30 October 2017

Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan 2017

Cuaca yg baik untuk bertolak ke Johor pagi ini. Seawal pukul 7 pagi kami bertolak dari sekolah menuju ke University Netherland di  Gelang Patah, Nusajaya untuk pertandingan Amalan Disiplin Terbaik Peringkat Kebangsaan. Percubaan pertama saya untuk join pertandingan kategori ini dgn bergabung dgn setiausaha HEM sekolah untuk program SUIT Sahsiah Unggul Individu Terbilang.
Tetapi dengan kekuatan 3 ahli kali ini iaitu Kak Raudzah, Nafsah dan saya.
Sayu lak teringat Rozi yg tidak sihat untuk ikut serta dan Padali yg telah berpindah di KPM. Tahun ini kami menaiki bas yg disewa dgn perkongsian sewa bas dgn sekolah dan JPN.
Tiba di sana dah pukul 1 tengah hari. Kami set up booth kami dengan menggunakan saiz meja yg disediakan shj tanpa extend apa yg patut. Mujur kak Raudzah bawa dua anaknya yg menumpang bas ke Johor untuk balik ke kampung, bolehla guna tenaga anak lelakinya mengangkut apa yg patut di tingkat 1 pameran untuk amalan disiplin kebangsaan.
Dengan bermodalkan piala piala kemenangan kami yg releven, inovasi modul spot suit menangani murid berisiko keciciran sekolah, dokumentasi program SUIT sekolah, kajian tindakan yg dijalankan sepanjang 2012 hingga 2017, serta hiasan seperti jubah graduasi, rama rama membuatkan booth kami antara booth yg cute je tanpa extend.
Taklimat pengundian dijalankan dan waaaa....mendapat undian nombor yg paling saya tak nak iaitu nombor 1. Semua orang bersorak pada saya..malula pulak.
Pameran diadakan hingga pukul 5 petang dan kami check in hotel pada pukul 6 petang dgn keletihan.

# JDT...we are coming.




















 

Telegram Channel