24 September 2015

Sambutan Hari Raya Aidiladha di Kampung



                                               


Selamat Hari Raya Aidiladha. Hari ni umat Islam  meraikan hari raya Aidil Adha dengan pelbagai perasaan bercampur baur dengan pelbagai insiden yang berlaku di Mekah sewaktu musim haji tahun ini. Alhamdulillah kita masih bernafas untuk menikmati keraian Hari Raya Aidiladha. Kebetulan cuti sekolah pada minggu ini, maka meraikan Aidiladha dalam suasana cuti sekolah yang panjang adalah satu bonus. Jauh dari keadaan berjerebu dari Kuala Lumpur dan bertemankan suasana kampung yang menghijau dan udara segar membolehkan aktiviti outdoor dijalankan dengan udara yang segar.

Solat Sunat Aidil Adha dilakukan pada awal pagi dengan suasana berduyun -duyun ke masjid menimbulkan kesyahduan dan keinsafan. Disunatkan makan selepas solat Aidil Adha untuk menjamah makanan, dan sudah pasti menu nasi himpit, rendang dan kuah kacang menjadi pilihan :)
Dan berulang alik ke dapur menjamah menu tersebut menjadi tabiat dari pagi hinggalah ke malam...ahaks

Yang menariknya apabila diraikan di kampung ialah kemeriahan tempat penyembelihan korban untuk menonton ibadat korban dijalankan. Bergotong -royong dengan aktiviti penyembelihan menimbulkan suasana muhibbah dan mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Tinggal di kampung dengan jiran sekeliling kebiasaanya adalah saudara mara rapat dan saudara mara jauh menyebabkan aktiviti menziarahi kaum keluarga masih diteruskan walaupun tidak semeriah Hari Raya Aidilfitri. Melalui ibadat korban yang dijalankan, aktiviti menerima jemputan dari kenduri kendara  saudara mara dan jiran tetangga yang membuat ibadat korban ini berterusan selama 3 hari. Dengan jadual penyembelihan yang berbeza antara masjid dan surau membolehkan suasana gotong royong ibadat korban disaksikan berkali-kali dan anak -anak melihat ibadat korban ini dijalankan dari dekat. 


Selamat Hari Raya Korban
10 Zulhijjah 1436 Hijrah














 

Telegram Channel