Total Pageviews

7 June 2017

Kajian Tindakan: Lonjakan Peratus Kehadiran Murid Ke Sekolah Melalui Penetapan KPI Kelas Yang Berbeza.

KAJIAN TINDAKAN: 
PROGRAM  ZOOM IN KELAS MELONJAKKAN KEHADIRAN 
MURID KE SEKOLAH


OLEH

NURHAIZA BT CHE MAT
GURU KAUNSELING SMK CHERAS



1.0       Refleksi Yang Lalu

         Projek Zoom In merupakan program bagi meningkatkan kehadiran murid ke sekolah bagi tahun 2017. Menggunakan pendekatan psikologi dan kaunseling berbanding hukuman disiplin untuk menarik murid hadir ke sekolah. Berdasarkan teori Maslow mengenai motivasi manusia akan meningkat jika dihargai dan diberikan pengiktirafan disamping keperluan kasih sayang maka  aktiviti Zoom In yang dijalankan. Zoom In yang dijalankan ialah  Zoom In Kelas, Zoom In Guru Tingkatan, Zoom In Ibu Bapa dan Zoom In Murid. Melalui projek Zoom In Kelas dan Zoom In Guru Tingkatan, insentif berupa sijil penghargaan dan hadiah iringan diberikan kepada murid dan guru. Manakala melalui Zoom In Murid, murid rasa dihargai dan disayangi kerana diambil berat melalui pendekatan hati ke hati manakala bagi Zoom In Ibu Bapa, konsultasi ibu bapa melalui talian kasih dan cakna meningkatkan keberkesanan komunikasi bagi memantau perkembangan murid. Melalui perlaksanaan program Zoom In, ia berjaya meningkatkan kehadiran murid ke sekolah sebanyak 1 peratus iaitu 86 peratus berbanding 85 peratus pada tahun 2016. Ini kerana setiap bulan melalui program yang dijalankan ia berjaya mencapai 89 hingga 92 peratus kehadiran murid ke sekolah terutama pada waktu bulan pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Namun demikian pada bulan November, kehadiran merundum dengan teruk kerana murid tidak bermotivasi untuk ke sekolah selepas tamat peperiksaan. Oleh kerana itu pada tahun ini dengan tema lonjakan Zoom In kami mengharapkan aktiviti yang dijalankan dan ganjaran yang akan diterima, akan dipanjangkan sehingga bulan November untuk mengekalkan peratus kehadiran yang tinggi dalam kalangan murid sepanjang tahun. Oleh itu strategi penetapan KPI kelas yang berbeza ditetapkan pada awal tahun dan dijalankan program Zoom  In untuk mendapatkan purata 90 peratus kehadiran murid pada penggal pertama persekolahan agar apabila pada penggal kedua peratus kehadiran murid tidak terjejas teruk sehingga merundum bawah 85% kehadiran murid bagi tahun 2017.

2.0       Isu Keprihatinan
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan peratus kehadiran murid ke
sekolah pada tahun 2017 memandangkan sekolah meletakkan KPI               
kehadiran murid ke sekolah sebanyak 90% dan pada tahun 2016 peratus         
kehadiran murid hanya 87%.

3.0       Objektif

             3.1 Objektif Umum
                    Meningkatkan kehadiran murid ke sekolah sebanyak 90% pada penggal pertama 
                    persekolahan

             3.2 Objektif Khusus
                  1) Agar dapat mengenal pasti kelas yang menyumbang kepada peratus kehadiran 
                      murid yang rendah untuk diambil tindakan segera.

                 2) Agar dapat membantu guru kelas untuk memotivasikan murid dalam kelas yang 
                     mempunyai peratus kehadiran murid yang tidak mencapai KPI kategori kelas 
                     tersebut dalam bulan tertentu untuk hadir ke sekolah

                3)Agar dapat menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai     
                    peratus kehadiran yang mencapai KPI masing – masing

              4) Agar dapat menyampaikan hadiah galakan kepada murid yang mempunyai 
                  kehadiran 95% ke sekolah

             5) Agar dapat mengenal pasti murid yang perlu menjalani intervensi dengan guru 
                  kaunseling dan konsultasi keibubapaan dengan murid tersebut.

4.0      Sasaran Kajian
            Semua murid sesi pagi

5.0       Perlaksanaan Kajian
            5.1       TINJAUAN MASALAH            
                        Tinjauan masalah berdasarkan kehadiran murid ke sekolah

            5.2       ANALISIS TINJAUAN MASALAH
                        1) Analisis peratus kehadiran murid sesi pagi setiap kelas setiap bulan
                        2) Analisis peratus kehadiran murid sesi pagi bagi penggal pertama 
                            2017             

            5.3       TINDAKAN YANG DIJALANKAN
                 
            1) Menyediakan kertas kerja
            2) Melantik Ahli Jawatankuasa
            3) Memaklumkan kepada guru
            4) Memaklumkan kepada murid
            5) Memaklumkan kepada ibu bapa
            6) Promosi
            7) Melaksanakan program
            8) Memantau, menilai dan menambahbaik
            9) Mendokumentasikan


3.0    

1) PROGRAM ZOOM IN KELAS

BIL
Tindakan
TANGGUNGJAWAB
Sasaran
Catatan

1

Memaklumkan kepada semua guru di mesyuarat guru yang 1

Puan Nurhaiza

Semua guru

27/12/2016
2

Modus Operasi

KPI setiap bulan bagi kehadiran kelas ialah seperti berikut:
95 peratus




Guru Tingkatan
Guru Mentor




95 % KPI
4 dan 5 Alpha
1, 2 dan 3 Imtiyaz
1,2 dan 3 Sapelele
Peralihan 1 dan 2
1, 2 dan 3 Amanah




Setiap bulan kelas yang mencapai KPI 95% mengikut kategori akan menerima sijil penghargaan
3
KPI setiap bulan bagi kehadiran kelas ialah seperti berikut:
90 peratus


Guru Tingkatan
Guru Mentor
90% KPI
4 dan 5 Beta
4 dan 5 Gamma
4 dan 5 Al Farabi
5 Khawarizmi
1, 2 dan 3 Bestari
1, 2 dan 3 gamelan
1,2 dan 3 Gigih
4 dan 5 Ibnu Sina




Setiap bulan kelas yang mencapai KPI 90% mengikut kategori akan menerima sijil penghargaan
4
KPI setiap bulan bagi kehadiran kelas ialah seperti berikut:
87 peratus



Guru Tingkatan
Guru Mentor
87% KPI
4 dan 5 Ibnu Rusyd
4 dan 5 Ar Razi
4 dan 5 Al Khindi
4 dan 5 Al Biruni
1,2 dan 3 Jujur
1,2 dan 3 Luhur
1,2 dan 3 Makmur
1,2 dan 3 Setia


Setiap bulan kelas yang mencapai KPI 87% mengikut kategori akan menerima sijil penghargaan
5
Mengenalpasti kelas yang terlibat melalui buku pendaftaran murid atau data untuk diberikan ganjaran

-          3 kali kelas terlibat mencapai KPI maka guru tingkatan dan mentor tingkatan akan menerima sijil individu
-          Kelas yang mencapai KPI masing – masing akan diberikan sijil penghargaan sepanjang tahun sewaktu Anugerah HEM bersama guru kelas dan mentor kelas. Kelas terbaik setiap kategori akan menerima hadiah iringan.
-          Semua ganjaran akan diberikan selepas November 2017 berupa kos makanan, kos pengangkutan dan tiket bagi kelas kategori 95% , bagi kategori kelas 90% ialah kos pengangkutan lawatan manakala kelas 87% terbaik akan diberikan kos makanan RM200.

Puan Raudzah
Puan Nurhaiza
Semua kelas



Guru tingkatan
Mentor


Kelas mencapai KPI di akhir September untuk Anugerah HEM: Sijil Penghargaan



Kelas mencapai KPI di akhir November untuk Ganjaran





3 kali kelas terlibat mencapai KPI


6



Merekodkan kelas yang terlibat untuk dijalankan sesi motivasi dan pemantauan buku pendaftaran murid untuk mengenal pasti murid yang menyumbang kepada kadar kehadiran yang tidak mencapai KPI
Guru kaunseling



Guru kelas, guru mentor dan murid






2) NAMA PROGRAM    :  ZOOM IN MURID : HATI KE HATI
BIL
PROSES KERJA
TANGGUNGJAWAB
SASARAN
CATATAN
1
Makluman kepada semua murid di tapak perhimpunan
PK HEM
Guru Kelas
Semua guru kaunseling

4/1/2017
2
Mengenalpasti pelajar yang terlibat melalui buku pendaftaran kehadiran murid atau data bagi murid yang tidak mencapai KPI kelas masing -masing

Sesi petang: Pn Raudah
Tingkatan 1 & 2 sesi pagi dan ting 3: Pn Rozinani
Ting 4 dan 5 : Puan Nurhaiza dan En Che Mohamad Padali
Murid yang menerima surat amaran


3


Menjalankan sesi kaunseling kelompok dan Ujian DASS
Guru kaunseling



Murid menerima surat amaran

4
Menjalankan sesi kaunseling individu
Guru kaunseling
Murid menerima surat amaran

5
Merekodkan status DASS dan sebab tidak hadir untuk diambil tindakan intervensi yang bersesuaian
Guru Kaunseling
Murid yang menerima intervensi “Hati Ke Hati”

6
Mengenal pasti murid yang mencapai kehadiran penuh dan mencapai 95% kehadiran bagi murid tingkatan 5
Untuk menerima ganjaran
Guru Tingkatan
Guru Mentor
Murid kehadiran penuh dan murid 95% kehadiran ke sekolah bagi murid ting 5
Majlis Graduasi Ting 5



Januari 2018 bagi murid peralihan hingga ting 4


3)   NAMA PROGRAM:  ZOOM IN IBU BAPA : TALIAN KASIH

BIL
PROSES KERJA
TANGGUNGJAWAB
SASARAN
CATATAN
1
Mesyuarat Guru dibentangkan program ini dan sewaktu program orientasi ting 1 kepada ibu bapa
PK HEM
Guru Kelas
Semua guru kaunseling
Ibu Bapa

2
Mengenalpasti ibu bapa murid yang terlibat melalui buku pendaftaran kehadiran murid atau data

Sesi petang : Pn Raudah
Sesi pagi ting 1, 2 dan 3  : Pn Rozinani
Tingkatan 4 dan 5 : Pn Nurhaiza Che Mat & Encik Che Mohamad Padali

Guru Kelas
Guru Mentor

3



Konsultasi ibu bapa
Guru Kaunseling
Ibu bapa yang tidak dihubungi secara lisan oleh guru kelas
Surat
Telefon
Lawatan


6.0    Dapatan Kajian

1) SENARAI PERATUS KEHADIRAN MENGIKUT KATEGORI
BAGI KELAS SASARAN 95%
     (UNTUK GANJARAN LAWATAN, TIKET MASUK DAN MAKANAN PERCUMA)
KEDUDUKAN
TINGKATAN
PERATUS KEHADIRAN
1
I IMTIYAZ
99.138
2
3 IMTIYAZ
98.09
3
5 ALPHA
97.2
4
3 AMANAH
97.0
5
1 SAPELELE
96.07
6
2 IMYIYAZ
95
7
4 ALPHA
95
8
3 SAPELELE
91.87 (TIDAK CAPAI KPI)
9
2 SAPELELE
90.42 (TIDAK CAPAI KPI)


                                                BAGI KELAS SASARAN 90%
   (UNTUK GANJARAN LAWATAN PERCUMA TAJAAN PENGANGKUTAN SAHAJA)
KEDUDUKAN
TINGKATAN
PERATUS KEHADIRAN
1
4 BETA
96.262
2
3 GIGIH
95.87
3
1 GAMELAN
95.358
4
4 GAMMA
93.696
5
4 AL FARABI
93.52
6
3 BESTARI
92.97
7
5 GAMMA
92
8
5 BETA
91.77
9
4 IBNU SINA
91.11
10
2 GAMELAN
90.95
11
5 ALFARABI
90.3
12
5 ALKHAWARIZMI
88.96 (TIDAK MENCAPAI KPI)
13
3 GAMELAN
88.78 (TIDAK MENCAPAI KPI)
14
5 IBNU SINA
85.756 (TIDAK MENCAPAI KPI)



BAGI KELAS SASARAN 87%
   (UNTUK GANJARAN TAJAAN JAMUAN AKHIR TAHUN)
KEDUDUKAN
TINGKATAN
PERATUS KEHADIRAN
1
5 AR RAZI
87
2
5 ALKHINDI
86.31 (TIDAK MENCAPAI KPI)
3
5 IBNU RUSYD
86.06 (TIDAK MENCAPAI KPI)
4
4 IBNU RUSYD
83.164 (TIDAK MENCAPAI KPI)
5
3 JUJUR
82.85 (TIDAK MENCAPAI KPI)
6
3 LUHUR
82.58 (TIDAK MENCAPAI KPI)
7
5 ALBIRUNI
82.45 (TIDAK MENCAPAI KPI)
8
4 AR RAZI
80.49 (TIDAK MENCAPAI KPI)
9
4 ALBIRUNI
78.73 (TIDAK MENCAPAI KPI)
10
3 MAKMUR
78.61 (TIDAK MENCAPAI KPI)
11
4 ALKHINDI
77.01 (TIDAK MENCAPAI KPI)

PERATUS KEHADIRAN MURID MENGIKUT TINGKATAN BAGI PENGGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN 2017
TINGKATAN
PERATUS KEHADIRAN
PERALIHAN
92.928
TINGKATAN SATU PAGI PETANG
TING SATU SESI PAGI
95

96.73

TINGKATAN DUA PAGI PTG
TING DUA SESI PAGI
90.21
92.72
TINGKATAN TIGA
89.86
TINGKATAN EMPAT
87.606
TINGKATAN LIMA
88.76

PURATA PERATUS KEHADIRAN MURID SESI PAGI PADA PENGGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN PADA  TAHUN 2017 IALAH 91.144%


7.0     Refleksi Kajian

KPI kelas sasaran bagi 95% kehadiran tidak mencapai untuk kelas 3 Sapelele kerana seorang murid mempunyai ketidakhadiran melebihi 29 hari dan  8 murid kelas ini tidak hadir lebih 10 hari untuk penggal pertama. Manakala bagi kelas 2 Sapelele pula, seorang murid tidak hadir lebih 37 hari dan 7 orang tidak hadir lebih 10 hari menyebabkan peratus kehadiran untuk sasaran 95% kehadiran tidak tercapai.

KPI kelas sasaran bagi 90% kehadiran untuk kelas 5 Ibnu Sina tidak dapat dicapai kerana dua orang murid ponteng tegar dan menyumbang 82 hari tidak ke sekolah bagi penggal pertama, manakala bagi kelas 5 AlKhawarizmi dua orang murid menyumbang 50 hari tidak hadir ke sekolah pada penggal pertama, dan 3 gamelan  pula dikenalpasti seorang murid tidak hadir berturut 17 hari pada bulan Mei menyebabkan peratus bulan Mei jatuh dari 90%.

KPI kelas bagi kelas sasaran 87% tidak dapat dicapai hampir kesemua kelas sasaran dan kelas tingkatan lima hanya 1 % sahaja lagi untuk mencapai KPI. Manakala kelas ting 4 yang paling tinggi sasaran dapat dicapai ialah 83% manakala 3 kelas berada di bawah 80% kerana masalah murid yang ramai dengan jumlah ketidakhadiran yang banyak dikenalpasti


8.0     Cadangan Penambahbaikan

1)         Rombakan KPI Untuk Sasaran Kelas 87% Iaitu Kelas 5 Ar Razi, 5 Al Khindi, 5 Al Biruni Dan 5 Ibnu Rusyd Dikekalkan Kepada 87% Kerana Ia Merupakan KPI Untuk Bergraduasi. Zoom Murid Untuk Lawatan Rumah Kerana Tidak Hadir Lebih 25 Hari Pada Penggal Pertama, Zoom Murid Kehadiran Penuh Dan Zoom Murid Yang Layak Untuk Sijil Peningkatan Sahsiah Bagi Murid Yang Tidak Hadir Hanya Kurang 7 Hari Dari Bulan Januari Hingga Mei 2017 Akan Dipaparkan Untuk Ganjaran Dan Motivasi Kelas Ini Meningkatkan Kehadiran Ke Sekolah.
2)         KPI Untuk Tingkatan 3 Dan Tingkatan 4 Untuk Sasaran Kelas 87% Direndahkan Menjadi 84% Dengan Sijil
3)         Kelas 4 Ar Razi, 4 Al Biruni , 3 Makmur Dan 4 Al Khindi Akan Dijalankan  Zoom Murid Yang Tidak Hadir Berkala Lebih 23 Hari Untuk Lawatan Ke Rumah,
Pecahan bilangan murid untuk lawatan ke rumah ialah 4 Al Khindi dengan 12 orang murid dengan jumlah ketidakhadiran mereka mencecah 475 hari, 4 Al Biruni dengan 4 murid dengan jumlah ketidakhadiran penggal pertama mencecah 210 hari untuk 7 murid tegar manakala 3 Makmur dengan jumlah murid seramai 8 orang untuk lawatan ke rumah dengan rekod ketidakhadiran sebanyak 220 hari.   Zoom Murid Penerima Surat Amaran Untuk Aktiviti Butterfly SUIT Dan Konsultasi Ibu Bapa Yang Lebih Kerap serta Zoom Guru Tingkatan untuk bantuan pengurusan murid berisiko keciciran sekolah.
4)         Bagi kelas –kelas yang tidak mencapai KPI kategori kelas masing – masing maka aktiviti Zoom In Murid dan Zoom In Ibu Bapa akan dijalankan.
5)         Memaparkan nama semua murid kehadiran penuh seramai 63 orang di sesi pagi pada papan kenyataan Hal Ehwal Murid untuk motivasi mereka hadir penuh hingga akhir tahun.
6)         Memaparkan 153 senarai murid tingkatan lima yang mempunyai rekod tidak hadir sekolah kurang 7 hari pada penggal pertama dan ucapan tahniah kerana mereka layak untuk sijil peningkatan sahsiah sewaktu Majlis Graduasi dengan menggalakkan mereka mengekalkan kehadiran 97% ke sekolah sehingga akhir September 2017.
7)         Mengumpulkan semua murid penerima surat amaran kedua untuk aktiviti SPOT SUIT iaitu Sistem Pemantauan Orang Tertentu dengan kawalan kad merah.


Salam Ramadhan ke 12

No comments: