30 August 2017

Bimbingan Kelompok Kelas Relief: Saya Suka Anda

Nak share aktiviti bimbingan kelompok yg saya jalankan pada kelas relief 4 Ibnu Rusyd. pada 14 Ogos 2017. Mendapat relief 2 masa berkembar adalah menarik jika dapat menjalankan aktiviti kelompok selama sejam.

Hari ini saya menjalankan aktiviti Kejelekitan murid murid di dalam kelas ini. Dimulakan dgn penstrukturan seperti biasa. 
Kemudian aktiviti ice breaking tetapi memperkenalkan diri dgn nama samaran yg dipanggil oleh ahli keluarga di rumah. Murid juga perlu memaklumkan mengenai kelemahannya dan kelebihan dirinya. Nampaknya apabila menerangkan mengenai kekurangan diri, mudah saja murid menyebutnya dan ditokok tambah ahli kumpulan yg menyakat. Tetapi apabila bercakap dgn kelebihan diri, masing masing berkerut memikir apa yg baik mengenai diri mereka. Dan malu untuk meluahkan krn tidak pasti itukah kekuatannya? Majoriti atau hampir semua murid ini mempunyai self esteem yg rendah. 

Orait saya bermain aktiviti yg seterusnya, murid dikehendaki memberikan mesej ringkas bertulis tangan mengenai apa yg mereka suka pada tingkah laku setiap kawan sekelas mereka? Ini adalah aktiviti mengenali potensi diri mereka. Dan seterusnya meningkatkan self esteem mereka dari sudut yg positif. Masing masing mula menulis dan post kpd kawan kawan yg gembira melihat sifat sifat positif mereka diperakui oleh kawan kawan sekelas.

Mode holiday.......................but
Attend school for psikometrik
Going home.....
Yeah..mak abah in the house :)






















1 comments

terima kasih cikgu haiza, banyak membantu saya sbg kaunselor pelatih. saya mohon izinnya ya ckg utk diaplikasi dlm sesi bersama pelajar. :)

 

Telegram Channel