4 December 2015

Pengurusan Kehadiran & Murid Keluar Masuk Yang Wajib Dikuasai Guru Kaunseling


     Sebagai guru kaunseling, perkara yang wajib dikuasai oleh guru kaunseling dalam menguruskan masalah murid di sekolah ialah pengurusan register atau buku jadual kedatangan murid. Bagi murid yang menjadi klien dalam kes kehadiran ke sekolah, kita boleh membaca corak kehadiran murid tersebut yang kerap tidak hadir pada masa tertentu sahaja contohnya kekerapan hari Rabu kerana ada aktiviti kokurikulum dan ingin mengelak, atau kekerapan hari Isnin kerana tidur lewat malam pada hujung minggu. Dan dari situ kita juga boleh melihat pattern kehadiran kawan-kawan baik klien itu adakah sama yang menunjukkan mereka bersepakat untuk ponteng bersama walaupun adakalanya mendapat surat dari ibu bapa untuk dibuat sesi susulan pengesahan kehadiran. 

Kiraan bagi kehadiran tidak hadir ke sekolah untuk dikeluarkan surat amaran juga perlu dikuasai kerana sewaktu konsultasi dengan ibu bapa malah sesi kaunseling kepada murid sendiri, guru kaunseling dapat memaklumkan mengenai prestasi dan impak ketidakhadiran murid ke sekolah. 

Bagi kes murid yang baru berpindah masuk, sesi kaunseling perlu dijalankan kerana majoriti murid baru yang berpindah masuk adalah murid yang mempunyai masalah keluarga atau masalah disiplin di sekolah lama.Di sekolah saya sendiri,  Bagi murid yang berpindah masuk setelah penggal persekolahan bermula juga adalah murid diletakkan di bawah pengawasan disiplin dan kaunseling kerana 90% mereka adalah murid dari kes rayuan semula atau masalah disiplin di sekolah lama dan 10% lagi masalah keluarga dan lain-lain. 

Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM)

a)     Semu butira muri hendakla dilengkapka dala bula pertama persekolahan (Januari).
b)      Menandakan BJKM pada setiap hari persekolahan sebelum pukul 8.00 pagi.
Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid yang datang lewat dikira sebagai hadir. Bagaimana pun, sekolah perlu menyediakan rekod nama, kelas, masa tiba dan sebab kelewatan untuk tujuan nasihat dan tindakan penambahbaikan.
c)     BJKM hendaklah ditandakan seperti simbol-simbol berikut:


Bil
Simbol
Maksud
1
/
Murid hadir
2
O
Tidak hadir tanpa sebab

3

S
Tidak    hadir    kerana    sakit    (dengan    dokumen

sokongan)

4

K
Bersebab  yang  telah  diberi  kebenaran  oleh  Guru

Besar /Pengetua (dikira tidak hadir)

5

L
Murid lewat ke sekolah (tanda dalam bulatan dan

murid dikira hadir)

6

W
Murid mewakili sekolah (tanda dalam bulatan dan

murid dikira hadir)

7

G
Murid digantung persekolahan (tanda dalam bulatan

dan murid dikira tidak hadir)



d)     Guru Kelas bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan, kekemasan dan keselamatan Buku Jadual KedatanganCecair pemadam tidak boleh digunakan. Segala kesilapan hendaklah dipotong dan ditandatangani ringkas.
e)     Semu BJKM   hendakla sentiasa   berad d pejaba sekolah   untuk memudahkan Penolong Kanan (HEM) dan Penyelia Petang merekodkan data kehadiran murid.
f)     Penolong Kanan (HEM) / guru yang dilantik oleh sekolah akan memasukkan data kehadiran murid ke dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) secara atas talian (on-line) sebelum pukul 9.00 pagi setiap hari persekolahan.
g)     BJKM hendaklah ditutup tidak lewat dari 5 haribulan tiap-tiap bulan berikutnya.




DASAR PENGURUSAN DISIPLIN

 Ponteng Sekolah

a)      Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah         dan tidak membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada     keesokan harinya.
b)       Guru Kelas hendaklah menandakan “0” dalam BJKM kelas 
c)       Jaduapenghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:


Tindakan
Ponteng Berterusan
Ponteng Berkal/
Tidak Berterusan
Amaran I
3 hari berturut-turut
10 hari
Amaran II
 hari  selepa surat

Amaran I
1 hari  selepa Surat

Amaran I
Amaran III
 hari  selepa surat

Amaran II
2 hari  selepa Surat

Amaran II
Buang Sekolah
14 hari selepas surat

Amaran III
2 hari  selepa Surat

Amaran III
Jumlah
Keseluruhan
31 hari
60 hari


d)       Guru Kelas hendaklah merekodkan semua prosetindakan datas dalaborang Rekod Ponteng Sekolah dan merekod   hantaran surat kepada ibubapa/penjaga (dalam fail kelas).



    PENDAFTARAN MURID BARU

1    Guru Kelas menerima murid baru daripada PK HEM. (Status kewarganegaraan telah dikenal pasti oleh PK HEM terlebih dahulu).
2  PK HEM hendaklah memastikan Borang Maklumat Murid (Borang SMM) dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga pada masa itu juga. Jika murid membawa bersama SMM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini.
3  Guru Kelas akan memasukkan data murid-murid baru. Bagi murid asal, guru-guru hanya mengemaskini data SMM yang telah dibuat dan menyerahkan hard copy’ kepada guru SMM / guru data.
4 Guru kelas hendaklah menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa / bantuan dan melaporkan kepada Guru Biasiswa / Guru Kebajikan.
5  Guru Kelas perlu selalu mengambil inisiatif mengenal pasti murid berkeperluan khas dan yang memerlukan bantuan khas (anak yatim, murid miskin, oku dll), serta melaporkan kepada PK HEM untuk tindakan lanjut.
6.  PK HEM perlu mendapatkan laporan disiplin, Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS), Penilaian Kemahiran Amali (PEKA), Folio Kemahiran Hidup, Penilaian Amali Fardu Ain (PAFA), Petaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan lain-lain berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu jika tidak dibawa bersama semasa mendaftar. Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam fail murid dan satu salinan dokumen berkenaan hendaklah diserahkan kepada guru mata pelajaran.


MURID KELUAR / BERTUKAR / BERPINDAH

1  PK HEM perlu memastikan surat setuju terima diperolehi dari sekolah yang dipoho
2  Guru Kelas perlu mencatatkan maklumat / butiran perpindahan dalam BJKM kelas.
3  Bagi pertukaran keluar dari WP Kuala Lumpur, PK HEM perlu memastikan semua buku teks telah dipulangkan (diluar zon-rujuk SPBT) dan senarai judul buku yang dipulangkan diserahkan kepada Guru SPBT untuk rekod dan tindakan lanjut (permohonan hapus kira, bayaran, bekalan baru dll). Maklumat bantuan yang diterima murid.
4  Untuk pertukaran dalam WP Kuala Lumpur, PK HEM merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru dan menyerahkan kepada Guru SPBT untuk rekod dan tindakan lanjut.
5  Semua fail yang berkaitan dengan murid perlu diserahkan kepada murid untuk rujukan pihak sekolah baru kecuali fail sulit akan dihantar ke sekolah baru.
6  Sijil Berhenti Sekolah hanya diberikan kepada murid Tahun 6, murid Tingkatan 3 yang diterima masuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Berasrama Penuh atau ke mana-mana institusi pendidikan bukan dibawah KPM, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas, serta murid yang telah lama berhenti sekolah dengan kerelaan sendiri untuk tujuan mencari pekerjaan. Bagi kes berhenti sekolah, Sijil Berhenti Sekolah hanya dikeluarkan jika permohonan menyertakan dokumen sokongan daripada ibu bapa/ penjaga jika berumur kurang daripada 17 tahun. 
Merujuk Dasar Pendidikan Wajib pihak sekolah tidak dibenarkan mengeluarkan sijil berhenti sekolah selain yang dinyatakan dalam perkara di atas selagi murid itu beraddalam lingkungan umur pendidikan wajib.



SOP Murid Masuk
 1. Penyelaras Tingkatan akan menguruskan murid masuk dan murid
           berpindah keluar.
            2. Dokumen yang diperlukan hendaklah lengkap
           3. Murid berpindah masuk perlu di daftarkan dalam Buku Pendaftaran
          Sekolah.

Pengendalian         :        
1. Guru Penyelaras perlu menyemak segala maklumat dengan  lengkap
       (tidak lengkap mohon penjaga dapatkan disekolah asal
2. Perlu menempatkan murid dalam kelas yang ditetapkan melalui
         pengesahan PK HEM.
                                 
       3. Guru Kelas perlu menyemak dan mengemaskini maklumat murid
             yang masuk dan keluar.
                                      
4. Fail peribadi murid mesti diserahkan kepada guru kelas untuk ting
5. Bagi murid berpindah masuk (atas kes disiplin) sesi kaunseling akan 
 diuruskan oleh PK HEM dan Kaunselor.
6. Murid mesti mematuhi peraturan sekolah dan membuat Akur Janji.
7. Murid berpindah keluar, guru kelas perlu melengkapkan dokumen dan
      fail peribadi murid untuk di serahkan kepada penjaga.
   

Too many things to think
I can feel my brain
Shout to myself
Enough...enough for today
Ahaks..








1 comments

Hi mates, its great paragraph regarding tutoringand entirely explained,
keep it up all the time.

 

Telegram Channel