31 August 2017

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 60

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 60



Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Keunikan Hari Merdeka 2017 disambut serentak dgn tarikh Wukuf di Arafah. Yg menandakan esok umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha. Dengan tuntutan berpuasa sunat Arafah dan sambutan Kemerdekaan yg ke 60 ia merupakan dugaan untuk para peserta perarakan Hari Merdeka. Dan oleh kerana semalam merupakan acara penutup Sukan Sea yg mana Malaysia selaku tuan rumah, PM telah mengumumkan cuti pada 4 Sept hari Isnin kerana kejayaan atlet Malaysia dgn 130 pingat emas. Maka sambutan Hari Kemerdekaan ini tahun ni sangat bermakna dan berganda kegembiraannya:)


Negaraku Sehati Sejiwa

#Have fun ride...abah
MRT Stadium Kajang - Pasar Seni








31

30 August 2017

Bimbingan Kelompok Kelas Relief: Saya Suka Anda

Bimbingan Kelompok Kelas Relief: Saya Suka Anda

Nak share aktiviti bimbingan kelompok yg saya jalankan pada kelas relief 4 Ibnu Rusyd. pada 14 Ogos 2017. Mendapat relief 2 masa berkembar adalah menarik jika dapat menjalankan aktiviti kelompok selama sejam.

Hari ini saya menjalankan aktiviti Kejelekitan murid murid di dalam kelas ini. Dimulakan dgn penstrukturan seperti biasa. 
Kemudian aktiviti ice breaking tetapi memperkenalkan diri dgn nama samaran yg dipanggil oleh ahli keluarga di rumah. Murid juga perlu memaklumkan mengenai kelemahannya dan kelebihan dirinya. Nampaknya apabila menerangkan mengenai kekurangan diri, mudah saja murid menyebutnya dan ditokok tambah ahli kumpulan yg menyakat. Tetapi apabila bercakap dgn kelebihan diri, masing masing berkerut memikir apa yg baik mengenai diri mereka. Dan malu untuk meluahkan krn tidak pasti itukah kekuatannya? Majoriti atau hampir semua murid ini mempunyai self esteem yg rendah. 

Orait saya bermain aktiviti yg seterusnya, murid dikehendaki memberikan mesej ringkas bertulis tangan mengenai apa yg mereka suka pada tingkah laku setiap kawan sekelas mereka? Ini adalah aktiviti mengenali potensi diri mereka. Dan seterusnya meningkatkan self esteem mereka dari sudut yg positif. Masing masing mula menulis dan post kpd kawan kawan yg gembira melihat sifat sifat positif mereka diperakui oleh kawan kawan sekelas.

Mode holiday.......................but
Attend school for psikometrik
Going home.....
Yeah..mak abah in the house :)






















29 August 2017

Percutian Desa: Taman Alam - Hotel The Kabin.

Percutian Desa: Taman Alam - Hotel The Kabin.

Memikirkan cuti yg panjang kali ini banyak agenda ke hulu hilir dan hanya 3 hari sahaja untuk percutian keluarga memandangkan tahun ini rumah saya sbg port Sambutan Hari Kemerdekaan Dan Hari Raya Aidiladha. Maka kami tidak bercadang untuk balik kampung memandangkan family di kampung yg dtg beraya di KL. 
Makanya saya plan satu suasana percutian desa untuk anak anak disamping mengekalkan wajib ada swimming pool. Google punya google The Kabin, Jeram Kuala Selangor ini is the best place untuk suit ciri ciri yang saya inginkan. 

Bermula dgn itenary 2 hari 1 malam
kami ke Taman Alam Kuala Selangor yg disambut oleh banyaknya monyet di sini. Berjalan sambil menepuk nepuk nyamuk dan mengambil gambar di celah ranting pokok, celah akar. Di dalam perjalanan ada sahaja penyelidik warga asing yg sedang membuat kajian dan membelek flora dan fauna di sini. Sunyi sepi walaupun ada je pungunjung di sini. Masing masing melayan keindahan alam. Membaca nama nama flora yg tertulis di sini memang mengasyikkan.





















Jom makan di gerai tepi jalan yg di kiri kanan ada kelapa sawit dan of course monyet. Ada cendol bakar, cendol pulut, cendol durian dan mcm mcm perisa cendol.






Check in The Kabin pukul 3.00 petang dgn pemandangan luar nampak kecil sahaja tapi di dalamnya mmg agak besar. 
Pool acara wajib. Memandangkan anak anak mmg pandai berenang so ibu boleh membuat acara syok sendiri hihihi. :)































Malam kami membuat booking untuk melihat Kelip Kelip tapi mmg belum rezeki apabila sampai sahaja ke jeti..hujan pun turun dgn angin kuat. Pujuk hati dan anak anak nanti kita tunggu hujan reda sambil melayan makanan seafood di tepi sungai. Dah pukul 10 malam waaaa kena beralahla mmg tak boleh nak pergi.







Esoknya acara.berbasikal di persisiran pantai Remis. Sewa basikal RM 8 untuk sejam dan melihat aktiviti memancing, dan ke pasar nelayan yg dipenuhi sampan. Tapi ikan fresh belum ada lagi buat masa ni dan tidak terlalu sibuk. Mungkin nak cuti Hari Merdeka dan Raya Aidiladha. 















Selepas check out kami menuju ke Sekincan untuk menikmati mentarang. Pakcik Google memberikan address Faridah Mentarang Bakar yg terkenal hanya di tepi jalan sahaja. Ada menu mentarang bakarla, masak lemak cili api la, siput lala, dan mcm mcm siput ada.







First time Cream O left alone
We miss you.









 

Telegram Channel