Sesi pembentangan
Hari ini saya ke KPM Putrajaya untuk perjumpaan terakhir sesi 2016 bagi membangunkan laman web kerjaya KPM. Team WPKL seramai 8 orang bertanggungjawab membangunkan laman web ini dan mencari pengisian maklumat untuk laman web tersebut. Pasukan vendor yang dilantik oleh KPM akan memurnikan laman web ini. Terdapat 6 kaunselor yang akan dilantik untuk membantu dalam sesi soal jawab bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai psikometrik atau pembangunan kerjaya murid.
Manakala team satu lagi merupakan pasukan yang akan mencari maklumat mengenai buku kerjaya yang akan diedarkan kepada setiap sekolah setelah siap diedit dan diterbitkan. Manakala maklumat kerjaya dalam buku kerjaya akan dijadikan dalam bentuk e book yang akan dimuatkan dalam laman web kerjaya yang dibina oleh pasukan WPKL. Maklumat yang lengkap ada dalam buku kerjaya berbanding dalam e book itu nanti. |