Total Pageviews

27 May 2017

Majlis Persaraan Cikgu Tan Nyok Mooi





Serentak dgn Majlis Hari Guru semalam kami meraikan Pn Tan yg akan bersara. Pn Tan telah berkhidmat lebih 30 tahun di SMK Cheras. AjK Kelab Guru telah merancang aturcara dan tema Kesultanan Melayu Melaka dan mengharapkan susunan perjalanan yg cantik. Namun  pada hari Khamis lepas, ribut petir yg menerbangkan bumbung bangunan blok A ke blok B dan mengotorkan dataran perhimpunan menyebabkan kami terpaksa menukar vanue ke dewan dgn susunan yg terlalu padat menyebabkan susunan kedudukan guru dan beberapa aturcara dirombak.

Namun demikian kami meneruskan sambutan hari guru dan majlis persaraan ini dgn suasana meriah. Walaupun tarikh persaraan Cikgu Tan pada bulan Jun iaitu ketika bulan Ramadhan, kami perlu menjalankan majlis persaraannya pada hari ini agar dpt menikmati makan tgh hari bersamanya dan mengadakan aktiviti bersamanya. Cikgu Tan seorg yg disenangi lapisan umur sama ada murid atau guru.
Seorang yg komited dgn kerja dan tidak byk menolak tugas apabila diarahkan. Memegang jawatan sbg setiausaha peperiksaan yg menuntut komited dan kesabaran yg tinggi bertoleransi dgn pelbagai karenah birokrasi dan urusan peperiksaan SPM. 
Disenangi hampir semua org. Ya..saya sgt yakin tentang perkara ini. Sangat merendah diri dan simple orangnya. Nostalgia dgn Pn Tan ialah dia pernah mengajar saya dan perwatakannya masih sama seperti dulu. Saya memanggilnya cikgu dulu, tetapi apabila dia rakan sekerja saya, saya memanggilnya puan Tan dan dia turut memanggil saya Puan..hihi. Rasa janggal pun ada. 

 dia suka bergurau mengatakan kpd saya bahawa dia mengajar tahap  umur cucu -cucu pulak..kwang kwang. Semoga cikgu Tan Nyok Mooi sihat sejahtera dan dapat menjenguk kami di sini. Budimu tidak akan dapat kami lupakan.

Salam Ramadhan
Penuh keberkatan

































No comments: