Bengkel Profesionalisme KLCA atau dikenali sebagai Persatuan Kaunseling Pendidikan Kuala Lumpur. Nama asalnya Persatuan Kaunseling Pelajaran Kuala Lumpur maka urusan cek dan letterhead pun begitu maklumlah sewaktu ditubuhkan dahulu Pendidikan dikenali dgn Pelajaran sebelum ditukar ke Pendidikan semula. Program 2 hari di D'fini Cottage Sungai Buloh yg sejukkkkk dan nyaman serta menenangkan sekali. Terbaik...tempat kursus ni dan mkn mkn mkn.
Saya memperkenalkan team saya AJK Biro Profesionalisme KLCA yg akan mengendalikan seminar dan bengkel profesionalisme yg diketuai oleh Pn Lee Nyit Har, Cik Chai, Kak Rashidah dan saya sendiri selaku penyelaras program :)
Saya kongsikan kertas kerja seminar Profesionalisme Guru Kaunseling yg saya akan adakan pada bulan Mac nanti.
SEMINAR
PENINGKATAN PROFESIONALISME
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
WILAYAH
PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
1.0 PENDAHULUAN
2018 merupakan gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia iaitu memacu sistem pendidikan bagi mencapai objektif Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Antara objektif PPPM ialah memahami prestasi
dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia. Oleh itu perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling perlu ditadbirurus sebagai satu sistem sokongan untuk
perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah mencapai PPPM tersebut pada
tahun 2025. Dengan anjakan keenam transformasi pendidikan menerangkan mengenai
keupayaan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah
untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Makan dengan
anjakan inilah, maka program Seminar Peningkatan Profesionalisme Guru Bimbingan dan Kaunseling 2018 dijalankan bagi memperkasakan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah – sekolah daerah Pudu. Seminar
ini merupakan satu program murni Persatuan Perkhidmatan Kaunseling Pelajaran
Kuala Lumpur ( KLCA ), Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Kuala Lumpur
(MGKKL) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk
meningkatkan kompetensi guru Bimbingan dan Kaunseling dalam perkhidmatan
menolong di sekolah.
2.0 RASIONAL
Seminar ini dilihat sebagai satu inisiatif dalam program
perkembangan profesional berterusan para kaunselor sama ada sebagai guru
kaunseling atau pegawai kaunselor di peringkat PPD mahu pun di JPN. Matlamat seminar
untuk membitarakan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling merupakan langkah yang
sangat penting dan memerlukan komitmen Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam meningkatkan
teknik kaunseling dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan menimba ilmu
dalam menghasilkan program berimpak tinggi melalui kemahiran berfikir inovatif
dan kreatif.
3.0 MATLAMAT
Seminar Peningkatan
Profesionalisme Ke Arah Transformasi Guru Bimbingan Dan Kaunseling 2018 ini
bermatlamat untuk mencapai objektif yang telah dirancang dalam melahirkan Guru
Bimbingan Dan Kaunseling yang kompeten dan mampu meneruskan kecemerlangan ke peringkat yang
tinggi.
4.0 OBJEKTIF
- Meningkatkan kompetensi peserta dalam bidang kemahiran
Bimbingan dan Kaunseling dan kemahiran sesi kaunseling.
- Memberi pendedahan dan penyaluran ilmu kepada
peserta mengenai aplikasi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
untuk menangani cabaran permasalahan disiplin sekolah dan masyarakat masa
kini.
- Meningkatkan penghasilan program berimpak tinggi
yang dapat memotivasikan diri murid , meningkatkan daya juang , daya tahan
dan daya saing dalam diri murid.
- Memberi ruang dan peluang kepada peserta seminar
untuk berinteraksi dan berkomunikasi serta bertukar pendapat dan
pengalaman dalam mencapai kecemerlangan.
5.0 TARIKH
12 dan 13 Mac 2018
6.0 TEMPAT
Dewan Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
7.0 ANJURAN
Persatuan Kaunseling
Kuala Lumpur ( KLCA )
Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Kuala Lumpur (MGKKL)
Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
8.0 SASARAN
400 Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Menengah dan
Sekolah Rendah Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur
9.0 ATUR CARA
MAJLIS
Hari
Pertama :
12 Mac 2018
7.30 – 8.00 pg Pendaftaran Peserta Seminar
(
Sarapan pagi diedarkan semasa mendaftar )
8.00 – 8.30 pg Kata
alu-aluan Pengerusi Majlis
Taklimat Program
Bacaan Doa
8.30
– 9.30 pg Sistem Hala Tuju Murid Ke IPT Selepas SPM oleh
Uni
Enrol Sdn. Bhd
9.30
– 9.45 pagi Rehat
9.45 – 11.15 pagi Ceramah Seksualiti Remaja Oleh
Puan Amalina Zulkefly
selaku Pegawai Psikologi, Hospital Sungai Buloh,
Selangor.
11.00 – 1.00 tgh Mesyuarat Agung MGKKL
1.00 - 2.00 ptg Makan tengahari dan Solat
2.00 - 3.30 ptg Teori REBT: Aplikasi Dalam Sesi
Kaunseling Di Sekolah oleh En
Mohd Yusoff B Ahmad
3.30 petang Bersurai
Hari Kedua 13 Mac 2018
7.30 – 8.15 pg Pendaftaran Peserta Seminar
(
Sarapan pagi diedarkan semasa mendaftar )
8.15 – 9.30 pagi Pengurusan Perkhidmatan
Kaunseling Dan Peranan Kaunselor
Dalam PIMA oleh Pn See Hong Eng Dan Pn
Suriani Bt Mahmad dari SMK Bukit Rahman Putra, Selangor.
9.30 – 9.45 pagi Rehat
9.45 – 11.15 pagi Perancangan Strategik Perkhidmatan
Kaunseling &
Borang Keberhasilan Guru Kaunseling oleh Pn Nor Salehan
Bt Harun Nazir Kanan, JNJK WPKL
11.15 – 1.00 ptg Majlis Perasmian Seminar
Profesionalisme Guru Bimbingan
Dan Kaunseling WPKL 2018 oleh Pengarah
JPWPKL : Puan Rusni Bt Ab Jalil, KMW
1.00 – 2.00 ptg Makan Tengah hari/ Solat Zohor
2.00 – 3.30 ptg Mesyuarat Agong KLCA
3.30 ptg Bersurai
10.0 JAWATANKUASA
INDUK
Penasihat :
Puan Rusni Bt Abdul Jalil, KMW
Pengarah Pendidikan, JPWPKL
Pengerusi :
Cik Rosnah Bt Abdullah
Timbalan
Pengerusi : En Azhar Bin Hj Mohd Razali
Timbalan
Pengerusi 2: En Rofii Bin Husein
Naib
Pengerusi : En Ahmad Subhi Marzuki
Bin Che Abd Razab
Setiausaha : Pn Noorlia Bt Arshad
Bendahari : Pn Ang Yoke Yan
Penyelaras
1 : Pn Nurhaiza Bt Che Mat
Penyelaras
2 : En Che Mohamad Padali Bin
Che Mat
JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi :
Cik Rosnah Bt Abdullah
Timbalan
Pengerusi : En Azhar Bin Hj Mohd Razali
Timbalan Pengerusi 2: En Rofii Bin Husein
Naib
Pengerusi : En Ahmad Subhi Marzuki
Bin Che Abd Razab
Setiausaha : Pn Noorlia Bt Arshad
Naib Setiausaha : Pn.
Azidah Bt Amran
Bendahari : Pn.
Ang Yoke Yan
Penyelaras 1 : Pn Nurhaiza Bt Che Mat
Penyelaras 2 : En Che Mohamad Padali Bin Che Mat
AHLI JAWATANKUASA KERJA DAN
BIDANG TUGAS
J/KUASA
|
NAMA
|
BIDANG
TUGAS
|
|
Urusetia
|
Pn Azidah Bt
Imran
Pn Noorlia Bt
Arshad
|
Draf surat
menyurat iaitu:
Surat
pelantikan AJK
Surat jemputan
perasmi melalui JPWP
Surat jemputan
penceramah melalui JPWP
Surat panggilan
menghadiri kursus.
Menyelaras
semua urusan perjalanan program dll.
|
|
Sambutan dan Teks
Ucapan
|
En Rohaidatul
Akhmal Bin Rosedi
Pn Nor Ayu Bt Adni
Puan Hanita Bt
Ahmad Basri
En Mohd Harith B
Mohd Rahim@Mohd Noor
|
Menyambut
kedatangan pengarah bersama pegawai pegawai JPN dan PPD
Menyediakan
teks ucapan pengarah dan pengerusi
|
|
Aturcara
Pentadbiran,
Majlis perasmian
|
Pn. Manjula A/P
Thiruvengadam
Pn Katinah Bt Mat
Dom
Tn. Hj Radzaki Bin
Salleh
|
Memantau
perjalanan majlis perasmian secara keseluruhan agar aktiviti yang dirancang
berjalan lancar.
Memberi arahan yang
jelas kepada AJK Kerja yang berkenaan jika berlaku masalah yang akan
menjejaskan kelancaran majlis.
Menyediakan aturcara majlis pembukaan/penutup
|
|
Pendaftaran
dan Fail
Sijil dan
Cenderamata
|
Pn Norhuda
Abdul Aziz
Pn Nabira Bt
Mohd Shah
Pn Rosmaria Bt Mat
Daud
Cik Nur Fatin
Athira Bt Zaini
Pn Liew Siew Fong
|
Menyediakan borang
pendaftaran kehadiran peserta.
Menyediakan fail
peserta.
Mengambil
kedatangan peserta program sesi pagi dan petang.
Mendapatkan sijil
daripada Unit HEM dan kenali maklumat yang perlu tertera di sijil dan hantar
semula untuk ditandatangani oleh Pengarah.
Menyediakan
cenderamata untuk VIP dan penceramah.
Menyediakan
peralatan/dulang/alas meja dll yang diperlukan untuk majlis penyampaian
cenderamata.
Koordinasi dengan
AJK ceramah.
|
|
Ceramah
|
Pn Lee Nyit Har
Cik
Rashidah Bt Ibrahim
Pn
Nurhaiza Bt Che Mat
|
Mengenalpasti
penceramah dan menghubungi serta disusuli oleh surat.
Melantik
pengerusi dan pencatat setiap ceramah.
Memastikan
penceramah hadir pada masa dan masa yang telah ditetapkan.
Koordinasi
dengan AJK cenderamata dan jamuan.
|
|
Buku program
|
En Ahmad Subhi
Marzuki B Che Ab Razab
En Che Mohamad
Padali B Che Mat
|
Menyediakan Buku
Program.
Mendapatkan tajaan
untuk Buku Program.
Mendapatkan
sebutharga Buku Program.
Mencetak Buku
Program
|
|
Jamuan/
makan
|
Pn Nor Syazleen Bt
Zulkipli
Pn Madiha Sarah Aisyah
Bt Mansor
Pn Siti Salwa Bt Hj
Hashim
Pn Tay Siok Ean
Pn Kamatchi A/P
Yeerapathran
|
Menentukan tempat
dan menu berdasarkan bajet.
Menguruskan makan
dan minum AJK.
Menguruskan makan
dan minum penceramah dan VIP.
Menguruskan
makan dan minum peserta.
Membuat anggaran
perbelanjaan.
|
|
Keselamatan,
Kebajikan dan Kebersihan
|
En Che Zanusi Bin
Che Ab Hadi
En Mohd Lotfi B
Yaakob
Pn Latifah Hashim
Pn Norhayati Bt.
Mohamad
|
Memastikan peserta
kursus mendaftar dengan selesa.
Menghubungi tuan
rumah dan berbincang tentang kawasan letak kereta peserta.
Menyelaraskan
kebersihan kawasan tuan rumah sepanjang kursus.
|
|
Persiapan Tempat,
backdrop, Peralatan, teknikal
dan siaraya,
Tayangan Multimedia
|
En Zamzami Bin
Ismail
En Wan Mohd
Amin Bin Wan Hassan
En Mohd Hasnizam B
Udin
En Sufian B Ahmad
En Faizal Bin
Mohamed
|
Menyediakan
backdrop, pentas dan dewan.
Menyelaras penyusunan
dalam dewan.
Menyediakan
tayangan multimedia
Menyediakan
semua peralatan mengikut keperluan semasa.
Menyedia dan
memastikan PA sistem berfungsi dengan baik.
|
|
Tajaan
|
Pn Kang Kooi Li
Pn Tan Su Im
Cik Chai Chian
Rou
|
Mendapatkan
sumbangan tajaan doorgift
|
|
Pelaporan,
dokumentasi,
Penilaian dan
fotografi
|
En Abd Hamid Bin
Selamat
Pn Fazilah Bt
Hashim
Pn Rashidah
Bt. Ramlan
Pn Wan Normala Bt
Wan Ali
|
Membuat liputan
sepanjang program.
Mengambil
gambar dan membuat laporan untuk dokumentasi.
Mengambil gambar
video.
Menyedia dan
membuat analisa borang penilaian
.
|
|
Juruacara majlis
|
Pn
Norshamshena Daud
En. Mohd Azni b. Abu Hassan
|
Mengacarakan
majlis.
Menyediakan teks
pengacara majlis.
Mengenalpasti
penceramah.
|
|
Pembaca doa
|
En Mohd Asri B Che
Mat
|
Membaca doa sebelum
majlis bermula/perasmian pembukaan/penutup.
|
|
Persiapan Mesyuarat
Agong MGKKL
|
Pn. Nurul Nadiah Bt Maruziki
Pn. Noor Hafiza Bt Abdul Hamid
Pn Shamini Devi a/p Karuppiah
|
Menyediakan Laporan
Mesyuarat Agung MGKKL
Membentangkan
laporan sewaktu Mesyuarat Agung MGKKL
|
|
Persiapan Mesyuarat
Agong KLCA
|
Pn. Noorlia Bt
Arshad
Pn. Azidah Bt Imran
Pn. Ang Yoke Yan
Pn Yip Foong Kheng
|
Menyediakan Laporan
Mesyuarat Agung KLCA
Membentangkan
laporan sewaktu Mesyuarat Agung KLCA
|
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Makanan peserta RM 15.00 x 400
peserta x 2 hari RM 12,000.00
Sagu hati RM 500.00 x 2 orang RM 1,000.00
RM 150.00
x 6 orang RM 750.00
RM 200.00
x 1 orang RM 200.00
RM 150 x 5 orang RM 750.00
RM 2,100
Cenderamata Perasmi RM 100.00
Cetakan Buku Penyata RM 1,000.00
Cetakan Buku Program RM 1,000.00
Sijil RM
1.00 x 500 RM 500.00
Bunting RM 300.00
Dokumentasi RM 200.00
Dewan Besar RM 3,300.00
Doorgift RM 5.00 x 400
orang RM 2,000.00
JUMLAH BESAR RM 22,500.00
SUMBER PENDAPATAN
Yuran Penyertaan
Ahli seumur hidup 100 x RM 40.00 RM 4000.00
Peserta 300 x RM 60.00 RM 18000.00
Sumbangan MGKKL RM 500 .00
JUMLAH BESAR RM 22, 500.00
Disediakan oleh,
( Nurhaiza Bt Che Mat )
D'fini Cottage, Sungai Buloh
Menyamankan dan mendamaikan
Team Publisitu |
Team Kebajikan |
Team Ekonomi |
Sesi Pembentangan Kertas Kerja Seminar Dan Agihan Tugas oleh saya selaku penyelaras projek |
Barisan ahli GBK yang merupakan AJK KLCA Seumur Hidup yang dilantik mengelolakan seminar profesionalisme GBK Mac 2018 |
3 comments
di mana saya boleh dapatkan maklumat-maklumat program/workshop khas untuk kaunselor sekolah ? ada ke group whatsapp untuk kaunselor sekolah seluruh malaysia/negeri?
Salam
Kami mmg ada group whatsapp peringkat PPD, JPN dan Kebangsaan yg ahli guru kaunseling shj yg boleh menjadi ahli. Jika anda ingin mengetahui kursus boleh tengok facebook lembaga kaunselor malaysia atau facebook PEKA persatuan kaunselor pendidikan
Hello there, just became aware of your blog through Google, and
found that it is truly informative. I am going to watch out for
brussels. I'll be grateful if you continue this in future.
Numerous people will be benefited from your writing.
Cheers!