14 February 2016

Kajian Tindakan: Keberkesanan Sistem Buku Kawalan Kelas Mengawal Kadar Ponteng Kelas

Pn Amirliah
Cik Norshamshena 

KAJIAN TINDAKAN
KAJIAN MENGENAI KEBERKESANAN SISTEM BUKU KAWALAN KELAS MENGAWAL KADAR PONTENG KELAS
Oleh :
Datin Fatimah bt. Che Kerma  (Pengetua)
Pn. Amirliah bt. Mohd Said (Guru Kaunseling)
Cik Norshamshena bt. Daud (Guru Kaunseling)
SMK Taman Maluri Kuala Lumpur
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana keberkesanan sistem buku kawalan kelas dapat mengawal kadar ponteng kelas dalam kalangan murid.  Memandangkan kadar ponteng kelas dalam kalangan murid tingkatan 5 paling tinggi, maka sasaran kajian ini dikhususkan kepada mereka. Setiap hari data murid ponteng kelas ditanda di dalam buku kawalan kelas oleh guru mata pelajaran yang mengajar pada hari tersebut.Data murid ponteng kelas diambil pada bulan Mac  hingga bulan Mei.  Bilangan murid ponteng kelas yang dikenalpasti adalah seramai 4o orang.Tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah ini adalah dengan melantik ajk pengurusan buku kawalan kelas yang bertanggungjawab menyelia nama-nama murid yang telah dikenalpasti sering ponteng kelas.  Seterusnya pihak disiplin akan mengenakan tindakan disiplin terhadap mereka secara serta merta.  Manakala guru kaunseling pula akan mengadakan sesi kaunseling secara kelompok atau individu.

1.0     PENDAHULUAN
Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran(Kamus Dewan, 2005).Secara umum ponteng sekolah ialah tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah dan di luar pengetahuan ibu bapa atau penjaga.Ponteng sekolah juga ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang munasabah.Masa yang sepatutnya diisikan dengan menimba ilmu pengetahuan di bangku sekolah sebaliknya dihabiskan dengan melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti melepak di komplek membeli belah atau pusat rekreasi dan pusat hiburan.Ponteng sekolah boleh dibahagikan kepada beberapa tingkat, dari tingkat bawah hingga tingkat tertinggi.Antara tingkat-tingkatnya ialah ponteng kerana bangun lewat, ponteng kelas dan ponteng sekolah.
Ponteng kelas ditakrifkan sebagai keluar atau meninggalkan kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran tanpa kebenaran guru.Jenis-jenis ponteng kelas terbahagi kepada tiga iaitu ponteng kelas akademik, ponteng kelas makmal dan ponteng kelas pendidikan jasmani.
Dari buku kawalan kelas SMK Taman Maluri menunjukkan kes murid yang ponteng kelas berlaku setiap hari, sama ada murid yang pertama kali ponteng kelas atau murid yang sama dan mengulangi kesalahan yang sama. Kesalahan ponteng kelas adalah satu kesalahan yang serius kerana pada hari tersebut guru kelas akan mencatatkan kehadiran murid sebagai hadir dalam jadual kedatangan. Oleh itu, jika berlaku musibah kepada murid yang ponteng kelas itu di luar sekolah, maka pihak sekolah juga yang akan menerima implikasi yang teruk.
         
2.0     FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sejauh mana keberkesanan sistem buku kawalan kelas dapat mengawal kadar ponteng kelas dalam kalangan murid khususnya murid tingkatan 5. 

3.0     OBJEKTIF
Objektif Umum

Mengurangkan kadar ponteng kelas bagi murid tingkatan 5

            Objektif Khusus:

1)    Mengenalpasti murid yang ponteng kelas
2)    Mengurangkan bilangan murid ponteng kelas
3)    Mengenalpasti matapelajaran yang sering menyebabkan murid ponteng.
4.0           KUMPULAN SASARAN
Kajian tindakan yang dijalankan ini melibatkan 40 orang murid yang telah dikenalpasti kerap ponteng kelas selama 3 bulan berturut-turut.Responden kajian ini terdiri daripada 28 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan.  Responden terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu, India, Cina dan lain-lain

5.0           PELAKSANAAN KAJIAN
5.1     Tinjauan Masalah
Tinjauan masalah berdasarkan kepada pemerhatian dari buku kawalan kelas.  Setiap kali masuk ke kelas guru-guru mata pelajaran akan menanda kehadiran murid. Guru-guru telah mengenalpasti bahawa terdapat beberapa orang murid yang kerap ponteng kelas.Berdasarkan pemerhatian guru dan aduan daripada pengawas bertugas kebanyakannya telah dikenalpasti berada di kawasan sekolah seperti di pusat sumber, Taman Sains dan kelas-kelas lain yang tidak berlaku proses pengajaran dan pembelajaran pada ketika itu.  Pengawal keselamatan juga turut memaklumkan bahawa ada di antara mereka ini yang keluar dari kawasan sekolah.Perkara ini amat membimbangkan kerana pihak ibu bapa percaya bahawa anak-anak mereka hadir ke sekolah namun di sebaliknya.Justeru itu, guru-guru telah membuat aduan kepada pihak disiplin dan Unit Bimbingan & Kaunseling tentang perkara ini.
5.2     Analisis Tinjauan Masalah
1.               Analisis bilangan murid ponteng kelas bagi tingkatan 5
berdasarkan buku kawalan kelas
2.               Analisis kekerapan murid tingkatan 5 yang  ponteng kelas          
untuk diberi perhatian
3.       Analisis subjek yang murid sering ponteng kelas


5.3     Tindakan yang Dijalankan
Tindakan 1 :  Pelantikan AJK Pengurusan Buku Kawalan Kelas
Melantik ahli jawatankuasa khas untuk menyemak buku kawalan kelas setiap hari yang terdiri daripada guru-guru disiplin dan pengawas untuk menyelia buku kawalan kelas dan mengenal pasti murid-murid ponteng yang akan dikenakan hukuman dan menghadiri sesi kaunseling.
TINGKATAN
GURU DISIPLIN
PENGAWAS
TING 5 INOVATIF –
5 IHSAN
GURU A
PENGAWAS A & B
TING 5 IKHLAS –
5 INSPIRASI
GURU B
PENGAWAS C & D

Tindakan 2 : Membuat Rumusan Dapatan Kekerapan Ponteng
Pihak disiplin mendapati aduan kerap dibuat oleh guru-guru bagi mata pelajaran Pendidikan Seni & Visual, Matematik, Bahasa Inggeris dan Prinsip Akaun.  Murid-murid yang kerap ponteng kelas telah dikenalpasti seramai 40 orang yang terdiri daripada 28 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan melibatkan pelbagai bangsa iaitu Melayu, India, Cina dan lain-lain.
Jadual1 di bawah menunjukkan data ponteng kelas bagi bulan Mac hingga Mei 2014.
JADUAL 1
RESPONDEN
BILANGAN HARI KEKERAPAN PONTENG KELAS
Peratus kekerapan ponteng
(%)
MAC
(15 hari)
APRIL
(22 hari)
MEI
(18 hari)
                    1         
5
8
9
40
                    2         
8
7
7
40
                    3         
7
6
8
35
                    4         
4
6
8
33
                    5         
8
10
8
47
                    6         
3
5
7
27
                    7         
5
5
7
31
                    8         
6
10
9
45
                    9         
6
12
9
49
                  10        
4
6
8
33
                  11        
7
9
8
44
                  12        
6
9
8
42
                  13        
8
11
10
53
                  14        
5
8
9
40
                  15        
5
8
9
40
                  16        
6
7
7
36
                  17        
6
8
7
38
                  18        
6
8
9
42
                  19        
4
9
10
42
                  20        
3
9
9
38
                  21        
4
6
8
33
                  22        
4
6
8
33
                  23        
6
10
9
45
                  24        
5
8
7
36
                  25        
5
8
8
38
                  26        
6
7
8
38
                  27        
9
10
9
51
                  28        
9
11
10
55
                  29        
5
9
10
44
                  30        
5
9
10
44
                  31        
6
10
9
45
                  32        
6
10
8
44
                  33        
4
8
9
38
                  34        
2
8
9
35
                  35        
7
9
7
42
                  36        
7
9
8
44
                  37        
8
10
9
49
                  38        
6
7
9
40
                  39        
6
7
8
38
                  40        
5
9
9
42

Jadual 2 di bawah menunjukkan data ponteng kelas bagi bulan Jun hingga bulan Ogos 2014
JADUAL 2
RESPONDEN
BILANGAN HARI KEKERAPAN PONTENG KELAS
Peratus kekerapan ponteng
(%)
JUN
(11 hari)
JULAI
(18 hari)
OGOS
(20 hari)
                    1         
3
8
4
31
                    2         
7
10
11
57
                    3         
5
6
6
34
                    4         
3
4
7
28
                    5         
7
13
9
59
                    6         
3
7
7
35
                    7         
3
2
2
14
                    8         
7
5
7
39
                    9         
3
7
9
39
                  10        
1
3
4
16
                  11        
6
4
4
29
                  12        
8
11
7
53
                  13        
3
11
9
47
                  14        
6
9
4
39
                  15        
5
8
9
44
                  16        
2
7
2
22
                  17        
3
8
4
31
                  18        
2
6
9
35
                  19        
4
8
6
37
                  20        
2
7
9
37
                  21        
4
10
11
51
                  22        
3
7
10
41
                  23        
2
5
7
29
                  24        
3
9
6
37
                  25        
4
6
7
35
                  26        
3
9
5
35
                  27        
3
8
6
35
                  28        
5
8
9
45
                  29        
2
7
9
37
                  30        
5
9
10
49
                  31        
4
9
8
43
                  32        
3
7
5
31
                  33        
1
7
6
29
                  34        
2
8
9
35
                  35        
6
5
7
37
                  36        
5
4
8
35
                  37        
7
11
9
55
                  38        
4
9
11
49
                  39        
3
3
5
22
                  40        
5
10
10
51

Tindakan 3 : Tindakan Susulan Oleh Guru Disiplin Dan Guru Kaunseling
Guru disiplin atau pengawas bertugas memeriksa buku kawalan kelas sebaik sahaja tamat sesi persekolahan.

Hukuman  dijalankan keesokan harinya secara serta-merta dengan mengumumkan namamurid tersebut di tapak perhimpunan ke bilik disiplin.

Guru disiplinmenjalankan hukuman
(Bentuk tindakan seperti amaran  atau dirotan)
 

Guru kaunseling menjalankan sesi kaunseling individu/kelompok

Murid menandatangani surat akujanji/ surat kontrak diri di hadapan guru kaunseling

Bagi kes murid ponteng kelas yang berulang lebih 3 kali
Ibu bapa dimaklumkan mengenai kes disiplin oleh guru kelas atau guru disiplin

Tindakan 4 : Meningkatkan sahsiah murid dengan pengisian modul oleh       
guru kaunseling sewaktu kelas ganti

Rokiah Mat Jusoh (2007), menyatakan bahawa kaunselor bolehlah dikatakan sebagai individu yang khusus bertugas secara terarah ataupun secara sukarela bagi memberikan pertolongan kepada orang lain bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh klien iaitu orang yang datang berjumpa dengan kaunselor.  Ada kalanya murid-murid berasa malu untuk bertemu secara formal dengan kaunselor di bilik kaunseling.Justeru, pengisian modul pembentukan sahsiah di dalam kelas sewaktu kelas ganti diharap dapat membimbing murid sasaran untuk berubah ke arah yang positif.

6.0           PENILAIAN
Berdasarkan kajian yang dijalankan didapati terdapat perubahan peratus kekerapan ponteng dalam kalangan murid sasaran.Daripada 40 orang murid sasaran didapati 12 orang murid menunjukkan peningkatan peratus ponteng.




Jadual 3 menunjukkan peratus kekerapan ponteng kelas murid sasaran sebelum dan selepas kajian dijalankan.

JADUAL 3
RESPONDEN
Peratus kekerapan ponteng
(%)
CATATAN
MAC – MEI
(sebelum)
JUN – OGOS
(selepas)
                    1         
40
31
Perubahan positif
                    2         
40
57
Perubahan negatif
                    3         
35
34
Perubahan positif
                    4         
33
28
Perubahan positif
                    5         
47
59
Perubahan negatif
                    6         
27
35
Perubahan negatif
                    7         
31
14
Perubahan positif
                    8         
45
39
Perubahan positif
                    9         
49
39
Perubahan positif
                  10        
33
16
Perubahan positif
                  11        
44
29
Perubahan positif
                  12        
42
53
Perubahan negatif
                  13        
53
47
Perubahan positif
                  14        
40
39
Perubahan positif
                  15        
40
44
Perubahan negatif
                  16        
36
22
Perubahan positif
                  17        
38
31
Perubahan positif
                  18        
42
35
Perubahan positif
                  19        
42
37
Perubahan positif
                  20        
38
37
Perubahan positif
                  21        
33
51
Perubahan negatif
                  22        
33
41
Perubahan negatif
                  23        
45
29
Perubahan positif
                  24        
36
37
Perubahan negatif
                  25        
38
35
Perubahan positif
                  26        
38
35
Perubahan positif
                  27        
51
35
Perubahan positif
                  28        
55
45
Perubahan positif
                  29        
44
37
Perubahan positif
                  30        
44
49
Perubahan negatif
                  31        
45
43
Perubahan positif
                  32        
44
31
Perubahan positif
                  33        
38
29
Perubahan positif
                  34        
35
35
Perubahan positif
                  35        
42
37
Perubahan positif
                  36        
44
35
Perubahan positif
                  37        
49
55
Perubahan negatif
                  38        
40
49
Perubahan negatif
                  39        
38
22
Perubahan positif
                  40        
42
51
Perubahan negatif

Berdasarkan pemerhatian dan temu bual dengan murid-murid sasaran didapati murid-murid sedar bahawa sikap mereka yang suka ponteng kelas bukanlah satu perkara yang baik untuk diteruskan.Mereka juga faham tentang kesan ponteng kelas dan kepentingan mengikuti pembelajaran di dalam kelas pada setiap hari.Namun begitu, ada yang menyatakan bahawa mereka sukar mengubah tabiat suka ponteng kelas kerana tidak mendapat sokongan daripada rakan sebaya dan faktor guru yang mengajar subjek tersebut.

7.0           REFLEKSI
Setelah kajian ini dijalankan, didapati objektif kajian masih tidak dapat dicapai sepenuhnya.Berdasarkan sesi kaunseling yang dijalankan didapati bahawa antara faktor yang menyebabkan murid-murid ponteng kelas ialah pengajaran guru yang tidak menarik, sengaja ponteng, berasa letih, tidak menyiapkan kerja sekolah dan takut kepada guru.Berdasarkan kajian ini, didapati bahawa penggunaan buku kawalan turut memberi kesan terhadap isu ponteng kelas.Namun begitu penggunaannya didapati masih longgar kerana terdapat guru yang tidak mengenal pasti tentang keberadaan murid di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.  Terdapat juga ketua kelas  yang tidak mengawalselia buku kawalan kelas dengan baik kerana ingin melindungi rakan sekelas yang melakukan kesalahan.Justeru langkah-langkah penambahbaikan perlu dilakukan agar kajian ini mencapai objektif sepenuhnya.

8.0           CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, berikut merupakan cadangan bagi mengurangkan bilangan murid ponteng kelas:

1)    Penguatkuasaan buku kawalan kelas perlu dilaksanakan oleh semua pihak terutamanya guru mata pelajaran dan ketua kelas. Jumlah murid di dalam kelas perlu dikira dengan betul oleh semua guru mata pelajaran dan memastikan kesalahan murid khususnya yang ponteng kelas ditanda kesalahannya di dalam buku kawalan. Ketua Kelas perlu bertanggungjawab untuk memastikan buku tersebut tidak disalahguna oleh murid-murid lain di samping perlu bersikap amanah dalam menjalankan tanggungjawab  tersebut.Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pula bertanggungjawab  untuk memeriksa buku kawalan kelas bagi mengenal pasti guru-guru mata pelajaran yang tidak mencatat kehadiran pelajar.

2)    Rumusan kesalahan murid perlu diletakkan di bahagian belakang buku kawalan bagi setiap bulan untuk mengenalpasti kekerapan murid melakukan kesalahan disiplin khususnya ponteng kelas.


RUJUKAN

Kamus Dewan (2005). Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,(2013). Sarana Ibu bapa.  Putrajaya: KPM
Rokiah Mat Jusoh (2007). Kerjaya Sebagai Kaunselor.  Kuala Lumpur:  PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.



Selamat Hari Jadi Haslina
Semoga dirahmati Allah




 

Telegram Channel