25 November 2015

Bengkel Pembangunan Modul Pelan Tindakan Child Online Protection (PTCOP)

                                                     


Hari ini saya ke Ancasa Hotel di Puduraya. Program anjuran Institut Sosial Malaysia. Saya merupakan peserta program mewakili JPN WPKL. Antara wakil yang hadir ialah NGO dari PS Save The Children, Majlis Perwakilan Kanak-Kanak, IM4U, Jabatan Kebajikan Malaysia, PDRM, Generasi Gemilang dan JPN sendiri. kami perlu berbincang dan membuat satu modul pelan tindakan mengenai membangunkan modul-modul pendidikan, pengupayaan dan kesedaran terhadap isu keselamatan kanak-kanak dan remaja di alam siber. Oleh kerana kanak-kanak merupakan umur di bawah 18 tahun maka murid sekolah rendah dan sekolah menengah adalah dalam kategori kanak-kanak bagi undang-undang.

Antara pengisian ialah:
Pengenalan  Kurikulum Dan Modul
Taklimat Cyber Wellness
Taklimat Cyber Parenting
Taklimat Cyber Grooming
Kepolisian dan COP

                                 

CYBER WELLNESS
Antara isu menarik ialah modul dari Generasi Gemilang mengenai Cyber Wellness yang berfokuskan mengenai pengguna alam maya sendiri sama ada kanak-kanak atau ibu bapa. Ia mengupas isu mengenai jurang generasi, jurang teknologi dan pendidikan untuk pengguna online kanak-kanak terutama dari aspek nilai keluarga, mentoring dan keselamatan online.Generasi Gemilang menganjurkan bengkel sama ada kepada ibu bapa atau murid untuk mendidik mengenai Cyber Wellness. Modul ibu bapa lebih kepada hubungan kekeluargaan, memahami anak-anak, mengetahui nilai anak -anak dan menjadikan idola yang positif untuk anak-anak. Saya memahami bagaimana strategi mentoring digunakan untuk kanak-kanak dengan dunia siber mereka dan membantu untuk dijadikan slot LADAP keibu bapaan di sekolah. Yayasan Generasi Gemilang ini aktif dalam memberikan ceramah di sekolah dan boleh menerima jemputan dengan kadar bayaran untuk pihak sekolah. Jika yang berminat boleh menghubungi Yayasan Generasi Gemilang, No 82A1, Jln PJU 1/3B, Sunwaymas Commercial Centre, PJ, Selangor di talian 7803 0957 atau fax 7803 0948. Emailkan jemputan pada www.gengemilang.org



                                       

CYBER GROOMING
Isu menarik mengenai Cyber Grooming ialah sasaran kepada kanak-kanakdan remaja mengenai modul sekolah menengah atau sekolah rendah. Modul yang dibentangkan oleh NGO dari PS Save The Children iaitu badan yang aktif dalam melindungi kanak-kanak dalam kes yang menyalahi akta kanak-kanak  atau kes penganiayaan kanak-kanak. Modul lebih kepada memberikan info, meningkatkan keyakinan diri dan membekalkan kemahiran penyelesaian masalah. Isu diambil dari brainstorm bersama kanak-kanak atau dengan remaja terutama dalam kes melindungi kanak-kanak dalam kejadian seksual yang di offer secara online atau offline (meeting each other)

Strategi kes seksual
Peringkat 1 - Mewujudkan peluang
Peringkat 2 - Memilih seseorang
Peringkat 3 - Melakukan sentuhan fizikal
Peringkat 4 - Sentuhan seksual
Peringkat 5 - Simpan Rahsia

Seseorang kanak-kanak akan menyimpan rahsia kerana tidak tahu bagaimana untuk memaklumkan kepada orang lain. Penolong perlulah tenang apabila mendengar cerita dari kanak-kanak yang ingin dibantu.Ini kerana apabila penolong sendiri cemas ia akan menyebabkan kanak-kanak itu terbantut untuk bercerita lebih lanjut. Kunci kata di sini ialah kanak-kanak ini memerlukan penjelasan apa yang akan berlaku selepas ini untuk mereka fahami agar dapat memberikan ketenangan apabila mengetahui sesuatu. Kanak-kanak menjadi cemas membayangkan sesuatu yang mereka tidak tahu apa yang akan terjadi dengan sesuatu tragedi yang telah menimpa mereka.


                                 

Cyber Parenting
Isu mengenai keselamatan dunia siber yang tidak diketahui kanak-kanak. Mereka sibuk post gambar-gambar dan meletakkan lokasi kedudukan mereka tanpa sedar wujudnya ancaman. Oleh itu sebagai ibu bapa, ibu bapa disarankan agar

1) Berbual dengan aktif dengan kanak-kanak- ketahui tapak dan aplikasi yang digunakan, cara ia berfungsi dan jika terdapat sebarang risiko.Buatkan anak selesa untuk memaklumkan kepada anda jika seseorang membuatkan mereka tidak selesa atau menggunakan perkataan yang berbahaya  dan menyakitkan hati mereka dalam talian.

 2) Menetapkan peraturan mengenai penggunaan siberseperti minta izin jika download sebarang aplikasi ke peranti mudah alih. Jika menggunakan platform media sosial, tetapkan keselamatan profil bersama-sama untuk memilih yang paling selesa bagi ibu bapa juga.

3) Biasakan dengan etiket Internet iaitu berfikir selama 10 - 30 saat tentang pos yang dimuat naik dan akibatnya.

4) Nasihati anak mengenai kata laluan mereka yang tidak boleh dikongsikan dengan teman baik mereka.

5) Menetapkan had umur pada telefon pintar, laptop, tablet dll gajet. Ini dapat menghalang mereka download atau membeli aplikasi dan program tertentu. Oleh itu sebagai ibubapa biasakan dengan manual pengguna untuk memahami bagaimana ia berfungsi.

Modul yang akan dibina oleh Cybersekurity mengenai sasaran ibu bapa yang akan menggunakan modul ini.Antara 5 strategi yang dibincangkan mengenai
1) Bertindak terhadap diri sendiri terlebih dahulu ( pemikiran ibu bapa dan gaya keibubapaan)
2) Literasi digital (mempunyai pengetahuan mengenai media sosial )
3) Ancaman dan risiko teknologi
4) Penyelesaian Keselamatan ( Software and hardware security)
5)Penyelesaian Keselamatan ( Human security)

Ibu bapa perlu berbincang dengan anak-anak kerana ibubapa dapat melindungi mereka dari risiko penyalahgunaan internet. Pemantauan dari aspek memastikan anda tahu kesemua hubungan media sosial anak-anak terutama jika mereka bukan saudara mara, rakan sekolah atau ahli keluarga dari kalangan masyarakat anda. Hakikat yang paling penting ialah walaupun pos telah delete, maklumat yang telah dihantar telahpun dimuatnaik ke internet dan akan kekal di sana. Kiriman carutan, spontan atau aksi mengarut tersebut sebenarnya tiada button delete yang dapat ditekan. imej dan teks yang dipos boleh menjadi jenayah, membahayakan orang lain mahupun diri sendiri kerena ia boleh tersebar dalam beberapa saat. Imej boleh disalahguna, diubah malah dikongsi salam rangkaian yang tidak sesuai, maka berfikir sebelum mengepos adalah penting. Kajian terhadap sikap kanak-kanak dan remaja menunjukkan majoriti tidak hiraukan pencerobohan privasi atau ketanpanamaan individu yang berinteraksi dengan mereka.

                                           

KEPOLISIAN ISU SIBER

Modul yang membincangkan mengenai penguatkuasaan undang-undang terhadap penyalahgunaan di alam siber. Panduan yang disampaikan sendiri oleh pegawai IPK. Isu yang paling patut diketahui ialah cara membuat laporan polis terutama dalam kes buli siber atau kes lazim online seperti penipuan, kes berkaitan seksual dll.

Kanak-kanak juga sama ada menjadi mangsa atau orang yang boleh disabitkan dengan jenayah. Walaupun kanak -kanak di bawah 16 tahun tidak disabitkan dengan penjara, tetapi mereka dipanggil pesalah muda atau juvana yang dibebaskan dengan jaminan ibu bapa . Laporan akhlak diambil oleh JKM. Risiko data salah laku tersebut masih wujud dan jika berkerja dan jika majikan meminta sendiri data mengenai kes jenayah sebagai syarat diterima bekerja maka data tersebut masih ada. Bagi kes yang boleh dijamin, kerana dianggap kesalahan pertama tersebut sebagai pengajaran maka kanak-kanak masih boleh bersama ibu bapa. Namun kes yang lebih berat kanak-kanak akan dihantar ke pusat perlindungan akhlak.

Bagi yang menjadi mangsa. Prosedur berikut harus dipatuhi

Pengadu menulis laporan dalam BM atau BI
Borang POL 55 akan diberikan
Maklumat kejadian yang penting seperti
-Tarikh/ Masa
- Tempat Kejadian
- Kejadian Yang Berlaku
- Butir- butir Pelaku
- Tandatangan

Pencegahan Melalui:
jangan ketepikan masalah dan berdiam diri
SIMPAN REKOD
Mendapatkan bantuan

LRT BTR - Puduraya
Nostalgic place
With nostalgic people
 

Telegram Channel