5 December 2015

Hari Keluarga PRS Ting 5 2015 di Singgah Santai Rsort


Akhirnya hari ini kami mengadakan Hari Keluarga PRS setelah berkali kali ditunda bermula awal Oktober jadual sepatutnya program ini dijalankan dan dibatalkan kerana masalah jerebu. Deposit RM1,000 telah dibayar dngan plan asal menginap satu hari bermalam dan aktiviti BBQ dan sukaneka untuk 40 orang. Namun apabila ditunda kali kedua, kami bercadang membawa ting 5 sahaja seramai 20 orang tetapi apabila jerebu masih lagi melanda kami terpaksa memindanya selepas peperiksaan SPM. Namun demikian program ini terpaksa juga dilakukan hari ini walaupun komitmen hanya 50% sahaja yang dapat hadir memandangkan pihak resort tidak dapat lagi menunda ke tarikh hingga 2016. Walaupun penginapan kami burn deposit 50% kerana plan asal kami yang bermalam tidak dapat diteruskan. Tempat ini yang terletak di Batu 14 Singgah Santai Resort merupakan kawasan yang mempunyai kemudahan kolam renang dan bayaran untuk pengunjung bagi sekali masuk ialah RM10 dewasa dan RM 5 kanak-kanak jika tidak menginap. Pengunjung akan diberikan tag di tangan. pakej kami bernilai RM30 untuk kemudahan kolam renang dan makan tengah hari. Penginapan di sini serendah RM80 untuk standard room yag boleh memuatkan 3 orang dan kipas angin, RM 160 untuk suite yang mempunyai televisyen dan aircond. Pemandangan hutan yang menghijau antara tarikan dan suasana kedamaian untuk lari sekejap dari suasana bandar.Terdapat gerai makanan yang dijual untuk pengunjung. Walaupun saya agak terkilan kerana tidak dapat mengadakan Hari Keluarga PRS yang lebih baik seperti batch senior -senior mereka...namun akur dengan pelbagai masalah yang timbul yang mungkin ada hikmah yang saya sendiri tidak tahu. 

Bonding time


 

Telegram Channel