25 March 2017

Artikel Kreativiti Bagi Menangani Isu Dan Cabaran Dalam Perkhidmatan Kaunseling Di Sekolah




Terima kasih kepada rakan saya , Harfanizah Harun yang menjadi peserta ICTAC di UUM tempoh hari yang sudi berkongsi semua bahan ICTAT 2017 untuk saya dan saya kongsikan di blog untuk manfaat lebih ramai lagi guru bimbingan dan kaunseling di Malaysia.


KREATIVITI BAGI MENANGANI ISU-ISU DAN CABARAN DALAM 

PERKHIDMATAN KAUNSELING DI SEKOLAH
Oleh:
TUAN HAJI ISMAIL B. HASHIM. KB.,PA
(YDP MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN)
KAUNSELOR
SMK AGAMA SLIM RIVER
PERAK DR

Surat SiaranPerekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah yang telah dikeluarkan olehKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 12 April 2012 adalah panduan perkhidmatan terkini yang perlu dilaksanaakan oleh semua Guru Bimbingan dan Kaunseling. Ini kerana bidang yang dipekenalkan melalui perekayasaan kaunseling berbeza daripada yang terdahulu. mengikut kesesuaian tahap umur murid. Kementerian Pendidikan Malaysia (2015) secara terperincinya penekanan diberi kepada pembangunan sahsiah dan disiplin murid dari sudut kemenjadian murid dengan menetapkan empat fokus utama perkhidmatan yang perlu dilaksanakan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling iaitu Fokus 1, Pembangunan dan Pengembangan Sahsiah Diri Murid, Fokus 2 Peningkatan Disiplin Diri Murid, Fokus 3 Pendidikan Kerjaya Murid dan Fokus 4 Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid. Perbezaan kandungan fokus perkhidmatan sekolah rendah dan menengah hanya dari segi penekanan aspek yang ditetapkan

Malek Muhamat Said (2007) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah unit atau organisasi yang memerlukan sumber untuk bergerak. Sumber khidmat menolong ini terdiri daripada sumber manusia, organisasi, kewangan, premis (bilik bimbingan dan kaunseling), bahan media atau maklumat dan juga peralatan.

Semua guru yang mengambil bahagian atau terlibat sama melaksanakan program dan aktiviti khidmat bimbingan dan kaunseling dianggap sebagai sumber. Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah personel utama yang menjadi sumber bagi menggerakkan setiap program atau aktiviti unit. Personel utama ini bertanggungjawab merancang, mengurus, melaksana dan membuat penilaian perkhidmatan. Mereka adalah nadi penggerak kewujudan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Tumpuan utama adalah menyediakan dan melaksanakan perkhidmatan bimbingan yang bersesuaian dengan kapasiti, tugas dan tanggungjawab sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling serta mengambil kira keperluan pelanggan dan sekolah mereka. Disamping menjalakan khidmat bimbingan, personel perlu bersedia dengan kopetensi diri terutamanya menguasai kemahiran kaunseling serta berupaya menjalankan intervensi kaunseling apabila pelanggan mereka memerlukannya. 

Suradi Salim (1996) Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu merancang dan menyediakan program khas bagi merealisasikan pelaksanaan perkhidmatan mengikut fokus-fokus yang ditentukan seperti yang telah digariskan oleh KPM. Program tidak semestinya banyak tetapi sebaik-baiknya berkualiti, menepati keperluan dan dapat memberikan hasil atau output yang diharapkan.

Keperluan kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling semakin mendapat perhatian semua pihak. Kewujudan jawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling memberikan manfaat dalam membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan sekolah dan murid. Guru Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka di tahap cemerlang seperti laporan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti yang telah menjalankan pemantuan terhadap pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling terhadap Guru Bimbingan dan Kaunseling di seluruh Negara pada Tahun 2013. Namun demikian masih terdapat sebilangan kecilGuru Bimbingan dan Kaunseling yang menghadapi masalah dalam melaksanakan khidmatnya dengan berkesan.

Berbagai usaha ke arah memperkasa kualiti pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dipergiat dan dibincangkan dalam pelbagai seting. Walaupun berbagai bentuk program peningkatan profesionalisme telah dilaksanakan oleh pihak KPM dan pihak-pihak berkaitan, namun masih kedengaran pandangan-pandangan membina berhubung ketidakcekapan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam memberikan perkhidmatan secara berkesan. Sebilangan kecil daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah menengah dan di sekolah rendah dilihat masih kurang jelas dalam memahami harapan sekolah, kabur tentang tugas dan peranan profesional, gagal melakukan anjakan minda semasa melaksanakan tugas dan aktiviti kaunseling, tidak berkeupayaan untuk mensejajarkan amalan kaunseling dengan budaya organisasi dan kadangkala gagal memberi penyelesaian secara efektif kepada masalah yang dihadapi oleh organisasi.

Ketidakcekapan ini mempengaruhi persepsi warga sekolah terhadap kualiti kewibawaan Guru Bimbingan dan Kaunseling. Kajian Mohamad Hashim dan Sharifah Amnah (2006) menunjukkan aras keyakinan warga sekolah terhadap peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam menangani kes pelajar masih di tahap memuaskan. Aspek yang diberi penekanan menjurus kepada kualiti personaliti dan tahap integriti Guru Bimbingan dan Kaunseling itu sendiri.

Permasalahan yang dialami oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling dan pandangan pihak sekolah ke atas personaliti dan kualiti perkhidmatan kaunseling yang diberikan menimbulkan persoalan apakah punca yang menyebabkan Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan hati semua pihak. Adakah ianya disebabkan oleh tahap kepakaran yang dimiliki?

Bagi menangani isu-isu ini dalam melaksanakan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kretiviti Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam melaksanakan tugas ini amatlah dituntut. Sapura Sipon (2008) pelbagai kaedah dan cara harus dipergunakan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling agar perkhidmatan kaunseling yang dijalankan menjadi lebih menarik dan memenuhi tuntutaan KPM serta pihak pentadbir sekolah. Antaranya ialah:



1.    Sentiasa kehadapan

Guru Bimbingan dan Kaunselingyang proaktif sentiasaberada di barisan hadapan dengan melakukan kerja yang lebih daripada biasa. Penonjolan seperti ini akan dapat membina satu landasan baru untuk organisasi yang lebih cemerlang kerana mempunyai sumber yang boleh membantumenjalankan perkhidmatan kaunseling di sekolah. Strategi dengan melibatkan sektor koprat boleh mendatangkan atau memberi nilai kesan perubahan yang positif berpanjangan kepada pihak sekolah. Faedah hasil dari kerja dan perhubungan yang dilibatkan oleh Guru Bimbingan dan Kaunselingdapat menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak sekolah terutamanya untuk menjalankan program dan aktiviti kaunseling yang efektif. Dengan kata lain, Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu sentiasa membina dan memperluaskan rangkaian perhubungan (networking) dengan mana-mana individu atau agensi samada dalaman atau luaran selain sama-sama berkongsi kepakaran yang dimiliki untuk mendapat faedah untuk kita bersama.

2.    Segar

Sebagai seorang Guru Bimbingan dan Kaunselingyang efektif mereka perlu peka dengan persekitaran sekolah serta keperluan murid. Oleh yang demikianGuru Bimbingan dan Kaunseling perlu sentiasa mencari idea dengan program-program yang baharu bagi memenuhi tuntutan tersebut. Program yang lama dibuat penilaian semulasebagai satu penanda aras bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatan program yang telah dijalankan. Hasil daripada penilaian ini Guru Bimbingan dan Kaunseling akan  membuat penambahbaikan agar program yang baharu dijalankan akan sentiasa segar dan bersesuaian untuk murid yang disasarkan.

3.    Segera

Konsep segera bermaksud bertindak secepat mungkin menunaikan janji atau bai’ah yang dibuat kepada muriddengan memberi penghargaan mahupun ganjaran seperti yang dijanjikan. Ini bermakna jika murid telah berjaya dengan bai’ah yang dilakukan Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak mengambil masa begitu lama ataupun menangguh untuk merealisasikan apa apa yang dijanjikan. Dengan berbuat demikian murid akan lebih bermotivasi untuk meningkat pencapaian yang lebih tinggi disamping memperolehi skim gamnjaran istimewa seperti yang ditawarkan.

4.    Sanjung

Konsep sanjung ini ialah memberi penghargaan kepada murid yang telah berjaya sebagai pengiktirafan kemenjadian murid yang telah berjaya mencapai sasaran oleh pihak sekolah dalam akademik, kokurikulum dan juga sahsiah. Penghargaan yang diberi ini sebaiknya dilakukan sebagi menambah motivasi mereka untuk menghadapi program akan datang. Guru Bimbingan dan Kaunseling sepatutnya kreatif dalam memilih tempat yang sesuai lagi strategik agar program sanjung ini terpahat dalam ingatan hasil daripada penat lelah yang dilalui sebelum ini.

5.    Semangat

Guru Bimbingan dan Kaunseling semestinya bersemangat dalam menjalankan program yang dirancang dan disusun tanpa rasa penat dan jemu untuk dilaksanakan. Kebolehan yang bersifat aktif dalam menjalankan setiap program mampu menarik minat murid melibatkan diri menyertai program yang akan dijalankan dengan jayanya dan menjadi lebih menarik. Dengan semangat yang ditunjukkan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam pengendalian setiap program akan membuatkan murid tertunggu-tunggu untuk mengikuti program akan datang.

6.    Sehaluan

Rakan sejawat adalah sumber yang paling penting membantu dalam melakksanakan perkhidmatan kaunseling di sekolah. Bagi sekolah yang mempunyai murid 3,000 orangmurid dan ke atas kouta untuk Guru Bimbingan dan Kaaunseling adalah seramai 7 orang. Dengan bilangan yang besar Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam sesebuah sekolah konsep sehaluan perlu dititik beratkan. Ini termasuklah pembahagian tugas dilakukan dengan adil serta saling memahami dan bekerjasama membantu berkogsi meringankan tugas yang diamanahkan. Begitu juga kreatifnya Guru Bimbingan dan Kaunseling setempat menjalankan perkongsian ilmu bersama dalam satu daerah, zon dan kelompok. Pendekatan sehaluan ini yang berkeinginan untuk bekerja dalam cara yang konstruktif akhirnya faedah ini boleh dikongsi oleh Gru Bimbingan dan Kaunseling yang baharu dilantik serta aktiviti murid setempat yang tidak memerlukan perbelanjaan yang besar.

7.    Selidik

Selidik bermaksud mencari, mengesan menyelidiki murid yang berjaya direkodkan dan disimpan sebagai data untuk dipamerkan sebagai motivasi kepada murid-murid yang sedia ada. Ini bermakna Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menjalankan sedikit kajian dalam usaha mengumpul data murid-murid lepasan sekolah yang berjaya sebagai bahan rujukan untuk murid yang ingin memilih laluan kerjaya selepas SPM.

8.    Serlah

Guru Bimbingan dan Kaunseling berperanan besar dalam usaha memperkembangkan bakat murid yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum. Guru Bimbingan dan Kaunseling berupayamenyuntik semangat dan motivasi kepada murid yang ingin menyertai pertandingan yang disertai serta sentiasa memberi peluang kepada murid yang mempunyai berbakat untuk diketengahkan. Sememangnya banyak peranan yang boleh  dimainkan oleh Guru Bimbingan dan Kaunselingsebagai pemberi galakan kepada murid untuk mencapai tahap yang tertinggi agar penglibatan aktiviti kokurikulum mereka menjadi lebih positif dalam meningkatkan semangat dalam sebarang pertandingan yang disertai di kalangan murid seterusnya mampu melonjakkan prestasi kokurikulum di sekolah masing-masing. Akhir sekali membantu meningkatkan markah kokurikulum sebagai pointer tertinggi untuk melanjutkan pelajaran ke matrikulasi, universiti awam dan swasta selepas SPM.



9.    Semangat setiakawan

Rakan adalah sumber kekuatan bagi menggerakkan aktiviti perkhidmatan kaunseling di sekolah.Guru Bimbingan dan Kaunselingperlu memastikan hubungan yang baik dengan semua pemegang tara termasuk pengetua, barisan pentadbir sekolah, guru-guru, rakan sejawat dan pelajar sentiasa dalam keadaan baik dan harmoni. Dengan sokongan dan kepercayaan semua pihak, perkhidmatan kaunseling yang diberikan sudah tentunya mencapai matlamat yang diinginkan. Hati semua warga sekolah khususnya rakan sejawat perlu dimenangi agar mereka benar-benar merasai kewujudan kita di sekolah. Hubungan dengan rakan sejawat yang baik akan menimbulkan rasa puas hati semua pihak dan suasana kerja juga menarik dan menyeronokkan. Akhirnya hubungan yang baik ini akan menggalakkan lagi kerjasama dan memberikan komitmen terhadap setiap program kaunseling yang dijalankan. Oleh yang demikian, masalah guru yang sukar untuk memberi sumbangan tenaga dan komitmen terhadap program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dapat dielakkan. Hati pengetua yang dapat dimenangi dan mempunyai hubungan yang baik juga dapat membantu melancarkan lagi program kaunseling yang ingin dilaksanakan kerana masalah yang sering berlaku apabila tiada hubungan yang baik adalah kesukaran untuk mendapat kepercayaan atau persepsi positif dari pengetua.

10. Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan
Mencari ilmu pengetahuan adalah sebahagian daripada iman. Agama Islam memerintahkan kepada umatnya untuk mencari ilmu pengetahuan, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a yang bermaksud: “Barangsiapa yang mempelajari ilmu satu bahagian saja, ia mengambil manfaat dari ilmu tersebut untuk kepentingan dunia dan akhirat, itu lebih baik baginya daripada berusia 7000 tahun, berpuasa siang harinya dan solat pada malamnya (sunnah) itu diterima tanpa ditolak.” (Riwayat Abdullah bin Mas’ud). Ilmu perlu dicari bukannya maklumat datang kepada kita. Keluarlah mencari ilmu sebagai bekalan di dada kerana menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap Muslim.
Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, Guru Bimbingan dan Kaunseling haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang lengkap serta mendalam, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan. Hari ini permasalahan yang pelbagai dilakukan oleh murid tidak dijangka sama sekali. Diluar kemampuan kita untuk menjangka permaslahan baharu yang dicipta oleh murid. Sebagai persediaan awal bagi merungkai permasalahan ini Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu lebih advance dengan sentiasa menambah pengetahuan sedia ada bagi menangani isu dan cabaran murid-murid.  Dalam Al-Quran Allah berfirman, Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. Surah Az-Zumar Ayat 9. Begitu juga dalam Surah Al-Mujadilah ayat 11,  “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Oleh itu jadilah kita sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling seorang yang berilmu dan berpengetahuan kerana dengannya akan menambahkan keyakinan  diri dalam mana kita menjalankan proses membantu murid.

Sebagai kesimpulannya dapatlah dinyatakan bahawa kereativiti yang diterjemahkan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat menyelesaikan banyak masalah pengurusan perkhidmatan yang dijalankan di sekolah. Kreativiti ini dapat dipraktikan dengan baik apabila sesuatu masalah yang dihadapi sewaktu melaksanakan program dibuat penilain dan juga refleksi.Sepatutnya Guru Bimbingan dan Kaunseling yang efektif bukanlah sering mengeluh dengan keadaan dan juga situasi yang menekan. Ada jalan keluar ke arah penyelesaian yang boleh dilakukan agar tugas yang rencam dan peranan yang besar dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan sempurnya.  








Rujukan:

Kementerian Pendidikan Malaysia (2015) Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah Rendah dan Menengah. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Malek Muhamat Said (2007) Mengurus Khidmat Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Mohamad Hashim bin Othman & Sharifah Amnah bintiSyed Ahmad (2005) Aras keyakinan warga sekolah terhadap peranan dan tanggungjawab kaunselor sepenuh masa di sekolah menengah. Posiding 1 Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2005. Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak. 28-30

Sapura Sipon (2008) Ciri-ciri kaunselor yang efektif. Universiti Sains Islam Malaysia

Suradi Salim (1996) Bimbingan dan kaunseling. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.



family time
congrats Afiq wedding
sungai petani, kedah
 

Telegram Channel