7 December 2016

Trip to Museum Kaherah - Star Cruise Sg Nil

Okey kita bersambung ke destinasi seterusnya masih lagi hari ketujuh travel ke Mesir.  Kami ke Muzium Kaherah yg terletak di Dataran Tahrir di Bandar Kaherah.  Bayaran sebanyak 75 LE untuk memasuki muzium dan bayaran tambahan 100 LE untuk melihat mumia sebenar di tingkat atas. Jika ingin menggunakan kamera di tingkat bawah perlu membayar tambahan 50 LE.
Muzium ini akan ditutup pada pukul 4.00 petang so apalagi..kami skip lunch dan rushing ke Muzium dari Akademi Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim. Kami tiba lebih kurang pukul 1.00 tengah hari dan jom explore apa yg menarik di sini. Seawal memasuki pagar di sini lagi kami terpana dgn designnya. Untuk memasuki muzium ini seorg demi seorg akan melalui mesin pengimbas yg menunjukkan betapa ketatnya kawalan keselamatan negara Mesir dalam memelihara aset mereka. Terdapat hampir 200,000 tingalan purba yang berharga menjadi aset mesir dalam dunia pelancongan. Muzium Ini diasaskan oleh warga Perancis yang bernama Auguster Meriete dlm tahun 1863




Muzium mempamerkan peninggalan Firaun dari era Kerajaan Lama, Kerajaan Pertengahan dan Kerajaan Baru di tingkat bawah. Barang barang dipamerkan mengikut kategori tersebut.




Jom ke tingkat atas menjenguk makam firaun Tutankhamun, iaitu satu-satunya makam firaun paling lengkap yang diselamatkan daripada pencari harta karun. Firaun Tutankhamun adalah pemerintah ke-12 yang memerintah selama 10 tahun dan mati pada usia 19 tahun akibat penyakit misteri, lebih 3,000 tahun lalu. Mumianya dialihkan dari makam asalnya pada 1922 kepada keranda khas yang dikawal suhunya bagi membolehkan proses awetan berterusan.
Kami melihat ribuan artifak dan bahan sambil mendengar kisah-kisah Firaun, melihat makam Tutankhamun, firaun terlengkap yang pernah ditemui, beserta topeng Emasnya yang sangat terkenal, barang-barang Cleopatra dan sebagainya.

Galeri Tutankhamun. Mempamerkan harta benda mewah sewaktu raja kecil Tutankhamun antara 1336 hingga 1327 SM. Harta yg ditemui oleh Howard Carter tahun 1922. Yg paling menarik kotak mummi Tutankhamun yg diperbuat dari emas tulen 120 kg. 









Kami ke Makam Di raja tingkat atas yg mana anda perlu membayar extra 100 LE dan melalui skrin pengimbas sekali lagi. Jom masuk dah alang alang sampai ke sini untuk melihat mumia raja raja Ramsis. Tak boleh tangkap gambar langsung di sini. So gambar ni ehsan dari google yg saya search. 


Bilik Mumia Di Raja. Tersimpan 11 mumia raja dan ratu dinasti ke 17 sampai ke dinasti 21. Di ruangan suhu 22 darjah celcius tersimpan jasad Ramses 11 dan anaknya Merneptah iaitu Firaun Mesir yg hidup semasa dgn Nabi Musa as. 

Ramsis II yang mengakui sebagai tuhan yang berhadapan dengan nabi Musa as. Anda boleh melihat mayat Ramsis II didalam Muzium Tahril dilantai teratas. Inilah bukti menunjukkan kisah yang dipaparkan didalam Al-Quran adalah realiti dan boleh dilihat sehingga hari ini. 

Orait dah pukul 4 petang, jom kita balik. Pergi ke kedai cenderamata berhampiran dan boleh melihat pelbagai replika yg dijual di kedai cenderamata ini




Dah pukul 4.10 petang, jom....
 rushing ke kedai makanan Arab yg famous Hadramaut melayan nasi Arab Mandy dgn ayam dan kambing. 





Pukul 6.00 petang kami menuju ke tempat cruise untuk menikmati pemandangan Sungai Nil di waktu malam bersama pakej dinner huhuhu kenyangla perut hari ni dgn kos 170LE seorang. Tiba di jeti dah ramai yg tunggu. Wahhh besarnya cruisenya. Saya membayangkan cruise macam di Tasik Putrajaya sahaja. Kedinginan malam dgn tiupan yg mencengkam kesejukan. Kami berposing di tingkat atas yg mempunyai swimming pool dan merata tempat lagi. Sungai Nil merupakan sebahagian dari negara mesir. Tidak lengkaplah sejarah mesir sekiranya tidak memperkatakan tentang sungai tersebut. Sungai ini mengarangkan kisah seorang nabi Allah yang tercatat didalam al-quran. Disinilah sejarah dimana nabi Musa as dihayutkan untuk diselamatkan dari seorang yang zalim bergelar Firaun. Sungai Nil diantara dua sungai yang terpanjang didunia mengikut kajian geografi.

Kalau dilihat dalam sejarah Mesir kebanyakkan peninggalan sejarah kono mesir dijumpai dipinggir sungai ini. Malah dinasti firaun juga menjadikan sungai nil sebagai kawasan.penempatan. 

Tebing sungai Nil menjadi tumpuan para pelancong sebagai kawasan rekreasi disamping melihat keindahan susunan sampan yang berlayar diatasnya. Panjang Sungai Nil dalam lingkungan 6650km atau 4.132 mil. Sungai Nil melalui 9 buah negara antaranya ialah Ethopia , Zaire, Kenya, Thanzania , Rwanda, Burundi, Sudan dan sudah pasti termasuk negara Mesir.



Pukul 6.00 petang dah gelap mcm pukul 10.00 malam waktu KL. Gambar pemandangan diatas ihsan google.jika pemandangan waktu siang. Kami menaiki kapal cruise pada waktu malam pukul 7.10 cruise tiba. Pukul 8 hingga 10 malam kapal ini mula belayar.

Di dalam cruise ini pakej 170 LE bersama pakej dinner mkn yg agak berat ala buffet. Memandangkan kami dah kenyang krn baru sahaja melayan nasi Arab maka kami pun merasalah mkn yg rasa rasa sedap mata memandang. Sepanjang pelayaran kami disajikan dgn tarian dan persembahan. Kami bebas explore di cruise ini dari tingkat atas hingga ke bawah kecuali tempat tempat yg tidak dibenarkan kami untuk memasukinya. Melayan tiupan angin Sungai Nil..yg sejuk. 




Good night Cairo
Good morning Malaysia









 

Telegram Channel