7 December 2016

Trip Malaysian to Kubu Sultan Salahuddin al -Ayubi - Masjid Mohammad Ali Pashar - Akademi Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim, Mesir


                                                    
Hari ketujuh di Mesir, pada pukul 9.00 pagi kami bertolak ke Qal’ah Sultan Salahuddin al-Ayubi atau lebih dikenali dengan benteng Salahuddin al-ayubi merupakan kawasan yang sangat luas. Bayaran masuk sebanyak 60 LE dan beg anda akan diperiksa sewaktu melalui penjaga keselamatan. Benteng ini terletak bersebelahan Bukit Muqattam dan berhampiran dengan Medan Saiyyidah Aisyah. Idea pembinaan kubu ini adalah hasil cetusan Sultan Nasir Salahuddin al-Ayubi sendiri dan pembinaannya dilaksanakan pada tahun 1183M. Baginda melihat bahawa Kota Kaherah begitu luas dan besar, terdedah kepada bahaya dan serangan kerana tiada mempunyai sistem pertahanan kubu yang ampuh sebagaimana di Halab dan Dimasyq, Syiria khususnya semasa perang Salib berlaku.Panglima Salahuddin al-Ayubi telah mengarahkan agar diambil batu yang terdapat di Piramid di Giza, untuk dijadikan sebagai batu asas kubu tersebut.
Untuk memasuki kubu ini, terdapat beberapa pintu utama diantaranya pintu Fath, pintu Nasr, pintu Khalk dan pintu Luq. Kemudian terdapat saliran air sebagai bekalan kegunaan tentera pada masa itu. Saliran ini bermula dari sungai Nil menghubungi ke kubu Sultan Salahuddin al-Ayubi. Banyak kesan sejarah yang terdapat di kubu tersebut yang dibina sejak zaman pemerintahan kerajaan Ayubiah dan diluaskan sehinggalah zaman kerajaan Uthmaniyyah. 














Terdapat juga di dalam kawasan benteng ini Muzium Tentera. Kapal terbang perang masih juga boleh dilihat di dataran Muzium di banteng Solehuddin Al-ayubi. Disini anda boleh melihat senjata tinggalan yang masih menjadi kebanggaan tentera mesir ketika berhadapan dengan pihak musuh. Lapangan ini terdapat kapal terbang, kapal selam, jet penggempur, roket dan banyak lagi. Ini menunjukkan senjata moden lebih dahulu dikuasai oleh tentera mesir. 




Kemudian kami ke Masjid Muhammad Ali yg dibina oleh beliau sebagai simbol pemerintahan beliau di Mesir yang beraliran moden pada tahun 1830M. Pembinaan masjid ini telah diketuai oleh seorang arkitek Turki bernama Youssef Coshna (Bushnaq), seorang arkitek bangsa Greek yang mengambil model Hagia Sophia (sebuah gereja yang ditukar masjid di Turki). Masjid ini juga terkenal dengan seni bina kerajaan Byzantine. 

Ia merupakan seni bina Islam kurun ke -19 yang paling menonjol dan banyak diziarahi pelancong. Masjid Mohammed Ali disebut juga Masjid Marmar (The alabaster Mosque) kerana bahan binaan dalamannnya mewah dengan marmar yang terbaik, termasuklah mimbarnya juga diperbuat daripada marmar Bani Suef.

Seni Bina masjid berbentuk empat segi, manakala keluasan kawasan ini ialah 52×54 meter persegi yang dilapisi oleh marmar putih. Di tengah-tengahnya terdapat tempat mengambil wudhu’ yang dihiasi dengan seni ukiran yang menarik. Jam antik di menara jam di luar kawasan masjid (sebelah barat) ini adalah hadiah oleh Raja Perancis, Louis Phillip kepada Muhammed Ali pada tahun 1945. Menara azannya mencapai ketinggian 84 meter, ia juga turut dipengaruhi oleh kesan seni arkitek Turki Uthmaniyyah . 

Kedudukannya yang starategik membolehkan ia dapat dilihat dari semua penjuru kota Kaherah. Manakala dari pemandangan luarnya ,dapat dilihat pemandangan kota Kaherah secara keseluruhan. Kawasan dalaman masjid ini terdiri daripada beberapa buah kubah. Keluasan bahagian dalamnya ialah 41 meter panjang, 21 meter lebar. Kubah besarnya mencapai ketinggian 52 meter dan dikelilingi oleh kubah sederhana besar yang tertulis nama Khulafa’ ar-Rasyidin di setiap penjurunya. Reka bentuk dalaman yang indah menjadikan suasana nyaman. Sistem gema suara hasil lantunan padu di dalam masjid ini dapat didengar dari segenap penjuru masjid walaupun tanpa menggunakan sistem mikrofon. Masjid ini mempunyai lampu Chandier seberat 2 tan yang indah tergantung di tengah-tengahnya. Sebelum adanya elektrik lampu-lampunya dinyalakan dengan lilin. 





Terdapat dua mimbar yang kedua dan juga digunakan sehingga sekarang. Masjid ini juga terdapat makam Muhammad Ali Pasha yang terletak di bahagian kanan pintu masuk masjid ini. Seni bina makam tesebut dipenuhi dengan ukiran bercorak tumbuh-tumbuhan. 



Terima kasih kepada sejarah mesir.com mengenai info yg diberikan. Orait jom ke destinasi seterusnya ke  
Akademi Sufiah atau sering dikenal dengan Asyirah Muhammadiyah yg juga merupakan sebuah instasi yang didirikan oleh Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim. Beliau adalah seorang ulama besar terkemuka di Mesir pada zamannya dan juga salah satu waliyullah min auliyaillah

Terdapat makam di sini yg dipercayai makam Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim. Kami solat jamak disini dan menziarahi makam beliau. Sebaik sahaja keluar dari akademi ini, datang rombongan masyarakat tempatan menghantar jenazah untuk disembahyangkan dan rombongan pelancong lelaki turut bersama menyembahyangkan jenazah ini. 








Syukran
For their health and happy face


 

Telegram Channel