21 June 2017

Penjelajahan Kerjaya Doktor Veterinar




Dah lama takda pertandingan yg melibatkan murid dalam bentuk penjelajahan kerjaya seperti ini. Kali terakhir pd tahun 2012 apabila Eksplorasi Alam Kerjaya( EAK)dan Folio Kerjaya dipertandingkan hingga peringkat JPWPKL. Projek tersebut merupakan kebitaraan UBK SMK Cheras yg wajib mendapat johan kerapkali, dan naib johan kadang - kadang sejak tahun 2001 lagi. Oleh itu, apabila pertandingan penjelajahan kerjaya iaitu projek untuk meneroka sendiri tpt kerjaya diadakan iaitu satu pertandingan yg diberi nafas baru seperti EAK cuma tanpa buku dokumentasi hanya pembentang perlu menggunakan multimedia dan dibentang ala model kerjaya..susah untuk saya mengatakan tidak.
Memilih kumpulan PRS dari murid Juara sekolah untuk menyertai pertandingan ini. Step pertama memilih tajuk doktor veterinar..dan kemudian mendekati lebih dekat kerjaya doktor veterinar tersebut. Kami ke Hospital Veterinar KL yg terletak 5 minit sahaja dari sekolah kami.
Mengambil anak kucing dari pondok pak guard untuk dijadikan bahan kajian kami tak pasal pasal dapat nama kucing ni iaitu cream O :)
Orait ni pengalaman pertama peserta ke Hospital Veterinar. Selepas raya nanti kami follow up lagi untuk meneroka bidang tugas kerjaya veterinar yg lain pula. Boleh tahan juga masa menunggu giliran untuk mendapatkan perkhidmatan..hampir 2 jam juga. Begitu juga dgn orang lain. Ramai betul org yg ingin mendapatkan servis doktor veterinar ni.
Ilmu baru yg cikgu pelajari hari ni..jika kucing sakit kita ukur suhu badan dgn memasukkan termometer kedlm bontotnya dan jika mencecah 40 darjah celcius barulah dianggap demam. Jika di hospital veterinar ini menyediakan perkhidmatan pemandulan tetapi haiwan peliharaan perlu divaksin terlebih dahulu sebanyak 2 hingga 3 kali.
Sebaik habis cream o menerima rawatan pemeriksaan kesihatan, kami pun ke kedai veterinar untuk membeli wetfood, susu dan peralatan untuk penjagaan kitten. Okey...persoalannya skrg siapa nak jaga Cream O ni sampai tarikh pertandingan? Uhuk..uhuk..takde siapa yg sanggup kenalah amik Cream O ni jadi anak bongsu cikgu..uhuhu.

Selamat bersara Pn Tan 































 

Telegram Channel