3 August 2017

Pembentangan Modul Murid Berisiko Tinggi Keciciran KPM

Hari terakhir berbengkel di Puterajaya. Seawal pagi kami berbincang bersama-sama setiap helaian modul tersebut. Dari 9.30 waktu pembentangan yg sepatutnya, menjadi 11.30 then 12.30 tup tup pkl 2 petang kami dipaksa untuk membentangkan juga modul yg dibina. Ada yg diambil dan dimurnikan dari modul kaunseling berfokus tetapi disesuaikan untuk modul murid berisiko keciciran, ada yg saya ambil dari modul asal saya yg memenangi anugerah pingat perak inovasi modul psikologi kaunseling , dan ada dari modul PRS yang dimurnikan kembali.

Modul yg dibina utk guru kaunseling menjalankan intervensi kpd sekolah sekolah yg mempunyai kadar kehadiran murid yg rendah dan menguruskan murid berisiko tinggi keciciran berdasarkan rubrik soal selidik untuk guru mengenalpasti sasaran murid ini. Dari situ, murid murid ini dibawah kategori kaunseling berfokus ponteng sekolah yg dijalankan intervensi untuk membantu mereka dari keciciran. Minggu hadapan KPM akan bergerak ke WPKL dan menjalankan kajian rintis perlaksanaan murid berisiko keciciran melalui garis panduan lengkap kpd HEM dan penyelaras yg dilantik menguruskan murid berisiko keciciran sekolah ini. Guru kaunseling sbg pelaksana intervensi.

3 hari berbengkel merupakan pengalaman berharga bertukar tukar idea mengenai amalan terbaik yang dijalankan di sekolah masing - masing. Maklumlah ahli pembina modul ini adalah guru -guru kaunseling yang dipilih kerana amalan terbaik mereka  dan pengurusan kaunseling mereka di sekolah diiktiraf top 5 dalam pertandingan peringkat kebangsaan dari tahun 2015 dan 2016 yang terdiri dari guru kaunseling Selangor, WPKL dan Negeri Sembilan. Ahli kumpulan saya sendiri terdiri dari dua orang guru kaunseling cemerlang . Banyak idea dan sentiasa positif dalam masalah kemenjadian murid di sekolah. Ia..saya suka dengan persekitaran kerja yang mempunyai idea yang membina bukannya idea yang baru dilontarkan tetapi negatif dan bersuara -suara sumbang. Di WPKL, program guru cemerlang, saya hanya setakat dapat mengikuti program yang umum sahaja kerana hanya saya guru kaunseling berstatus guru cemerlang di WPKL. Maka takda ahli kumpulan dalam biro kaunseling Majlis Guru Cemerlang WPKL. Maka saya tidak dapat merangka program atau berbincang mengenai perkhidmatan kaunseling sesama rakan sejawat sealiran setiap kali perjumpaan majlis guru cemerlang diadakan. Jadi saya memang sangat sangat memanfaatkan masa mendampingi dua guru kaunseling cemerlang dari negeri lain sambil menyiapkan modul, kami bertukar tukar idea mengenai kemenjadian murid dan program yang mereka laksanakan. Boleh lah saya berkunjung ke SMK Puchong Perdana pula nanti dan SMK Bukit Rahman Putra yang mempunyai kombinasi kaum seperti sekolah saya. 

Program mengurus murid berisiko cicir ini akan diadakan minggu hadapan sahaja dan hari ini kami membentangkan modul untuk panduan guru kaunseling yang menjalankan intervensi. Ia digunakan sebagai panduan sahaja, namun jika guru kaunseling lain mempunyai idea yang lebih baik mengenai murid -murid di sekolahnya, bolehlah mereka menggunakan modul mereka tersendiri. Hari ini kami mengisytiharkan modul ini diberi nama SUDI iaitu serlahkan keunggulan diri.
Semoga lebih bermanfaat kepada bakal pengguna modul nanti :)

Alhamdulillah done!
have fun farhan..take care
SESI BERGAMBAR AHLI MEMURNIKAN MODUL SUDI













Rubrik bagi mengesan murid berisiko



Pembentangan dari kumpulan pembina modul sekolah rendah

Ahli kumpulan pembina modul sekolah rendah

Zanusi membentangkan mengenai modul sekolah menengah


En Pilus membentangkan mengenai modul sekolah menengah

perbincangan kumpulan pembina modul sekolah menengah

Ahli kumpulan saya pembina modul sekolah menengah



Swafoto dengan kekanda kekanda guru kaunseling cemerlang


 

Telegram Channel