23 August 2017

Proses Dokumentasi Power Point KIK





Hari ni kami ke SK Puchong 2 pula di Selangor. Iaitu sekolah di mana fasilitator KIK kami iaitu guru besar sekolah ini Pn Maznah bertugas. Hari ini perjumpaan intensif dgn fasilitator untuk membimbing mengenai setiap slaid KIK kami dari proses pengenalan hingga ke tindakan penyeragaman. Kami diberi soalan bertalu talu dan jika ada yg kami tersekat sekat menjawabnya bermakna ada proses yg tertinggal . Tools yg digunakan diperiksa sama ada sesuai untuk tidak dlm permasalahan kami. Hari ni, dari 7 ahli menjadi 5 ahli shj memandangkan Kak Raudzah tidak sihat dan Kak Sharin ke kursus wajib di tempat lain.
Agak lelah membuat projek ini. Saya betul betul duduk dihadapan papan pemancar untuk menghadam setiap proses. Kebetulan hari ini selain dari bimbingan dari Pn Maznah, timbalan pengarah BPSK KPM turun padang sendiri dan memberi input yg berguna. Hampir 3 jam direct bimbingan, saya start letih minda.
di slaid 68..huhu minda dah letih dan ngantuk. Lepas lunch mmg lagi out..huhu. So jalan jalan tgk sekolah yg cantik ini.

Pkl 3.30 satu pasukan bersurai krn dinasihati oleh fasilitator untuk bertanding tahun hadapan sahaja untuk mengumpul lebih byk impak dan oleh krn mereka baru sahaja bermula maka mereka menggunakan tools KIK Horizon Baru. Manakala kami pula menggunakan format KIK yg lama . Pukul 4.30 kami pula bersurai dan kami greet each other dgn pasukan yg lain juga agar dapat bersama sama berjaya dalam saringan awal ini nanti yg akan diketahui minggu kedua september. Good luck to us.



#Congrats to my bff Waty
For your newborn 
Wow...for our age :)
































 

Telegram Channel