saya masuk ke matrikulasi. Boleh ke saya keluar matrikulasi jika rayuan upu saya berjaya dan apa yang perlu saya lakukan ???

salam cikgu. sya dpt 6A 1B 1C dlm spm ttapi G dlm addmath. sya tida layak msuk matrix ttapi suda membuat rayuan. cikgu rasa2 la rayuan sya akan diterima ke? -jay

Muhd Naqib delete May 17, 2016

Assalamualaikum cikgu, saya sudah dapat tawaran matriks dan perlu membuar pendaftaran online. Tetapi semasa pendaftaran dia mintak num slip bank. Saya takleh nak isi sebab slip tu hilang. Macam mana nak buat ni?

Salam cikgu, semasa pendaftaran online tu dia mintak no slip bank tapi slip bank saya hilang so tkleh isi, mcm mana nak buat ni?

assalamualaikum cikgu,saya dapat jurusan sains tapi saya nak tukar jurusan akaun. tapi saya tak pasti bila kena buat surat rayuan tu. sekarang atau nanti waktu orientasi? sebab saya baca blog senior2, mereka kata boleh tukar jurusan waktu orientasi nanti.

Salam. Ia tidak memberi kesan kpd panggilan ke IPG jika anda layak

Salam
Jika anda mendapat tawaran upu..ada terma dan syarat untuk memohon kebenaran keluar dari matrikulasi. Antaranya jika anda mendapat tempat di peringkat asasi atau pengajian yg mendapat tajaan biasiswa. Jika selain tempat ini, sila rujuk terma dan syarat sewaktu orientasi jika tindakan ini boleh dikenakan penalti

Salam cikgu. Kalau kita nak buat pertukaran jurusan sains kepada akaun perlu ada suray rayuan kan. Mana kita nak dapat surat rayuan tu? Atau kita kena buat sendiri.

Salam cikgu...Saya mendapat A+(math)..A(addmt,chem,bio)..dan A-(phy)..tapi sy tak dapat tawaran matrikulasi first intake...saya sudah membuat rayuan...saya telah menerima tawaran upu ,bolehkah saya masih boleh mendapat tawaran matrix tersebut(rayuan)?

Assalam cikgu, maaf ganggu, saya nak tanya boleh tak terus bayar yuran semasa waktu pendaftaran (7/6) tu? Atau memang kena bayar melalui bank sebelum 31 mei. Mohon pencerahan cikgu :)

Assalamualaikum.

Saya nak mintak pendapat cikgu. Adik sy dapat panggilan ke matrik 001 sains. Tapi x tau modul I, II, or III. macam mana nak tau ye? Sebab sy dulu masa dapat panggilan terus tau fizikal or hayat.

lagi 1, dia pn dapat panggilan ke asasi um sains fizikal. so dia pn pening x tau mana 1 nk pilih.

Boleh x cikgu kongsi pendapat. TQ.

Salam. Ia tidak memberi kesan kepada IPG

Ikut dokumen yg kamu print tu..di bsn

Salam nurul huda,
Tahniah kerana adik anda mendapat 2 tempat tawaran belajar. Matrikulasi dan asasi mempunyai kelebihan masing - masing. Jika adik anda menerima matrikulasi, dia perlu memohon semula ke universiti untuk kursus di peringkat ijazah selepas tamat matrikulasi yang bermaksud dia akan ditempatkan di mana -mana universiti di Malaysia namun jika dia memilih asasi..tempat kursus ijazah di UM adalah priority utama untuk penuntut asasi UM yang mana tempat ke ijazah sudah pasti ada di UM jika tamat pengajian asasi. Itu adalah perbezaan yang ketara antara matrikulasi dan asasi.

Salam Nida
Anda boleh membuat pembayaran sewaktu pendaftaran

Salam Jay

Anda sudah membuat rayuan, walaupun Matematik Tambahan anda gagal. Cikgu berharap agar anda tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi dengan keputusan rayuan untuk meredah juga subjek Matematik Tambahan di matrikulasi. walaubagaimanapun anda boleh mengikuti kursus yang sesuai yang tidak memerlukan kekuatan Matematik Tambahan.


Salam bagi soalan berikut yang akan saya respon:
Saya mendapat A+(math)..A(addmt,chem,bio)..dan A-(phy)..tapi sy tak dapat tawaran matrikulasi first intake...saya sudah membuat rayuan...saya telah menerima tawaran upu ,bolehkah saya masih boleh mendapat tawaran matrix tersebut(rayuan)?

Dari result anda , anda sememnagnya murid cemerlang SPM namun cikgu tidak pasti dengan subjek anda yang lain. Jika anda mendapat tawaran asasi, itu adalah yang terbaik untuk anda buat masa ini kecuali anda ditawarkan kursus di UPU yang tidak anda minati. Walaupun anda menerima tawaran UPU, anda juga boleh dipertimbangkan dalam rayuan matrikulasi.

Salam Dayah.
Anda masih boleh menerima tawaran IPGwalaupun anda sudah mengesahkan ke matrikulasi

Salam
Jika anda ingin menukar aliran sains ke akaun anda boleh memohon sewaktu orientasi.

Salam Rashid

Jika slip bank anda hilang, cuba ke bank tersebut semula untuk mendapatkan bantuan. Anda tidak perlu membuat pendaftaran online juga ada maklumat tidak cukup. Ini kerana pendaftaran online adalah medium yang memudahkan kelicinan pendaftaran pada hari pertama mendaftar di kolej..namun anda boleh mendaftar sewaktu hari pendaftaran sebenar.

salam Fatimah
Jika anda ingin membuat rayuan dari aliran sains ke akaun, anda boleh mebuat rayuan sewaktu orientasi dengan membuat surat rayuan sendiri atau sewaktu orientasi, anda boleh meminta penjelasan lanjut dari pegawai matrikulasi

Salam
Bagi soalan mengenai nombor akaun matrikulasi. Berikut ialah nombor akaun matrikulasi untuk pembayaran
0810029000287661

Salam Fieqah,
Bagi soalan mengenai nombor akaun matrikulasi. Berikut ialah nombor akaun matrikulasi untuk pembayaran
0810029000287661

Salam bagi yang tidak menyatakan nama,
Untuk soalan pendaftaran lewat, anda perlu berhubung sendiri dengan kolej matrikulasi tempat anda ditawarkan masuk untuk menyatakan kelewatan anda dan berbincang dengan pegawai di sana. Ini kerana ada peraturan pendaftaran lewat yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan anda terlepas peluang langsung jika tidak mendapat tempat di IPG. Yuran anda boleh tangguh pembayaran online dan membayar sewaktu pendaftaran. Walaubagaimanapun jika anda pasti dengan keputusan untuk ke matrikulasi lebih baik anda membuat pembayaran terlebih dahulu. Pendaftaran online tidak wajib kerana anda masih mendapat tempat tetapi suka cikgu ingatkan bahawa pendaftaran online akan memudahkan anda tentang banyak perkara sewaktu pendaftaran di kolej nanti.

Salam Naqib

Salam Rashid

Jika slip bank anda hilang, cuba ke bank tersebut semula untuk mendapatkan bantuan. Anda tidak perlu membuat pendaftaran online juga ada maklumat tidak cukup. Ini kerana pendaftaran online adalah medium yang memudahkan kelicinan pendaftaran pada hari pertama mendaftar di kolej..namun anda boleh mendaftar sewaktu hari pendaftaran sebenar.

Hello cikgu, sy budak stret A lepasan spm 2015..tpi sy tak dapat first intake...keliru sangat..sy dah bt rayuan,,bolehkah sy masuk second intake??mohon pndpt cikgu sbb sy pun bingung tak dpt fst intke waluaupun stret A...

Jika dapat modul 2 boleh kah memohon untuk tukar ke modul 1?

Berkenaan dengan straight A tidak mendapat tempat cikgu sukar nak respon kerana cikgu memerlukan maklumat bangsa, kokurikulum, pekej subjek yang anda ambil dan adakah anda mendapat tawaran upu?

Jika mendapat modul 2, anda boleh mengemukakan rayuan sewaktu orientasi untuk bertukar modul bergantung kepada syarat dan terma

Bolehkah saya membuat pertukaran dari modul 2 ke modul 1? Permohonan pertukaran modul confirm dapat atau boleh ditolak?

salam cikgu.. saya ingin bertanya.. sekiranya saya buat pendaftaran matrik secara online adakah ia akan mempengaruhi result ipg saya?

Asslamualaikum cikgu..sy nk tnya..semasa pendaftaran online kmk gambar sy tak blh nk upload.tak ada gambar tak apa ka cikgu?ke memang perlu ada gambar?tp no bilik semua sy dh dpt

cikgu, saya dah tekan tolak dekat tawaran tapi lepas ubah fikiran saya tekan terima balik. adakah saya masih diterima?

Assalamualaikum,cikgu, saya nk tanya, etika berpakaian ke kelas di matrik bg perempuan adalah baju kurung.tapi adakah mini baju kurung pon x dibenarkan?

Assalmualaikum cikgu.Saya tiada salinan ic ibu saya dan surat penceraian ibu bapa saya.Jadi perlu ke saya kosongkan shj di bhagian ic ibu kandung itu?

Hello jasparine
permohonan bertukar modul boleh dibuat sewaktu orientasi tetapi diterima atau ditolak bergantung kepada kekosongan tempat dan kesesuaian pakej mata pelajaran SPM kamu

salam bagi yang tidak bernama

Pendaftaran online tidak menjejaskan peluang kamu untuk dipertimbangkan ke IPG

Salam shuhaila

Jika anda menghadapi masalah teknikal dengan gambar anda sewaktu pendaftaran, ia tidak menjejaskan tempat anda ke mendapat matrikulasi. Namun cikgu menasihatkan anda agar meminta bantuan kepada orang lain agar dokumen anda lengkap sewaktu pendaftaran online bagi memudahkan urusan anda sewaktu mendaftar di kolej nanti

Salam Anita

tawaran ini automatik tolak bila anda telah kilik button tolak. Tapi jika anda berubah fikiran dan klik semula terima, cikgu tak pasti sama ada sistem itu membacanya ssebagai terima padahal data telah memproses kamu telah menolak. Cikgu sarankan agar anda menghubungi pihak matrikulasi dan menerangkan masalah anda jika anda masih bersungguh-sungguh mahu matrikulasi sebagai keutamaan anda.

Salam,

Makumlat ibu bapa adalah satu maklumat penting bagi institusi pendidikan dari sekolah hingga ke IPT. Jika anda langsung tiada maklumat ibu anda yang boleh dibuktikan pengenalan dirinya, sekurang-kurangnya ada penjaga yang mempunyai dokumen pengenalan yang mengesahkan mereka sebagai penjaga anda atau keluarga angkat anda. Awak boleh berbincang dengan lebih lanjut dengan pegawai matrikulasi anda.

Assalamualaikum cikgu.. Jika sy mengambil modul 3 sains, adakah sy boleh smbung medik? Walaupon tidak mengambil fizik?
Terima kasih :)

Assalmualaikum cikgu.Saya tidak ada salinan ic ibu dan penceraian ibu bapa saya.Jadi perlu ke saya kosongkan bahagian ic ibu kandung?

Assalamualaikum,cg..saya tlh mndpt tawaran matrikulasi.tetapi saya mndapat tahu jika dalam exam saya gagal mendapat pointer lbih dr 2,saya akan dibuang dari kolej tersebut.betul ke cg?

Salam Honey

Jika anda mendapat pointer kurang dari 2.0 memang akan dibuang, kerana 2.0 bermakna hampir semua subjek anda mendapat D atau C. Bukan di matriks sahaja, mana -mana kolej atau universiti akan meletakkan syarat demikian. Walaubagaimanapun bukan pada semester pertama kamu akan dibuang jika mendapat bawah 2.0, ada tahap -tahap tertentu. Ada peluang yang diberikan untuk membaiki pada semester kedua yang akan dibimbing oleh penasihat akademik anda nanti. Jangan terlalu bimbang tidak mendapat result yang baik kerna anda belum lagi berusaha dan menjejak kaki ke matrikulasi. Tanamkan azam untuk mendapat gred yang baik bagi setiap subjek dengan fokus kepada studi anda kerana matrikulasi sebagai fast lane untuk ke universiti tanpa perlu berhutang dengan PTPTN.

Salam
Jika anda mengambil modul 3 anda masih boleh menyambung medic kerana syarat khas memperolehi sekurang-kurangnya 3.5 bergraduat dari matrikulasi dan mendapat B dalam kimia, bio, math. Ada juga universiti yang meletakkan syarat modul bio, kimia, fizik/math. yang bermaksud fizik atau math. Namun demikian permohonan ke ijazah perubatan akan mengambilkira pakej SPM kamu juga iaitu mesti B Bio, Kimia, Matematik/ Matematik Tambahan, Fizik dan satu mata pelajaran lain. Ini bermakna jika anda mengambil modul 3 dan mendapat keputusan yang baik tetapi Fizik anda di peringkat SPM tidak mendapat B, ia juga adalah satu kriiteria yang menjejaskan peluang anda memohon ijazah perubatan. Andaikata subjek SPM anda dalam 5 subjek wajib itu mendapat minimum B, maka anda juga struggle untuk mendapat lebih dari 3.5 GPA dari matriks kerana persaigan yang begitu sengit mendapat tempat peringkat ijazah perubatan. Anda juga perlu mendapat band 3 MUET sekurang kurangnya dan lulus interview. Semoga berjaya

salam cikgu. saya dah buat bayaran yuran pendaftaran di bsn. saya bgi surat tawaran dan borang bayaran di kaunter. lepastu saya kena buat apa? buka laman web utk register online KMTK tak boleh. ok saya blur..

Assalamualaikum cikgu..saya dapat klj mtrikulasi slangor..saya perlu mmbuka acc n mmbuat kat atm bsn giro..saya mmpunyai bsn giro-i..adakah saya perlu mmbuka acc giro atau mnggunkn giro-i shja?? Trima kasih

Assalamualaikum... saya pljar spm 2015.. . Saye dpt mtrik phng... klau saya hbis mtrik boleh x nk tkar ke pngjjian islam atau bhsa arab.. ??

Assalamualaikum... saya pljar spm 2015.. . Saye dpt mtrik phng... klau saya hbis mtrik boleh x nk tkar ke pngjjian islam atau bhsa arab.. ??

Salam cg, anak saya mendapat kim dan addmth c+, math a-, tapi fiz dan bio d, adakah anak saya masih layak utk memasuki ke matrikulasi? dan sudah pun membuat rayuan. Terima kasih kerana balas.

Salam..cikgu sy dah dpt tawaran utk ke matrikulasi.. tp ibu sy tiada IC.. sy layak ke bljr di matrik? Apa yg hrus sy lakukan?

assalamualaikum cikgu, elaun akan diberikan kepada pst dan pdt pun dapat jugak ke?

Salam
Bagi pertanyaan ini "salam cikgu. saya dah buat bayaran yuran pendaftaran di bsn. saya bgi surat tawaran dan borang bayaran di kaunter. lepastu saya kena buat apa? buka laman web utk register online KMTK tak boleh. ok saya blur.."

Jika anda mempunyai masalah teknikal dengan pendaftaran online, tidak mengapa cuba lagi sehingga sebelum tarikh tutup. Jika gagal, surat tawaran masih lagi terpakai dan anda masih mendapat tempat di matrikulasi

Salam Kamil
Jika anda telah tamat matrikulasi,dan berminat dengan pengajian bahasa Arab atau pengajian islam, anda perlu memastikan bahawa untuk ke ijazah pengajian islam atau Arab biasanya melalui diploma pengajian arab atau islam, STPM yang berkaitan dengan Bahsa Arab Tinggi atau usuluddin, atau STAM. Ini kerana syarat minimum untuk ke ijazah sarjana pendidikan islam dan bahasa Arab , masih memerlukan laluan untuk pelajar yang mempunyai asas yang kukuh dalam bidang berkaitan. Ini kerana bagi murid yang cenderung ke arah aliran keagamaan seperti pendidikan islam, pendidikan alquran, pendidikan arab biasanya cikgu akan membimbing mereka agar melanjutkan pelajaran selepas ting 5 dengan mengambil STPM , STPM atau diploma yang berkaitan dengan subjektersebut. Syarat minimum untuk ke STPM , STam atau diploma juga biasanya lebih menjurus kepada mulrid kelas aliran agama sewaktu SPM. Jika anda masih berminat, anda boleh merujuk dengan kaunselor matrikulasi yang lebih mahir mengenai laluan pelajar selepas matrikulasi untuk mendapatkan bimbingan.

Salam
Dengan keputusan anak saudara itu menujukkan mencapai tahap minimum namun saya tidak dimaklumkan mengenai result BM dan BI anak saudara tuan. Adakah minimum C juga ? Jika bawah dari kredit, ini bermakna tahap minimumnya tidak mencapai syarat kemasukan. Tetapi jika mencapai tahap minimum, ini bermaksud dari segi merit tidak dapat bersaing dengan pemohon yang lebih tinggi merit. Anda mempunyai hak untuk membuat rayuan. SEmoga anAK anda berjaya

Salam aisya
PDT masih mendapat elaun seperti PST

Salam cikgu.. saya tak dapat matrikulasi. Namun saya dah buat rayuan...result saya
BM-A
BI-B
MATH- A-
KIMIA- C+
FIZIK- E
BIO- B
ADD MATH-D.
Adakah saya layak mendapat tempat utk rayuan nnti ?

Salam cikgu.. saya tak dapat matrikulasi. Namun saya dah buat rayuan...result saya
BM-A
BI-B
MATH- A-
KIMIA- C+
FIZIK- E
BIO- B
ADD MATH-D.
Adakah saya layak mendapat tempat utk rayuan nnti ?

cikgu, sye nk tanye, kalau tidak mendftar secara online, x pe ke? sbb sye br tahu kene dftar online..

Salam,
dengan result anda memenuhi kelayakan minimum untuk matriks dua tahun kerana add Math D dan jika anda tidak mendapat tempat, ini bermakna merit anda untuk tawaran matriks dua tahun aliran sains juga adalah rendah berbanding pesaing anda. Anda boleh memohon rayuan..tetapi merit masih lagi diambil kira dalam persaingan tempat untuk rayuan yang cikgu yakin bukan sedikit. Oleh itu, cikgu berharap kamu tidak meletakkan harapan yang tinggi. Jika ketika ini, anda mendapat tawaran yang lain sama ada di IPTS atau badan berkanun, pertimbangkan tawran yang sudah ada.

pendaftaran online digalakkan agar memudahkan urusan anda ketika pendaftaran sebenar nanti. Anda masih lagi mempunyai tempat walaupun anda tidak sempat untuk membuat pendaftaran online

Salam cikgu.. saya tak dapat tawaran matrik namun saya dah buat rayuan.. ni result spm saya..
Bm :A
Bi :B
math : A-
Fizik : E
bio : B
Kimia : c+
Addmath : D
adakah saya tak dapat matrik disebabkan fizik saya E dan addmath D?

Saya nak tanya bagi yang mengambil spm persendirian, pre-u mana yang boleh dimasuki setelah mendapat keputusan? Adakah sama je peluang untuk pergi ke mana-mana pre-u berdasarkan kuputusan macam calon biasa lepas spm? Apakah syarat umur untuk masuk ke matrik, asasi dan O-level? Ini kerana, saya akan mengambil spm persendirian pada tahun ini tetapi kalau diikutkan, batch saya pada tahun lepas bermakna keputusan spm saya akan keluar pada awal tahun hadapan jadi dapatkah saya memasuki matrik mahupun dimana-mana pre-u selepas itu pada tahun yang sama saya mendapat keputusan? Bukan apa, sekiranya boleh saya nak masuk matrik/asasi ataupun mengambil O-level supaya jarak masa saya dengan pelajar yang sama batch dengan saya tidak jauh beza. Tapi saya tak pasti sama ada saya layak atau tidak. Saya harap cikgu boleh terangkan. Terima kasih.

Salam
Jika dari result anda, add Math D minimum untuk aliran sains PDT kerana kelayakan untuk PST tidak mencapai tahap minimum. Namun demikian merit masih lagi memainkan peranan yang mana PDT juga telah memenuhi kuota menyebabkan anda tidak mendapat tempat. Keputusan rayuan akan menentukan anda mendapat tempat atau tidak jika ada yang menolak untuk masuk ke matrikulasi kerana mendapat tempat lain

salam

Bagi pemohon matrikulasi tahun 2016 , pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 januari 2016 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2015. pemohon juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam SPM 2015 iaitu contohnya aliran sains : BM, BI , Math, Add Math, Kimia dan Fizik/ Biologi

Dalam kes anda, jika pada tahun hadapan pihak matrikulasi tidak menukar syarat tersebut ia bermaksud anda boleh menggunakan sijil SPM 2016 dengan subjek yang wajib diambil untuk syarat minimum matrikulasi dan memohon untuk matrikulasi tahun 2017. harus diingatkan nombor pin permohonan matrikulasi biasanya dibuka pada tahun ini iaitu 2016 untuk kemasukan 2017. jadi anda boleh seperti calon spm lain walaupun anda calon persendirian untuk mendapatkan tempat.

Manakala bagi pemohon ijazah atau diploma sepenuh masa di IPTA, ada yang meletakkan had umur 25 tahun yang bermakna anda masih sempat untuk mengikuti permohonan . Cikgutidak pasti mengenai had umur asasi di IPTA kerana majority asasi meletakkan warganegara malaysia dan spm tahun semasa yang bermaksud bukan calon spm ulangan. Tapi kamu boleh mendapatkan maklumat lanjut dari IPTA yang berkenaan.

Assalamualaikum , cikgu betul kan syarat addmath bagi aliran akaun dah bertukar dari E ke C .. Mohon memperjelaskan huhu tq

Assalamualaikum cikgu betul kan syarat addmath utk aliran akaun dah tukar dari E Ke C

Salam
Belum ada pengumuman rasmi mengenai syarat minimum untuk matriks akaun ialah C. Oleh itu syarat masih terpakai untuk matriks akaun syarat minimum ialah E

Assalamualaikum ckgu , saya A utk bio kimia math fizik , bi saya b+ , tetapi addmath saya E , saya takdapat tawaran ke matrik utk pst , saya buat rayuan utk pdt hritu , rasanya rayuan saya ditolak atau diterima ? saya nk sgt masuk matrik , cuma addmath saya E , pendapat ckgu ?

Salam Anis
Selain dari merit akademik, merit kokurikulum juga memainkan peranan. Nampaknya dari merit akademik, Add Math anda yang menjejaskan merit tersebut. namun peluang anda untuk menyambung ke IPT masih lagi terbuka memandangkan anda mempunyai kombinasi subjek yang agak baik. Cikgu sarankan anda grab peluang yang anda dapat dahulu ketika ini dan fokus dengan kursus yang anda ambil ketika ini samaada tingkatan 6 atau jika mendapat tawaran diploma universiti jika anda tidak mendapat tempat untuk rayuan nanti.
Jika ditolak, ini bermakna lebih ramai status rayuan mempunyai merit lebih tinggi dari anda

Cikgu boleh tak kalau saya nak terus ke putrajaya utk memohon rayuan matrikulasi... Tapi saya dah buat rayuan secara online... I still want to go to putrajaya to make sure I really get matriculation... Is there any problem if I do like this?

hello Guna

Rayuan melalui online. Jika anda terus ke putrajaya untuk bertanya tidak salah tapi ia bukan jaminan anda akan mendapat tempat tetapi anda boleh bertanya lebih lanjut mengenai permohonan anda.

Assalamualaikum. Macam mana nak buat surat rayuan pertukaran modul ye ?

Assalamualaikum. Macam mana nak buat surat rayuan pertukaran modul ye ?

Salam
Pada waktu orientasi, pelajar akan diberi taklimat mengenai pelbagai perkara antaranya jika ditawarkan kursus modul yang anda tidak berminat. Ada borang yang perlu diisi. Namun demikian, ada setengah kolej yang mana kamu lebih dinasihatkan untuk tunggu dahulu minggu asimilasi kerana minggu itu pengenalan kepada pelajaran, kemudian baru decide jika ingin bertukar atau tidak.

Assalamualaikum saya mendapat 3A 2A- 4B+ 1E iaitu addmath adakah saya layak memasuki matriks buat kali kedua permohonan?

Result kita sama lahh.. harap-harap kita dapat masuk matriks Amin..

assalamualaikum cikgu, saya ingin bertanya, adakah saya layak dpt PDT jika saya mendapat E utk kimia tetapi saya mendapat C utk addmath ? Harap cikgu membalas komen saya ini , terima kasih

Salam fierce growl dan ginger sweet,
Add math anda ialah E yang mana untuk matriks dua tahun minimum ialah D. Namun cikgu percaya jika merit kamu lebih tinggi dari calon rayuan yang lain, mungkin itu rezeki anda. Semoga berjaya

Syarat minimum Matematik Tambahan bagi Program Satu Tahun ialah C tetapi jika pemohon mendapat D tetapi syarat minimum lain adalah menepati maka kemungkinan besar, pemohon akan diletakkan di program dua tahun. Begitu juga jika ada syarat minimum yang tidak ditepati pada aliran PST, seperti anda akan dipertimbangkan untuk ke PDT. Namun demikian Kimia E anda akan dikira merit untuk persaingan tempat dengan pemohon PDT yang lain. Oleh kerana itulah dalam persaingan, jika pemohon tergelincir satu subjek sahaja yang tidak menepati dan mendapat D lebih baik peluangnya berbanding E.

Fizik,kimia & biologi saya cukup syarat tapi addmath saya D.. rasenya dapat tak matrik?

Salam cigu. Result spm sy layak utk pdt tapi bila cek result harini sy x dpt. Boleh tak sy call pihak matriks dn merayu lagi?

Salam ginger sweeet
Seperti yang cikgu nyatakan sebelum ini Add Math E mungkin salah satu faktor yang menyebabkan permohonan matrikulasi anda ditolak selain merit yang rendah menyebabkan anda tidak mendapat tempat. Jika anda sedang menyambung pelajaran ketika ini di institusi lain atau STPM, fokus terhadap akademik kamu dan tidak berharap terlalu tinggi untuk tempat di matrikulasi.

Jika Add Math anda D dan yang lain cukup syarat, itu hanyalah syarat minimum. Kiraan merit masih memaiknkan peranan dan merit kokurikulum juga untuk PDT.

Terima kasih cigu krana mnjwb pertanyaan saya. Skrg sy dah move on dan x berharap matriks lagi dah. Saya bersyukur sy berada di t6 dlm aliran kemanusiaan skrg. Sy akan fokus dlm pmbelajaran sy.

Assalamualaikum cikgu ... nk tnye kalau sy amik ict , perdagangan dan seni layakkah sy msuk matrik dan universiti ap yg sesuai utk sy

Pakej ict , perdagangan dan seni sahaja tidak layak masuk matriks tetapi boleh masuk universiti selepas spm untuk diploma seperti UiTM.

Salam cikgu, saya tidak mendapat tawaran dari mana2 IPTA walaupun result saya layak. Rayuan matriks saya juga tidak berjaya. Patutkah saya walk in ke pejabat matriks di putrajaya utk memohon sekali lagi?

Salam

Boleh cikgu tahu full result kamu kerana jika anda layak tetapi tidak mendapat rayuan matriks dan upu bermakna ada kelemahan pada mana mana kombinasi subjek yang menyebabkan susunan merit kamu melebihi kuota pelajar yang diperlukan, atau markah kokurikulum yang terlalu rendah dan satu tambahan lagi untuk upu ialah anda memilih susunan keutamaan kursus yang tidak sepadan dengan subjek elektif anda.
Walaubagaimanapun jika anda memilih untk walk in, itu adalah hak anda untuk mendapatkan penjelasan walaupun tidak digalakkan kerana ia bukan jaminan anda akan mendapat tempat

Assalamualaikum cikgu saya nak tanya saya dapat tawaran ke matrikulasi melaka utk second intake and saya dpt program satu tahun. Boleh ke saya nak tukar program kepada 2 tahun?

Salam. Jika anda mendapat tawaran setahun gunakanlah peluang sebaik.baiknya untuk fast track setahun itu. Ini kerana jika anda tidak kompeten anda akan ditawarkan juga extend ke tahun kedua jika CGPA tidak memuaskan. Tetapi jika anda nekad juga untuk bertukar ke PDT anda boleh memohon rayuan utk dipertimbangkan

Assalamualaikum cikgu, saya telah mendapat tawaran PDT ke matriks gopeng. Tetapi dalam aliran sains. Kalau saya nk tukar ke akaun boleh ke ?

Salam
Bagi PDT sains..untuk matriks sains sahaja kerana akaun tiada PDT

Salam. .Saya nak minta pandangan nie .. Saya dapat belaja dalam PST tapi kalau saya nak tukar ke PDT .. Rasa patut tak? .. Lagi pun add math saya dapat D .. Jadi saya takut tak boleh carry that subject nanti . harap dapat beri pandangan k.. Terima kasih ..

Salam Noor Azwani
Dari keputusan anda, cikgu andaikan hanya Add Math shj yg D tetapi subjek elektif lain anda mendapat result yg cemerlang atau baik yg menyebabkan merit anda tinggi dan kuota PST ditawar kpd anda. Pelajaran di matriks hanya fokus kpd 5 subjek elektif tersebut yg sukar. Apabila anda berada di matriks dgn persekitaran yg mana semua org mengejar pointer dan pelajar yg ingin belajar..in sha Allah anda lebih bermotivasi utk bertanya dan belajar. Ada pelajar cemerlang SPM tapi kandas juga jika tiada kawalan disiplin diri. Bukan bermakna anda D Add Math anda adalah slow learner yg memerlukan dua tahun matriks padahal anda ditawarkan PST. Beri peluang kpd diri anda belajar dgn cara yg lebih berkesan dan disiplin diri yg tinggi lebih baik dari semasa anda menduduki SPM. Cuba lihat apa hasilnya nanti;) jika anda mendapat pointer yg baik untuk semester 1 in sha Allah anda boleh meneruskannya. Jika pointer sudah cukup mwmbimbangkan, anda merayulah ke PDT. Namun kebiasaanya PST tidak dibuang terus tetapi ditawar ke PDT jika pointer anda agak agak cukup makan.

Salam cikgu, ada tak cara saya nak buat rayuan utk ke kolej matrikulasi.
Saya lepasan spm 2015 saya tak apply waktu kat sekolah dulu

cikgu saya nak apply ke program matrikulasi.saya pelajar perakaunan.tetapi dalam matapelajaran saya tiada add math saya cuma ambil matapelajaran seni.blhtak saya layak utk mohon matriks?

Jika anda tidak mengambil Add Math, anda tidak layak mendapat tempat di matrikulasi kerana Add Math adalah wajib untuk syarat utama memohon matrikulasi. Jika anda pelajar cemerlang sekali pun 6A ke atas tetapi tanpa Add Math anda tetap tidak mencukupi suarat

Salam,cikgu boleh ke saya mohom matrikulasi 2017/2018 saya lepasan SPM 2015...boleh tak saya nak mohon guna gred SPMU 2016 nanti...saya ambil 3 subjek iaitu B.Inggeris,Kimia dan addmath...sbb mase saya spm 2015 saya dapat BI&KIMIA D manakala addmath saya dapat E...dan boleh ke saya beli no pin baru sbb thun lepas saya tak beli no pin...harap cikgu 😃

assalamuaikum cikgu..saya nk tanya betul ke..matrikulasi 2016 ni bakal diiktiraf sebagai diploma.

assalammualaikum cgu..klu no pin saya hilang mcmn? sya blm lg apply

Salam

matrikulasi 2016 hanya memberikan pengiktirafan terhadap sijil matrikulasi iaitu murid yang mempunyai sijil matrikulasi boleh memohon pekerjaan tetapi ia adalah setaraf sijil bukan diploma.

Salam cikgu, boleh tak sekiranya saya ingin menukar ke program 2 tahun sebab saya rasa saya tak boleh nak ikut pelajarannsekiranya saya masih berada di pst.

Anda ditawarkan ke PST mengikut kuota PST. Jika anda tidak mencapai gredyang baik anda boleh merayu untuk Program dua tahun tetapi jika anda ingin terus menukar ke PDT tidak digalakkan tepai anda berhak membuat rayuan

Bole ke beli no pin 2 kali??sbb saye xleh nk isi borang...

Boleh beli nombor pin dua kali tetapi jika anda mempunyai masalah untuk mengisi borang, ia tidak berkaitan dengan nombor pin. Cuba dapatkan bantuan dan bimbingan cara mengisi borang matrikulasi dengan betul secara online.

maaf cigu,kalau saya batalkan isi permohonan pada kali pertama lalu buat permohonan kali kedua melalui kemaskini dengan angka giliran baru hantar isi borang dan printkan , berapakah kali ini dikira untuk buat kemas kini? diharapkan jawab secepat mungkin..

Sumber: Permohonan Kemasukan Matrikulasi Sesi 2016/ 2017 Online | melvister.com

This comment has been removed by the author.

Salam cg. Sy pelajar aliran teknikal tetapi disekolah sy subjek diambil tiada fizik & kimia. (SENI,LK,ADDMATH & subjek teras ✔️) Adakah saya masih layak memohon matriks aliran teknikal walaupun sya mendpt gred yg bagus dlm subjek lain tetapi tiada fizik? ��

Slm Cikgu,

saya merupakan seorang pelajar tingkatan 5 yang bkal menduduki peperiksaan spm. saya sedang membuat permohonan ke matrikulasi melalui online. persoalan nya, saya seorang pelajar aliran sains yang mengambil biologi. tetapi saya ingin memohon aliran teknikal d kolej matrikulasi aliran teknikal. saya tidak mengambil mana² subjek kejuruteraan tetapi saya ada mengambil subjek pendidikan seni visual dan teknologi maklumat. adakah boleh saya memohon untuk aliran teknikal d kolej matrikulasi aliran teknikal ? mohon pencerahan dan terima kasih cikgu

cikgu, dekat UniKL MFI, tercatat yuran sebanyak RM12 500. Saya nak tanya, itu yuran untuk satu semesta atau untuk sepanjang pembelajaran iaitu sekali sahaja bayar

Syarat wajib untuk aliran teknikal itu sendiri memerlukan kredit dlm mata pelajaran kejuruteraan krn terus mengikuti subjek wajib ini apabila diterima ke aliran matrikulasi teknikal. Anda boleh mengambil jurusan sains yg lebih tinggi peluang untuk mendptkan tempat dgn pakej subjek anda skrg. Anda bokeh mengambil modul yg mempunyai fizik dan sains komputer dan masih lagi berpeluang menyambung ke ijazah dlm bidang kejuruteraan

Yuran 12k itu untuk ijaxah dan bayaran utk setahun di UniKL MFI bagi warganegara

Assalam cikgu. Haritu sya dh beli no pin utk kemasukan matriks tp no pin tu hilang. Apa patut sya buat?

Assalam Cikgu,borang permohonan matrikulasi saya tersilap pada bahagian tarikh lahir tetapi saya tak dapat betulkan melalui kemaskini permohonan.Apa yang saya perlu lakukan?

Jika anda telah menghilangkan nombor pin sblm berbuat apa apa, anda boleh membeli semula nombor pin tersebut dan cikgu cadangkn agar anda snap resit sebaik shj anda membelinya untuk tidak lupa nombor pin itu.

Jika anda telah menghilangkan nombor pin sblm berbuat apa apa, anda boleh membeli semula nombor pin tersebut dan cikgu cadangkn agar anda snap resit sebaik shj anda membelinya untuk tidak lupa nombor pin itu.

Jika ic kamu pun tersilap sewaktu pembelian nombor pin, maka memang tidak boleh dikemaskini tarikh lahir tersebut dan anda boleh membeli nombor pin baru. Tetapi jika ic anda betul sewaktu pembelian nombor pin, maka andaperlu menghubungi hotline matrikulasi

Assalamualaikum cikgu .. saya ingin bertanya, jika di sekolah saya amik aliran sains, dan ingin mohon ke matrikulasi utk jurusan perakaunan, adakah sy boleh mendapat peluang itu? Dan berapakan kredit minimum yg saya perlu capai utk menempatkan diri saya ke matrikulasi tersebut? Mohon pencerahan cikgu . Terima kasih .

Assalamualaikum cikgu .. saya ingin bertanya, jika di sekolah saya amik aliran sains, dan ingin mohon ke matrikulasi utk jurusan perakaunan, adakah sy boleh mendapat peluang itu? Dan berapakan kredit minimum yg saya perlu capai utk menempatkan diri saya ke matrikulasi tersebut? Mohon pencerahan cikgu . Terima kasih .

Assalamualaikum, cikgu. Saya akan menduduki SPM pada tahun 2016. Saya telah membeli no. pin dan menyelesaikan permohonan. Namun, saya telah kehilangan resit tersebut. Apakah cara untuk menyemak semula no. pin tersebut atau saya mesti membeli yang baharu? Adakah saya akan memerlukannya lagi atau hanya perlu menunggu keputusan permohonan nanti? Terima kasih.

Assalamualaikum cikgu.. saya nak tanya bagi saya yg warganegara malaysia, bukan bumiputera tetapi berketurunan indonesia (melayu indonesia) adakah saya masih layak utk memohon program matrikulasi..? kalau mengikut syarat minimum utk masuk program matrikulasi saya layak sebab pencapaian akademik saya bagus.. saya boleh dapat A dlm semua matapelajaran teras, kimia, bio , fiz.. tetapi addmath saya c (markah trial spm) .. tapi saya masih tak tahu adakah saya layak untuk memohon kerana bapa saya ialah pemastautin tetap .. harap cikgu dapat , menjawab soalan saya

salam

jika anda sudah membuat permohonan, anda tidak memerlukan nombor pin itu lagi kerana untuk semakan menggunakan kad pengenalan atau dokumen pengenalan yang berdaftar dengan LPM

Salam

Jika anda seorang warganegara anda telah memenuhi syarat wajib manakala bagi isu bukan bumiputera, tidak ada masalah kerana kuota ada diberikan untuk murid bukan bumiputera.

Salam cikgu. Kalau add maths trial dapat bawah gred C . Saye still boleh mohon ke ?

Boleh krn result trial tidak diambil kira. Result spm sebenar akan direct link dgn matrikulasi untuk kelayakan ke matriks

Boleh krn result trial tidak diambil kira. Result spm sebenar akan direct link dgn matrikulasi untuk kelayakan ke matriks

Boleh krn result trial tidak diambil kira. Result spm sebenar akan direct link dgn matrikulasi untuk kelayakan ke matriks

assamualaikum cikgu, boleh ke pelajar yang amik sains tulen spm mohon untuk matrikulasi teknikal????

Salam Zamil

Murid yang ingin memohon matrikulasi aliran teknikal memerlukan sekurang-kurangnya satu dari subjek elektif berikut:
Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atauTeknologi Kejuruteraan

dan lukisan kejuruteraan

Jika anda tidak mempunyai kombinasi di atas, maka tidak layak memohon.

What if saya punya add math sahaja yang fail, but other subjects saya kredit. Anyway saya ambil aliran science time spm

assalamualaikum cikgu , saya calon spm 2015... boleh tak saya membuat permohonan matrikulasi 2017/2018.saya ambil spm ulangan tahun 2016.......6 subjek semua nya.....fizik,kimia,biologi,add math,math dan bahasa inggris.....jika saya membuat permohonan matrikulasi tahun 2017/2018 adakah permohonan saya diterima????

saya calon spm 2015,result spm saya fiz,D...kim,D...Bio,E...Add mat,G...Mat,C+...BI,D.....dan yang lain B. saya ambil spm persendirian(ulangan)tahun 2016 dan saya ambil 6 subjek untuk baiki keputusan spm saya....fiz,kim,bio,add math,math,dan BI. Adakah saya boleh @ layak membuat permohonan matrikulasi 2017/2018 jika keputusan spm saya memenuhi syarat matrikulasi???

Gagal Add Math tidak melayakkan anda untuk pengambilan ke Matrikulasi

Salam

Syarat ke matrikulasi ialah menggunakan result SPM tahun semasa. iaitu bagi pengambilan tahun 2017/2018, anda mengambil SPM tahun 2016. Dalam kes anda, hanya 6 subjek SPM semasa (iaitu paper yang diulang) bukan semua subjek dari SPM tahun semasa. namun untuk pengambilan diploma dibenarkan dengan kelayakan yang ditampal dari result lama dan baru.

Salam cg. Mcm mana if maths D addmath d and sc subject A- ? Layak ka matriks

Assalamualaikum , cg saye banyak buat research , memang WAJIB 100% ke subjek addmath diperlukan kalo nak masuk matrik , sebb saya dah beli no pin di bsn untuk 2017 2018 punya intake , cuma sampai skrg rase nak tak nak pula untuk saya masuk sebb sub admath ni saye tdk ambil , dan saya dlm aliran perakaunan , saya nak tukar kos ke kos yg lain , boleh kan cg ? Sekian

Anda tidak mencapai syarat minimum sama ada aliran sains mahupun teknikal dan perakaunan untuk kredit subjek teras Math

Subjek Add Math adalah wajib. Anda tidak perlu membeli no pin kerana tidak layak memohon jika tidak mengambil paper add math spm

salam ikgu,saya baru lepas habis spm semalam,tapi saya lupa untuk memohon matrikulasi secara onlin. Jadi hari ni baru saya cuba untuk mendaftar secara online(30 november).boleh lagi ke untuk mendaftar?

Assalamualaikum...saya belum mengambil spm lagi.sya baru form 4.cuma saya ingin membuat persediaan..kalau di matrikulasi saya ingin mengambil aliran sains boleh x ...walhal disekolah saya mengambil aliran perakaunan

Assalamualaikum cikgu...saya belum mengambil spm lagi. Cuma saya ingin membuat persediaan.Saya ingin mengambil aliran sains walhal disekolah saya mengambil aliran perakaunan..

Jika anda mengambil aliran akaun skrg, anda tidak layak memohon aliran sains matrikulasi.

Assalam cgu ,, kn lps isi matrix scara online die ad bgi nom pin .. sy dh hilg kn nom pin tu .. ap perlu sy buat .. nnty bile result dh keluar ,, mcm mne sy nk check ??

salam cgu .. sy dh apply .. lps siap apply tu , die ad bgi nom pin lain .. sy dh hilg kn nom pin tu .. ap perlu sy buat .. nom tu pnting x ?

sy nak tanya.. kalau dapat jurusan sains lepastu nak tukar ke teknikal, boleh tak???

Salam
Jika dapat jurusan sains then nak tukar ke teknikal, anda boleh pertimbangkan sewaktu minggu suaikenal. Pada masa ini jika pakej aliran SPM kamu menepati subjek yg diperlukan untuk kelayakan masuk aliran teknikal akan dipertimbangkan. Tetapi aliran teknikal hanya ada pada beberapa kolej matrikulasi tertentu. Biasanya pertukaran antara kolej tidak dibenarkan tanpa reason yg kuat.


kalau subjek seperti di bawah layakkah masuk Matriks ? :
Bm
Bi
Sej
Math
PMoral
Kimia
Fizik
AddMath
LK

Bm Bi Sej Math PMoral Kimia Fizik AddMath LK layak mohon Ke Matrik

Asslm cgu..sy dh isi borang online matrikulasi tapi saya lupa utk print out no siri. Jadi msalah x?

maaf.. sya nak tanya.. saya ade kad giro-i bsn. blh ke gne kad ni klu beli pin di bsn?

Maafkan sy, sy mahu tnya kalau sy gagal Matematik tambahan , sy layak atau tidak ke matrikulasi? Saya selalu gagal dalam matematik tambahan , saya berfikir untuk drop tapi nanti akan menghalang saya dari masuk matrikulasi tapi saya selalu gagal

Salam puan. Saya sedang belajar di matrik kedah dalam aliran sains.
Saya ingin mengambil bidang kedoktoran. Tapi saya cuma dapat 5A daaam subjek teras dan 2B dan 2C dalam subjek sains seperti add maths, kimia, fizik dan biologi. Soalan saya kalau saya perbaiki gred saya dalam spm boleh ke saya menlanjutkan pelajaran dalam perubatan. kalau ya bila saya boleh resit paper tersebut. Mohon penjelasan.

Jika anda gagal Matematik tambahan , anda tidak layak ke matrikulasi. Walaupun anda selalu gagal dalam matematik tambahan jgn drop kerana jika anda lulus ia adalah satu bonus tetapi jika anda gagal ia masih lagi memberi merit kpd anda kerana mempunyai pengetahuan minimum ttg Add Math berbanding murid yg tidak mengambil Add Math dan bersaing tempat ke kursus tertentu di IPT.

Salam
Anda mendapat 5A dalam subjek teras dan 2B dan 2C dalam subjek sains seperti add maths, kimia, fizik dan biologi. IPTA meletakkan syarat walau pointer tinggi bersama pakej SPM dgn subjek elektif sains minimum B. Namun ada IPTS yg tidak meletakkan pakej SPM bersama. Anda boleh memperbaiki gred anda dalam spm dgn pendaftaran calon mengulang SPM dgn pendaftaran dibuka pada Mac dan mengambil exam tersebut pada bulan Nov. Namun cikgu ingin mengingatkan jika anda mendapat result yg cemerlang dlm paper ulangan ia juga bukan jaminan anda untuk mendapat tempat kursus perubatan di IPTA krn persaingan dgn calon semasa.

Salam cikgu. Saya ingin bertanya. Jikalau subjek elektif saya termasuk akaun, ekonomi, sains, dan addmaths, bolehkah saya memohon jurusan sains dalam permohonan matrikulasi?

Pakej ini bukan untuk ke matrikulasi sains yg memerlukan subjek Add Math/Fizik/Kimia/Bio/LK dll semasa SPM. Pakej andaini ialah laluan matrikulasi perakaunan

assalamualaikum...boleh tanya sikit
kalau matrikulasi uum ni di bawah KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA tak.

Salam
matrikulasi uum bukan dibawah kategori matrikulasi KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA tetapi bawah UPU atau Kementerian Pengajian Tinggi

Cikgu,
Kalau saya terlepas tarikh tutup membeli nombor pin untuk masuk matrikulasi (24 Disember 2016), macam mana saya nak pohon masuk eh?

Assalamualaikum cg...saya pelajar matrikulasi.

Soalan saya,Boleh kah saya apply kos bussiness untuk UPU.

Saya berminat kos bussiness tapi sekarang saya study sains di matrikulasi.

Boleh. Matrikulasi sains membolehkan anda mengikuti kursus business untuk ijazah.

ala sye ambik addsains sebb kelas pure saina cme ade satu dn sye x dpt msok kelas tersebut. Course yng sye nk ambil adalah fisioterapi. Maksudnya sye memng x lyak ke? 😖 kels sye ade prinsip perakaunan, sains tambahan, matematik tambahan

Course yng kamu nk ambil adalah fisioterapi. Anda layak dgn memerlukan kekuatan sains tambahan dan matematik tambahan tersebut. IPT swasta mengambil murid dari aliran bukan pure sains tetapi IPT awam lebih memberi merit kpd aliran sains

salam cg.boleh ka saya apply course undang undang selepas habis matriks?
atau saya hanya boleh apply course yg berkaitan dengan sains sahaja di ipta untuk program ijazah pertama

Anda boleh memohon kursus undang undang walaupun dari aliran matriks sains

salam....

BM A-
BI C+
P.ISLAM A-
SEJARAH B+
MATH C+
ADD MATH D
FIZIK B
KIMIA C
BIOLOGI B+
TASAWWUR ISLAM C+

adakah saya layak mengambil jurusan sains dalan program matrik

Selamat Sejahtera cikgu ini keputusan SPM saya:

Bahasa Melayu B+
Bahasa Inggeris C
Sejarah A
Matematik A
Pedidikan Moral B+
Kimia C
Biologi B
Fizik B
Matematik Tambahan B

walaupun 2A ,masih saya layak masuk matrikulasi kah?dan saya bukan bumiputera

Salam ckgu,saya nak tnya ,layak kah saya masuk matrikulasi jika degn result
BM=A-
BI=C+
PM=A+
SEJ=A-
MATH=A
ADDMATH=C+
BIO=D
FIZ=D
KIM=B

Salam ckgu, kalau result saya seperti di bawah,adakah sy berpotensi untuk ke matrikulasi?
BM=A-
BI=C+
PM=A+
SEJ=A-
MATH=A
ADDMATH=C+
FIZ=D
KIM=B
BIO=D

Fizik dan Bio D merupakan killer subjek yg menjejaskan potensi untuk ke matriks

Fizik dan Bio D merupakan killer subjek yg menjejaskan potensi untuk ke matriks

Nurul nazira delete March 16, 2017

assalamualaikum cg. sy lepasan spm2016. result spm sy utk 4subj.
BI=A-
Math=A
Sej=A
Prinsip akaun=A
Add math =E

adkh sy layak untuk martriks PDT? dan kalau pointer sy ok dlm sem1 dan 2. adakah sy lyk mmbuat rayuan utk bljr 1tahun shj?
mohon penjelasan cg. terima kasih.

Pengiraan merit untuk kombinasi subjek memainkan peranan untuk permohonan diterima bukan disebabkan anda 2A shj.

Ya. Layak mohon aliran sains namun dgn result D Add Math bukanlah jaminan permohonan diterima.

PDT hanya untuk aliran matrikulasi sains sahaja

Result SPM 2016 saya:
BM. B+
BI. B
PI. B+
SJ. B
MATH MODEN. A
ADD MATH. D
SC. A
PRINSIP AKAUN. B
EKONOMI ASAS. A

Adakah saya masih layak untuk Matrikulasi

Salam cikgu, saya nk tanya adakah keputusan spm saya ni dpt melayakkan saya utk ke matrik. Saya calon spm 2016

Bahasa melayu - A-
Bahasa inggeris - A-
Mathematik - A
Addmaths - E
Sains - A
Prinsip perakaunan - B
Ekonomi asas - A
Sejarah - A
Adakah saya layak utk diterima dlm jurusan perakaunan?

assalammualaikum cikgu

saya telah mendapat 4A dan kredit sub bio dan akaun . tetapi E salam sub addmath . adakah saya masih berpeluang untuk mendpt twaran ke program dua tahun dalam aliran akaun? . tetapi hari tu saya telah memohon untuk aliran sains .

Saya telah membuat rayuan semakan semula untuk subjek pengiraan merit,kalau rayuan saya berjaya dan diterima oleh Lembaga Peperiksaan,adakah pengambilan pelajar matrikulasi akan berdasarkan keputusan asal atau keputusan terkini (gred baru selepas membuat rayuan).

Assalammualaikum cikgu. Saya lepasn spm 2016. Keputusan saya
BM-B
BI-B
PEN.ISLAM-B+
MATH-B+
Bio-B
Fiz-C
Kim-C
Sej-D
A.math-E
Adakah saya boleh ditempatkan di matrikulasi utk pst atau pdt?

Layak memohon ke matriks akaun kerana mempunyai syarat minimum

Layak. In sha Allah ..berdoa dan bertawakal ye

Layak. In sha Allah ..berdoa dan bertawakal ye

Tiada PDT untuk akaun. Jika anda memohon aliran sains, maka result yg ditawarkan adalah matriks sains PDT jika menerima tawaran.

Assalamualaikum cikgu....syarat minimum kemasukan matrikulasi masih sama lagi ke untuk tahun lepasan spm 2016?Saya dapat 2A je...saya risau sebab ayah saya cakap tak boleh dapat matrikulasi...lagipun addmath saya D

Hello. Subjek Kimia dapat D. Bole masuk matriks ? Sy juga ingin memasuki aliran sains? Adakah sy mempunyai peluang tersebut?

Cikgu tidak pasti ttg gred yg mana krn permohonan ke matrikulasi sejak tahun lepas lagi dan lembaga peperiksaan hanya link terus dgn pihak matrikulasi based result skrg. Anda boleh membuat rayuan menggunakan slip terkini selepas semakan dgn menghubungi pihak matriks

Result aliran sains matriks dgn minima sangkut pada Add Math biasa ditawarkan PDT. Aliran akaun tiada PDT.

Masih lagi pengiraan merit memainkan peranan ye. Walaupun dpt 2A tapi subjek pengiraan merit tinggi..layak menyertai matriks. Tapi Add Math D killer subjek ini yg menyebabkan boleh ditawar PDT.

Hi cg saya dapat result kurang cemerlang
Bm = B+
SJ = B+
PI = B
MATHS = A
SCIENCE = A
SAINS PERTANIAN = A-
ADD MATHS = C
P. AKAUN = C
EKONOMI ASAS = B+
PSV = A-
BI = C+

ADAKAH SAYA LAYAK KE MATRIKS... MOHON PENJELASAN CG...

Assalamualaikum. Result saya:
BM A
BI B+
PI A
SN A-
MM A
MT C
SEJ B+
AKAUN A
PERDAGANGAN A-

Adakah saya layak diterima program matrikulasi? lagi satu, result kita ni tak perlu dinyatakan ye semasa permohonan? ia automatik dah tahu result kita ke?

Jika anda mendapat D Kimia, maka salah satu gred minimum subjek wajib yg diperlukan tidak mencapai kriteria. Jika anda tidak mendapat tawaran bermakna subjek ini antara killer peluang anda.

«Oldest   ‹Older   201 – 400 of 620   Newer›   Newest»
 

Telegram Channel