13 March 2017

Sexual Child Grooming


Seminar Jenayah Seksual Kanak -Kanak: Hentikan! Di PWTC bermula hari ni hingga esok. Saya tertarik dgn ilmu baru iaitu istilah sexual child grooming atau child grooming. Panel Perbincangan Mendalami Minda Dan Corak Tingkah Laku Penjenayah yg disampaikan oleh Dr Mohammad Rahim Kamaludin, Pensyarah Kanan Dan Pakar Kriminologi Forensik, UKM bertajuk Modus Operandi Penjenayah Seksual Kanak -Kanak - Pendekatan, Taktik dan Hasilan dan pembentangan oleh Pn Maryam Zainol selaku wartawan di R.Age ( The Star) mengenai Sexual Grooming  mengenai pemangsa seksual kanak kanak atas talian.

Pn Maryam menerangkan mengenai sexual grooming iaitu proses org dewasa ingin berkenalan dgn kanak kanak untuk eksploitasi fizikal, mental dan emosi kanak kanak. Modus operandi kini yg paling popular penggunaan wechat dan beetalk. Begitu mudah stranger berkenalan dan konsisten tegur dan menunjukkan ciri penyayang. Ada yg tidak menyentuh langsung isu seksual hinggalah bila berjumpa terus mengajak seksual kerana mangsa sudah membina kepercayaan dgn org tersebut. Ramai kanak kanak telah menjadi mangsa sexual grooming atas talian. 


Child grooming
Satu istilah untuk menggambarkan proses/ persiapan awal di mana pelaku seksual kanak-kanak yang berpotensi untuk dijadikan sebagai mangsa seksual termasuk membina kepercayaan dan menjalinkan ikatan emosi dengan mangsa. 


3 petujuk utama untuk mendekati kanak -kanak ialah akses, peluang dan kelemahan yang ada pada kanak-kanak.
Indikator 1 : Akses

  • Anak jiran atau kenalan seramai 90 peratus namun peratus ini akan berubah memandangkan sejak transformasi gajet, pemangsa dari orang yang tidak dikenali
  • Media sosial seperti membekalkan katalog mangsa kerana mudah memilih dari media sosial
  • Majoriti kanak-kanak (individu berumur bawah 18 thn) mempunyai akaun media sosial. Media sosial boleh dimanipulasi dengan identiti palsu, mudah berkomunikasi, mudah sangat membuka akaun media sosial dengan percuma, akses mudah dan merentas negeri atau negara 
Indikator 2 - Peluang

  • Pelaku menilai mudah atau tidak serangan dijalankan seperti latar belakang ibu bapa yang tidak kisah, kanak-kanak itu sendiri yang dahagakan kasih sayang, isu keibubapaan yang longgar disiplin dan kawalan terhadap aktiviti anak keluar rumah. 
Indikator 3 - Kelemahan

  • Kanak-kanak yang naif (tidak mengetahui tentang serangan seks)
  • Kanak-kanak berminat berbual faktor biologi
  • Knaka-kanak mempamerkan kawalan emosi yang lemah
  • Dibesarkan dalam keluarga yang tidak kisah/ permisif/ pengabaian/ authoritarian



Taktik - pelbagai taktik akan digunapakai oleh pelaku seksual  bagi menyakinkan kanak-kanak / menjalinkan hubungan dan membina kepercayaan/ memperkuat ikatan emosi dgn kanak-kanak hanya untuk tujuan serangan seksual
Persediaan awal sebelum menyerang
1) Menggunakan kata -kata yang manis
2) Sentiasa puji fizikal 
3) Mengambil berat dan loving
4) mengkaji latar belakang kanak-kanak (ibu bapa/ tinggal di mana)
5) Berkelakuan baik dan menujukkan yang pemangsa seorang yang baik
6)Guna profail yang handsome
7) meminta merahsiakan perbualan 
8) melayan mangsa seperti orang dewasa
9) Mula berbincang isu seksual secara berperingkat
10) menghantar bahan lucah (seolah olah tiada niat)


Semasa: 
1) Memberikan gambaran yang salah (tanggungjawab mengajar seks/ bermain/untuk keseronokan perbandingan dengan rakan sebaya
2) menyakinkan kanak-kanak isu ini tidak diketahui oleh sesiapa (nanti ibu bapa rampas handphone)
3) Mempamerkan tingkah laku seks dihadapan kanak-kanak
4) merakam atau menyimpan bahan bukti (untuk mengugut)
5) Mengugut mangsa (masuk penjara, keluarga malu)
6)Memastikan isu ini tidak diketahui oleh ibu bapa atau sesiapa
7) Menyahaktif akaun media sosial
8)Memberi rewards untuk habuan serangan seksual berikutnya
9) menggunakan kekerasan


Hasilan-pelbagai habuan/rewards diberikan kepada kanak-kanak bagi mempamerkan sikap kasih sayang (demi serangan seksual)/ motivasi ekstrinsik untuk serangan seterusnya

Rewards atau hasilan  boleh diberikan bagi menyakinkan kanak-kanak /memperkuat ikatan kasih sayang palsu dan/atau sebagai motivasi ekstrinsik untuk serangan yang seterusnya
= membawa kanak-kanak makan di tempat mewah
=membelikan topup telefon
=membelikan telefon bimbit yang lebih canggih
=memberi duit belanja
=membeli barangan yang disukai kanak-kanak seperti anak patung


Di Malaysia, kegiatan jenayah disabitkan jika ada niat dan perlaksanaan. Oleh kerana itu, sexual child grooming tidak dapat lagi disabitkan jenayah selagi tiada perlaksanaan jenayah berlaku. Bahan bukti tidak mencukupi menyebabkan sukar disabit kesalahan jenayah. Oleh itu, perbincangan seminar ini diadakan untuk membantu menambahbaik peraturan dan undang-undang yang melibatkan kanak-kanak.


LRT Cheras- PWTC
Wahh laluan Putra Height rupanya :)


2 comments

assalamualaikum puan. nama saya syafika alyani, pelajar jurusan psikologi industri tahun akhir di universiti selangor. saya perlu melakukan sedikit kajian mengenai jenis2 ujian psikologi yg digunakan di peringkat sekolah, jadi boleh kah saya ingin meminta tolong dari puan untuk bertanyakan beberapa sooalan berkenaan dgn kajian saya? jika boleh, bagaimana saya boleh menghubungi puan? terima kasih atas respon dan masa puan.

Email saya nombor telefon anda di nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com

 

Telegram Channel