16 May 2017

Selamat Hari Guru 2017

16 Mei sambutan Hari Guru tetapi di sekolah sunyi sepi minggu peperiksaan dan kami sendiri tidak menyambutnya hari ni dan akan menyambutnya pada hari terakhir persekolahan penggal pertama dan ia merupakan tradisi di sekolah ini.
Tahun ke 17 saya menyambutnya sebagai guru dan 17 tahun juga di SMK Cheras. Berposing dengan rakan sekerja saya yg merupakan tahun ke12 bersama saya iaitu Rozinani Awang. Bergambar berlatarbelakangkan di hadapan blok B bilik kaunseling. Kak Raudzah mengikuti kursus lain di luar dan Padali pula telah berpindah. Jadilah bergambar berdua je dulu. Terima kasih kpd ex student yg melawat kami di UBK. 

Terima kasih juga kepada semua bekas murid dan murid murid yg wish kami termasuk ahli keluarga yg dekat dan jauh. Kuasa whatsapp group..huhu sorang wish bertalu talu yg lain follow. Dan kpd peminat peminat setia saya yg masih wish saya secara personal..terima kasih. Terima kasih atas ingatan anda semua.
Cikgu sayang anda semua. Semoga silaturahim antara kita masih kekal walaupun anda semua telah meninggalkan alam persekolahan. Kepada murid murid "wanted' zaman sekolah dulu, pengajaran di sekolah jadikan sempadan untuk anda melangkah menjadi insan yg berguna untuk diri anda sendiri, keluarga dan komuniti.

Guru Pembina Negara Bangsa
Semoga dirahmatiNya



 

Telegram Channel