Total Pageviews

23 June 2017

Selamat Hari Raya Dari UBK SMK Cheras


Hari ini dengan rasminya sekolah di Malaysia mula bercuti. Mood beraya dah sampai. Photoshoot kad raya saban tahun kami buat tapi tahun ni bertiga setelah Padali bertukar ke KPM. Bukanlah terer bab editing untuk kad raya..so taraaaa ni jela hasilnya ringkas je.:)

Selamat bercuti warga sekolah. Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin dari kami kaunselor dari Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Cheras. Buat alumni yg ingin beraya, roger sebelum datang supaya sempat angkut kuih raya dari rumah kami. Sekolah akan adakan majlis RIMUP Hari Raya pada 22 Julai nanti, maka anggap jela untuk student Cheras kita beraya bersama sama pada 22 Julai nanti ye. 
Jom balik kampung..oooo..balik kampung..hati riang.


       
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ ْ ِ*  
Salam Jumaat 28 Ramadhan 1438H
*Ya Allah,TERIMA KASIH* atas kehidupan hari ini untuk *NAFAS* dan *REZEKI* yang Engkau limpahkan... jadikanlah permulaan hari ini dengan penuh *KEBAIKAN*, pertengahannya membawa *KEJAYAAN* dan pengakhirannya suatu *KEBERUNTUNGAN*..jadikan awalnya *RAHMAT*, pertengahannya *NIKMAT* dan penghujungnya *PENUH BERKAT..*

*آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن*

No comments: