24 October 2015

Trip Guru Kaunseling SMK Cheras to Kampung Budaya Sarawak


Hari ini menyambung menyewa kereta RM 100 untuk sebuah kereta Kenari untuk ke Kampung Budaya Sarawak yang terletak di kai Gunung Santubong. Perjalanan kira-kira 45 minit dari Petanak, Kuching. Antara tarikan utama disini ialah senibina rumah masyarakat pelbagai budaya yang hidup di Sarawak ini. Antaranya Bidayuh, Iban, Penan, Orang Ulu, Melanau, Melayu, Cina. Kami perlu membayar RM60 seorang tidak termasuk GST untuk memasuki kampung budaya ini. Setiap orang diberi sticker dan pasport untuk mengecop setiap tempat yang kami lawati. 

Rumah pertama ialah rumah Bidayuh di mana terdapat dua jenis rumah iaitu yang pertama rumah yang didiami oleh pahlawan sahaja dan saiznya lebih kecil dari rumah Bidayuh yang asal yang menempatkan kaum keluarga. Struktur rumahnya yang tinggi kerana terletak di dalam hutan berhampiran gunung ganang.
Rumah Iban direka untuk berpindah radah mengusahakan tanaman dan tinggal di tepi sungai atau kemana sahaja tanaman mudah diusahakan. Rumah kaum Penan yang sangat ringkas binaannya kerana dibina untuk kegunaan beberapa minggu dan bulan kerana berpindah radah. Keistimewaan mereka dengan blowpipes kepakaran kemahiran diri mereka. Rumah Orang Ulu dibina dengan ketahanan kerana rumah panjang itu akan dikekalkan sepanjang hayat. Kepakaran mereka membuat senjata. Rumah orang Melanau terletak berhampiran sungai dan dibina dengan ketinggian yang sangat tinggi dengan 40 kaki dari tanah. Keistimewaan kaum ini ialah mereka sangat suka dengan sagu berbanding makan nasi. Rumah orang Melayu kaya dengan seni ukiran. Apa yang menarik pada setiap rumah ini ialah susunatur peralatan yang signifikan dengan budaya masyarakat masing-masing. Selain itu diadakan demo peralatan perhiasan pakaian dan aksesori kebudayaan masyarakat tersebut, makanan tradisional dan demo kepakaran kemahiran masing -masing.

Kemudian slot persembahan di teater di situ selama 45 minit dengan persembahan kebudayaan dari pelbagai budaya masyarakat di Sarawak. Beberapa tarian kebudayaan dipersembahkan di antara persembahan tarian yang terkenal. Masyarakat Iban dengan ngajat lesong dan ngajat pahlawan. Ngajat lesong mengenai kekuatan pahlawan menngunakan gigi mengangkat barang berat manakala ngajat pahlawan tarian menyambut pahlawan yang baru pulang bertempur. Masyarakat Bidayuh dengan tarian rejang be'uh dikatkan dengan musim menuai.Tarian yang signifikan dengan pergerakan penari yang meniru pergerakan enggang dengan sayapnya. Masyarakat Bidayuh dengan tarian langgi julang dimana persembahan ritual tarian untuk memilih ketua yang baru yang ditarikan menggunakan julang. Persembahan Orang Ulu dengan tarian Datun Julud yang menyambut tetamu di rumah panjang. Traian Kanjet Ngeleput mengenai pergerakan memburu di hutan. Persembahan Melanau pula dengan tarian menyak bagaimana memproses sagu dijalankan. Tarian alu-alu oleh kaum Melanau sewaktu terdapatnya kematian sebagai menenangkan tetamu yang hadir menziarahi. 
Tarian Masyarakat Melayu Sarawak dikenali sebagai Senandong Sarawak, tarian royong dan serampang baru

Kami keluar dari sini pada pukul 1.30 tengah hari untuk direct ke lapangan terbang Kuching menunggu flight ke Kuala Lumpur.

Selamat pergi
Selamat kembali
Semoga kita bersua kembali
AK 5213


Selamat Datang Ke Kampung Budaya Sarawak, Kuching.
Bersama orang Melanau di rumah panjang Melanau
Rumah Melanau
Rumah Melanau
Bilik merawat pesakit rumah Melanau
Bilik di rumah  panjang  Melanau yang menempatkan satu keluarga bagi satu bilik

Rumah Penan
Rumah Iban
Rumah Iban
Rumah Iban: di atas kepala saya ialah tengkorak di daun -daun tersebut
Takal air di rumah panjang Rumah Iban
Di rumah panjang Iban
Rumah Iban
Bersama dengan orang Iban yang sedang menenun
Kawasan dalam rumah panjang Iban


Rumah Bidayuh
Rumah loteng rumah panjang Bidayuh
Di hadapan rumah pahlawan Bidayuh
Rumah panjang Bidayuh untuk keluarga

Rumah Bidayuh untuk pahlawan
Rumah Bidayuh untuk pahlawan
Jambatan buluh Bidayuh
Di dalam rumah Bidayuh
Bersama orang Bidayuh dengan pakaian tradisionalnya
Rumah panjang Orang Ulu

Orang Ulu dengan alat tradisional mereka

Rumah Orang Ulu
Pelbagai jenis senjata oleh orang Ulu
Pembuatan senjata oleh orang Ulu
Bersama Orang Ulu yang memasak kerepek

                                     
 

Telegram Channel