Hari ini berbincang dengan rakan sekerja projek penting untuk masuk bertanding dalam dua kategori yang berbeza iaitu amalan terbaik/pengurusan terbaik kaunseling dan pertandingan inovasi psikologi kaunseling. Yeahhh...Ogos yang sibuk dengan tugasan dan dalam masa yang sama banyak keluar untuk aktiviti Zon dan JPWPKL.
Sila klik tulisan di bawah untuk download
Membelek borang penilaian tahun ini, ada banyak penambahbaikan yang dibuat berbanding tahun lepas. Maklumlah tahun lepas adalah pertandingan sulung dan sudah tentu banyak kelemahan untuk diperbaiki pada tahun ini. Antaranya pertandingan amalan terbaik di kategorikan untuk sekolah rendah dan menengah yang mana lebih adil untuk diadili dan satu pertandingan baru diperkenalkan iaitu pengurusan bimbingan dan kaunseling which is saya rasa the best option ialah masuk bertanding pengurusan bimbingan dan kaunseling. Penilaian kendiri sahaja sudah membuatkan saya excited.......semoga dipermudahkan. Doakan kami!
Your life does not get better by chance
It gets better by change
2 comments
Salam kak nurhaiza
Semoga sentiasa ceria dan diberkatiNya
Boleh saya tahu, ada ke garis panduan utk tahun 2018?
Atau boleh gunakan garis panduan ini sebagai rujukan
Terima kasih
Madihah Sabariah
GBKSM SMK Bandar Seri Putra
Salam Madihah
Borang amalan terbaik sahaja yang boleh digunakan sebagai panduan kerana kategori pengurusan kaunseling tidak lagi dipertandingkan