Salam Hari Wilayah.
Bersantai sambil scroll Jurnal Bahagian Psikologi Kaunseling kali ke 8/2017.
Bersantai sambil scroll Jurnal Bahagian Psikologi Kaunseling kali ke 8/2017.
Mendapat maklumbalas tahun lepas dari urusetia BPSK yg memaklumkan bahawa 'jurnal saya diterima untuk penerbitan dgn sedikit pindaan" ulasan pada rekod maklumbalas artikel jurnal saya yg ditandatangani oleh pemeriksa bertaraf doktor falsafah. Pengalaman baru bagi saya melihat item item penting yg dinilai dan diberi komen pada setiap point artikel tersebut sama ada perenggan tersebut mantap, atau ada perenggan yg perlu diperbaiki dgn sokongan kenyataan literature review atau data yg menyokong kenyataan saya atau ada perenggan yg perlu dimurnikan. Malahan tajuk saya yg ringkas akhirnya menjadi panjang dan lebih spesifik. Setiap perenggan diberi komen dan ia adalah satu pengalaman yg baru untuk dipelajari memandangkan saya lebih cenderung kpd kajian tindakan berbanding penulisan jurnal.
Disini saya kongsikan penulisan jurnal saya selain dari anda boleh klik link di atas untuk melihat artikel org lain juga.
MENGURANGKAN
BILANGAN MURID BERISIKO KECICIRAN SEKOLAH MELALUI INTERVENSI MODUL PENDEKATAN
PSIKOLOGI KAUNSELING
Nurhaiza Bt Che Mat
SMK Cheras, Kuala
Lumpur,56000, WPKL
nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com
ABSTRAK
Artikel ini bertujuan mengenalpasti keberhasilan
impak meningkatkan kehadiran murid ke sekolah dan menangani masalah murid
berisiko keciciran dari sekolah melalui perlaksanaan modul menangani masalah
murid berisiko keciciran sekolah. Modul ini mula dijalankan pada tahun 2015
untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah dan menurunkan kadar murid
berisiko keciciran sekolah melalui intervensi Zoom In. Modul bersepadu
melibatkan guru tingkatan dan guru mentor melalui Zoom In Guru Tingkatan Dan
Mentor, intervensi ibu bapa melalui Zoom In Ibu Bapa dan intervensi murid
sendiri melalui satu sistem pengawalan iaitu Zoom In Murid. Manakala intervensi
SPOT Sistem Pemantauan Orang Tertentu telah dijalankan pada tahun 2016 untuk
menurunkan kadar murid berisiko tinggi iaitu murid murid yang pernah dibuang
sekolah dan keciciran dari sistem
persekolahan. Kajian ini mengaplikasikan
analisis data kuantitatif secara
deskriptif. Statistik deskriptif digunakan untuk mentafsirkan data. Objektif
kajian diuji menggunakan teknik peratusan. Teknik peratusan digunakan untuk
melihat peningkatan kehadiran murid ke sekolah. Statistik deskriptif min iaitu
bilangan jumlah digunakan untuk
menunjukkan pengurangan atau peningkatan. Berdasarkan modul yang
telah dijalankan, modul ini berjaya menurunkan kadar murid dibuang sekolah atau
menurunkan kadar murid berisiko tinggi keciciran sekolah dan meningkatkan
kehadiran murid ke sekolah. Dapatan kajian ini menunjukkan perlunya ada satu modul
yang sistematik dalam menguruskan murid berisiko keciciran sekolah terutama di
bandar yang mempunyai peratus murid keciciran yang tertinggi. Modul ini sebagai
alternatif untuk guru bimbingan dan kaunseling menjalankan intervensi
menguruskan murid berisiko keciciran di sekolah.
Katakunci:
keciciran sekolah; intervensi guru kaunseling; modul kehadiran murid, ponteng
sekolah, buang sekolah
PENGENALAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025
telah berada di gelombang kedua memacu peningkatan sistem (2016 – 2020) . Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan
teras pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem pendidikan Malaysia secara
keseluruhan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Aspirasi
akses memerlukan 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada
prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020 . Oleh itu antara
inisiatif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menangani keciciran
murid ialah melaksanakan inisiatif peningkatan akses daripada prasekolah hingga
menengah atas, meneruskan sokongan pendidikan sedia ada termasuk bantuan
asrama, pengangkutan, Rancangan Makanan Tambahan, Susu 1Malaysia, dan bantuan
persekolahan, menubuhkan jawatankuasa pemandu dan jawatankuasa teknikal bagi
menangani dan memantau isu keciciran murid, pengumpulan data murid berisiko
cicir di sekolah rendah dan menengah. Berdasarkan surat siaran Kementerian
Pendidikan Malaysia Bilangan 12, tahun 2012 mengenai perekayasaan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah, KPM telah menggariskan 4 fokus untuk
penekanan guru bimbingan dan kaunseling. Antaranya ialah peningkatan disiplin
murid dengan fokus adalah untuk memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi
yang perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala
disiplin dan anti sosial yang lain. Hasilnya agar dapat membentuk perwatakan
murid yang berketrampilan dan terpuji.
Tujuan Kajian
Kajian
ini bertujuan untuk mengurangkan bilangan murid ponteng sekolah dan seterusnya
mengurangkan bilangan murid dibuang sekolah menggunakan modul pendekatan
psikologi kaunseling yang sistematik.
Objektif Kajian
Sehubungan
dengan itu, penyelidik menyediakan satu model menguruskan murid berisiko
keciciran ke sekolah bagi diaplikasikan pengurusan menangani murid yang pernah
mendapat surat amaran tidak hadir ke sekolah dengan objektif:
1)
Melihat impak peratus kehadiran murid ke sekolah melalui pendekatan psikologi
dan kaunseling
2)
Agar dapat mengurangkan tingkah laku ponteng bagi murid berisiko tinggi
keciciran iaitu murid yang pernah dibuang sekolah dan penerima surat amaran ketidakhadiran sebelum dibuang
sekolah dengan penggunaan kad SPOT (Sistem Pemantauan Orang Tertentu).
3)
Agar dapat memberikan ganjaran kepada murid yang telah menunjukkan perubahan
yang baik dalam sahsiah mereka dan seterusnya mempengaruhi rakan sebaya lain
agar meningkatkan kadar kehadiran murid ke sekolah.
Persoalan Kajian
Berdasarkan
daripada objektif kajian yang dinyatakan di atas, maka tiga persoalan dibina
seperti berikut:
1)
Apakah modul Zoom In dan SPOT dapat
meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah ?
2)
Apakah modul Zoom In dan SPOT dapat mengurangkan bilangan murid ponteng sekolah?
3)
Apakah modul Zoom In Murid dapat meningkatkan
kehadiran penuh murid ke sekolah?
Kepentingan Kajian
Pada
10 Januari 2016, [FS1] artikel Berita
Harian menyiarkan mengenai Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid
memaklumkan bahawa faktor yang menyebabkan kadar kehadiran murid yang rendah,
di sekolah kawasan yang mempunyai ramai penduduk golongan berpendapatan rendah
seperti berdekatan dengan Projek Perumahan Rakyat (PPR). Kebanyakan sekolah
yang mempunyai kadar ponteng tinggi terletak di kawasan sedemikian dengan kadar
kehadiran murid ke sekolah sekitar 87 % sahaja. Pengkaji berada di sekolah yang
majoriti murid datang dari kawasan PPR,
malahan sekolah yang berada di ranking bawah peratus kehadiran murid dan kadar
keciciran yang tinggi di Kuala Lumpur ialah
sekolah yang berhampiran dengan PPR yang menyebabkan pengkaji berminat
untuk menjalankan kajian yang dapat membantu menangani murid cicir berisiko
tinggi dan sederhana melalui pendekatan dari guru bimbingan dan kaunseling.
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras merupakan sebuah sekolah di tengah bandaraya Kuala
Lumpur yang berhampiran dengan Projek Perumahan Rakyat. Berdasarkan Bengkel Intervensi Menangani
Masalah Kehadiran Murid Di Sekolah Bagi Guru Kaunseling Dan Guru Disiplin
Sekolah Sekolah di Kuala Lumpur untuk sekolah yang mempunyai kehadiran murid
yang rendah di Kuala Lumpur yang dijalankan pada awal tahun 2017, pengkaji
mendapati majoriti sekolah yang terlibat dalam kategori kehadiran murid ke
sekolah di bawah 87[FS2] %, sekolah
tersebut tidak mempunyai model yang sistematik dalam menguruskan masalah
ketidakhadiran murid di sekolah. Guru kaunseling juga tidak mempunyai proses
kaunseling dan intervensi yang sistematik. Intervensi yang dijalankan hanyalah
merangkumi intervensi dalam jangka masa pendek iaitu sesi kaunseling sama ada
individu dan kelompok, dan bukannya proses jangka masa panjang dalam tahun
semasa yang melibatkan pemulihan dan pemantauan secara bersepadu. Oleh kerana
Kuala Lumpur mempunyai kadar kehadiran dan keciciran yang tinggi berbanding
negeri lain, maka isu keciciran adalah isu yang serius di Kuala Lumpur. Malahan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) meletakkan indeks petunjuk prestasi (KPI)
kehadiran murid ke sekolah sebagai fokus utama dalam Transformasi Pendidikan
Daerah. Oleh itu penyelidik menjalankan kajian dengan berfokuskan kepada bulan
Januari hingga September pada tahun 2015 – 2016 iaitu bulan pengajaran dan
pembelajaran aktif dijalankan.
Teori Berkaitan
Pendekatan
teori berdasarkan Teori Pelaziman Skinner.
Menurut Sapora Sipon dan Ruhaya Hussin (2008), teori ini merupakan satu proses
pembelajaran yang melihat satu tingkah laku itu dapat mengubah konsekuan secara
sistematik. Ia digunakan untuk pengukuhan
positif berdasarkan prinsip meningkatkan
tingkah laku yang positif kerana adanya ransangan. Bentuk bentuk
pengukuhan positif ialah hadiah, dengan pujian dan kata – kata positif untuk
mengukuhkan tingkah laku yang positif seperti memberi ganjaran setelah
perlakuan berulang/ diperkuatkan atau memberi ucapan tahniah dan kata – kata
jika tingkah laku adalah positif. Pengukuhan negatif ialah meransang serta
merta perasaan yang tidak selesa. Murid rasa tidak selesa, segan dan sedaya
upaya tidak mengulangi tingkah laku yang negatif.
METADOLOGI KAJIAN
Persampelan
Kajian ini merupakan kajian populasi yang melibatkan
keseluruhan murid di SMK Cheras manakala kajian SPOT melibatkan populasi murid
tingkatan 5 yang mempunyai lebih dari dua masalah iaitu masalah ponteng sekolah
tegar dan juga masalah disiplin lain yang berat.
Tatacara Kajian
Modul
ini dibina dan direalisasikan dalam bentuk intervensi Zoom In dan intervensi SPOT (Sistem Pemantauan Orang Tertentu).
1. Model Intervensi Zoom In Kelas
Nama program : Zoom
In Kelas Berdasarkan Peningkatan Kehadiran
Matlamat
: Mengenal pasti kategori kelas
cemerlang, harapan dan lonjakan melalui kadar peratus kehadiran
murid pada setiap bulan
Strategi : Ganjaran dan Motivasi
Objektif :
1)
Agar dapat mengenal pasti kelas yang
menyumbang kepada peratus kehadiran pelajar yang rendah untuk diambil tindakan
segera manakala kelas yang menyumbang peningkatan kehadiran murid yang tinggi
untuk disampaikan ganjaran
2) Agar dapat memberikan ganjaran kepada guru
tingkatan dan mentor guru
tingkatan yang dapat membantu meningkatkan kehadiran murid
di dalam
kelas mereka
3) Agar dapat membantu guru tingkatan yang
mempunyai peratus kehadiran
yang
rendah untuk merancang strategi Zoom In
Murid pula
Bil
|
Proses Kerja
|
Tanggungjawab
|
Sasaran
|
Catatan
|
1
|
Mesyuarat
Jawatankuasa
|
PK HEM
Semua guru
kaunseling
|
AJK UBK
AJK Disiplin
Semua guru
|
|
2
|
Mengenalpasti kelas yang
terlibat melalui buku kehadiran murid atau data
|
|
Semua kelas
|
Kehadiran kelas sebanyak 95%
sebanyak 7 kali akan di bawa ke lawatan
|
3
|
Merekodkan
kelas yang terlibat untuk dijalankan sesi motivasi dan ganjaran
|
Guru
kaunseling
|
Guru kelas dan
guru mentor
|
Kelas yang berada dibawah 87%
kehadiran ke sekolah
|
4
|
Menyampaikan
anugerah galakan bagi kelas yang terlibat
-Zoom In Cemerlang
95% kehadiran setiap bulan
-Zoom In Lonjakan
5% meningkat
kehadiran berbanding bulan lepas
-
Zoom
In
Harapan:
iaitu kelas yang sentiasa meningkat
kehadiran berturut-turut selama 3 bulan
|
PK HEM
Guru kelas
Guru
kaunseling
|
Kelas mencapai
95% kehadiran
Kelas yang
dapat meningkat 5% kehadiran berbanding bulan lepas
Kelas yang
dapat meningkat kehadiran selama 3 bulan berturut
|
Guru kelas dan mentor kedua
juga akan memperolehi sijil anugerah untuk diri sendiri berdasarkan anugerah
yang diperolehi oleh kelas masing-masing
|
2. Modul
Zoom In Murid
2.1 ) Nama Intervensi: Zoom In
Murid : Hati Ke Hati
Matlamat
: Mengenal pasti punca pelajar tidak hadir ke sekolah untuk diberikan bimbingan.
Objektif
: Agar dapat mengenal pasti pelajar yang menyumbang kepada peratus kehadiran ke sekolah yang
rendah untuk diambil
tindakan segera.
Strategi : Sesi kaunseling individu dan kelompok
Modul Intervensi
Zoom In Murid
Bil
|
Proses Kerja
|
Tanggungjawab
|
Sasaran
|
1
|
Mesyuarat
Jawatankuasa
|
PK HEM
Guru Kelas
Semua guru
kaunseling
|
AJK
|
2
|
Mengenalpasti pelajar yang
terlibat melalui buku kehadiran pelajar atau data
|
|
Murid yang menerima surat amaran
|
3
|
Menjalankan
sesi kaunseling kelompok dan Ujian DASS
|
Guru
kaunseling
|
Murid menerima surat amaran
|
4
|
Menjalankan
sesi kaunseling individu
|
PK HEM
Guru kelas
Guru
kaunseling
|
Murid menerima surat amaran
|
5
|
Merekodkan
status DASS dan sebab tidak hadir untuk diambil tindakan intervensi yang
bersesuaian
|
Guru
Kaunseling
|
Murid yang menerima intervensi
“Hati Ke Hati”
|
2.2 Nama
Intervensi: Zoom In Murid : Murid SPOT
(Sistem Pemantauan Orang Tertentu)
Matlamat
: Mengenal pasti punca pelajar berisiko tinggi keciciran tidak hadir ke sekolah untuk mengenal pasti
intervensi.
Objektif
: Agar dapat menurunkan kadar murid
berisiko keciciran dari sekolah.
Strategi : Sesi kaunseling individu dan kelompok dan
pemantauan total.
Sasaran : Murid berisiko tinggi keciciran iaitu murid
yang dikenalpasti kerana ponteng sekolah dan mendapat surat
amaran ponteng
berterusan
dan surat amaran ketiga malahan murid yang pernah dibuang sekolah kerana tidak hadir ke
sekolah.
Modul
Intervensi Murid Berisiko Tinggi
Keciciran
BIL
|
AKTIVITI
|
TINDAKAN
|
1
|
Murid
mendaftar masuk
|
Penyelaras
tingkatan
|
2
|
Sesi
kaunseling murid
|
Guru
kaunseling
|
3
|
Sesi
konsultasi ibu bapa
|
Guru
kaunseling
|
4
|
Menyerahkan
surat aku janji murid SPOT kepada murid
|
Guru
kaunseling
|
5
|
Menyerahkan
surat makluman kepada ibu bapa mengenai SPOT
|
Guru
kaunseling
|
6
|
Guru
kaunseling menyerahkan nama murid kepada guru disiplin dan guru tingkatan
|
Guru
kaunseling
|
7
|
Guru
kaunseling menyerahkan kad SPOT berwarna merah
|
Guru
kaunseling
|
8
|
Murid perlu
mendapatkan tandatangan daripada ketua guru disiplin/ guru kaunseling pada
masa 1 selama sebulan
|
Guru disiplin
|
9
|
Murid perlu
mendapatkan tandatangan pada setiap guru subjek selama sebulan
|
Guru mata
pelajaran
|
10
|
Guru subjek
bebas mencatat apa sahaja dalam buku catatan sama ada lewat masuk kelas,
tidak menyiapkan latihan, atau tidur dalam kelas, atau memuji murid kerana
menyiapkan buku latihan.
|
Guru subjek
|
11
|
Guru
kaunseling akan meletakkan nama murid sebagai murid SPOT dalam buku kawalan
kelas untuk pemantauan bersama guru mata pelajaran
|
Guru
kaunseling
|
12
|
Perjumpaan
sebulan sekali bersama pentadbir dan kemajuan sahsiah dan disiplin murid
bersama maklum balas dari kad SPOT
|
Pengetua/PK
HEM/ PK Petang
|
13
|
Murid yang
dipantau selama sebulan akan diberikan status berikut untuk bulan berikutnya:
Kad merah:Jika
tidak berpuas hati dengan kehadiran, lewat atau masalah salah laku murid
Kad kuning: Jika
terdapat perubahan yang lebih baik dari aspek kehadiran, lewat atau masalah
salah laku
Kad
hijau:Kehadiran ke sekolah yang cemerlang dan lewat ke sekolah kurang 3 kali
sebulan dan tiada masalah salah laku.
|
Guru
kaunseling
|
14
|
Tindakan
susulan dengan ibu bapa murid SPOT
bagi kes kad merah yang berterusan
|
Guru
kaunseling
|
15
|
Ganjaran
berbentuk sijil dan hadiah iringan setiap 3 bulan akan diberikan kepada murid
yang menerima kad kuning atau kad hijau sahaja
|
Setiausaha Hal
Ehwal Murid
|
3.0 Modul
Intervensi Ibu Bapa Murid Berisiko Keciciran
Zoom In Ibu Bapa
Matlamat : Mendapatkan maklumat dari ibu bapa
mengenai punca murid tidak hadir ke sekolah dan seterusnya
menjalinkan kerjasama dengan ibu bapa untuk membantu menangani
permasalahan murid.
Strategi :
Konsultasi keibu bapaan bersemuka, telefon dan lawatan ke rumah
Objektif :
Agar dapat mengenal pasti kerjasama bersama ibu bapa bagi murid yang
menyumbang kepada peratus kehadiran ke sekolah yang rendah untuk diambil
tindakan segera.
Intervensi
Konsultasi Keibubapaan
Bil
|
Proses Kerja
|
Tanggungjawab
|
Sasaran
|
1
|
Mesyuarat
Jawatankuasa
|
PK HEM
Guru Kelas
Semua guru
kaunseling
|
AJK
|
2
|
Mengenalpasti
ibu bapa murid yang terlibat melalui buku kehadiran murid atau data
|
Guru Kelas
Guru Mentor
|
Ibu bapa murid berisiko
|
3
|
Konsultasi ibu
bapa bersemuka
di sekolah
|
Guru
Kaunseling
|
Ibu bapa yang dapat dihubungi
|
4
|
Talian Kasih
bagi ibu bapa
iaitu
menghubungi ibu bapa melalui telefon
Cakna Kasih
iaitu projek lawatan ke rumah
|
Guru
Kaunseling
|
Ibu bapa dihubungi dengan
telefon dan lawatan ke rumah
|
Analisis Data
Kajian ini mengaplikasikan analisis data kuantitatif secara deskriptif. Statistik
deskriptif digunakan untuk mentafsirkan data. Objektif kajian diuji menggunakan
teknik peratusan. Teknik peratusan digunakan untuk melihat peningkatan
kehadiran murid ke sekolah. Statistik deskriptif min iaitu bilangan jumlah
digunakan untuk menunjukkan pengurangan
atau peningkatan.
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan
perlaksanaan modul menangani murid berisiko keciciran sekolah, maka dapatan
kajian telah diperolehi:
Jadual
1
Peratus
Kehadiran Murid Ke Sekolah Bagi
Januari
– September 2014 hingga Januari- September 2016
Tahun
|
Penggunaan
modul
|
Peratus
kehadiran
|
2014
|
(tiada
modul sistematik)
|
82
%
|
2015
|
(modul
diuji)
|
86
%
|
2016
|
(perlaksanaan
modul)
|
87%
|
Jadual
2
Bilangan
surat amaran ponteng sekolah dikeluarkan bagi
Januari–
September 2014 hingga Januari – September 2016
Tahun
|
Penggunaan
modul
|
Bilangan
surat amaran
|
2014
|
(tiada modul sistematik)
|
741
surat amaran
|
2015
|
(modul diuji)
|
409
surat amaran
|
2016
|
(perlaksanaan modul)
|
250
surat amaran
|
Jadual
3
Bilangan
murid tidak hadir ke sekolah hanya sehari dan hadir penuh bagi
Januari
– September 2014 hingga Januari – September 2016
Tahun
|
Penggunaan
modul
|
Bilangan
murid
|
2014
|
(tiada modul sistematik)
|
75
orang
|
2015
|
(modul diuji)
|
114
orang
|
2016
|
(perlaksanaan modul)
|
160
orang
|
PERBINCANGAN
Model intervensi mengurus murid
berisiko keciciran ini telah diuji pada tahun 2015 melalui pendekatan Zoom In manakala model SPOT mengurus
murid berisiko tinggi keciciran telah diuji pada tahun 2016 dan menunjukkan
impak yang tinggi terhadap peningkatan peratus kehadiran murid ke sekolah
berdasarkan Jadual 1, mengurangkan bilangan surat amaran ponteng dikeluarkan kepada
murid berdasarkan Jadual 2, dan peningkatan murid kehadiran penuh ke sekolah
berdasarkan Jadual 3. Berdasarkan Transformasi Pendidikan Daerah 2.0, Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) Bangsar Pudu telah meletakkan sekolah pengkaji sebagai
sekolah yang bermasalah kehadiran murid sejak tahun 2015. Berdasarkan Dialog
Prestasi sekolah-sekolah yang bermasalah kehadiran dengan PPD pada awal tahun
2017, pendekatan modul pengkaji telah menarik minat pegawai PPD untuk
dijenamakan dengan program REKRUT iaitu Rekod Kehadiran Untuk Tindakan. REKRUT
menggunakan pendekatan Zoom In yang
diperkenalkan oleh pengkaji. Maka modul ini disebarluaskan kepada sekolah –
sekolah di daerah Bangsar dan Pudu terutamanya kepada 42 sekolah rendah dan 17
buah sekolah menengah yang bermasalah kehadiran murid ke sekolah. Sumbangan
kajian ini penting untuk menunjukkan kepada guru bimbingan dan kaunseling dalam
menjalankan aktiviti dan intervensi klien menggunakan modul dan intervensi yang
betul untuk kes murid yang berisiko keciciran. Ini kerana Kementerian
Pendidikan Malaysia akan mengeluarkan garis panduan bagi menangani masalah
murid yang keciciran dan menerangkan
intervensi yang akan dilakukan oleh pihak yang berkepentingan di sekolah bagi
menangani masalah murid keciciran. Walau bagaimanapun intervensi modul untuk
pihak guru bimbingan dan kaunseling menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling
harus juga dibekalkan untuk panduan guru bimbingan kaunseling menjalankan
aktiviti sesi kaunseling kelompok atau individu dengan modul kaunseling
menangani masalah keciciran murid. Kebanyakan kajian tindakan dan aktiviti
sekolah memfokuskan model mengenai meningkatkan kehadiran murid ke sekolah
namun modul untuk meningkatkan kehadiran murid dan intervensi murid berisiko
cicir sederhana dan tinggi belum lagi diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Setakat ini modul kaunseling berfokus ponteng ada dibekalkan kepada
guru kaunseling yang umum untuk segala kes berkaitan murid ponteng seperti
ponteng sekolah, ponteng kelas, ponteng perhimpunan. Oleh itu, modul khas untuk
murid penerima surat amaran dua, tiga dan kes rayuan bersekolah semula adalah
perlu sebagai rujukan dan alternatif dalam menangani masalah murid berisiko
cicir terutama yang berisiko tinggi keciciran sekolah. Ini kerana apabila
kehadiran murid ke sekolah meningkat mendadak pada tahun 2014 ke 2015 tetapi
menunjukkan peningkatan yang perlahan pada tahun 2016, maka intervensi SPOT
dijalankan secara sampel kajian kepada murid berisiko tinggi keciciran tahun
2016 yang mengundang kepada kehadiran yang rendah dalam sesebuah kelas.
Intervensi SPOT ini memberikan impak yang tinggi terhadap kehadiran murid
berisiko tinggi di sekolah dan diaplikasikan sepenuhnya pada tahun 2017.
Melalui intervensi Zoom In Kelas, murid di dalam kelas akan
sentiasa bekerjasama bagi membantu kelas mencapai KPI yang disasarkan. Murid
juga akan lebih mengambil berat murid lain di dalam kelasnya yang tidak hadir
ke sekolah untuk memaklumkan kepada guru. Melalui intervensi Zoom In Guru Tingkatan Dan Mentor, maka
pelantikan mentor kedua akan dilantik. Dua orang guru yang akan bekerjasama
untuk mencari strategi membantu kehadiran murid kelas masing–masing terutama
yang berisiko keciciran. Melalui anugerah sijil penghargaan guru, memotivasikan
guru tersebut bagi membantu menguruskan kelasnya dengan lebih berkesan dengan
pemantauan kepada murid-murid tegar di dalam kelas tersebut. Ganjaran kelas
terbaik kehadiran pula, dapat meningkatkan tahap motivasi intrinsik dan
ekstrinsik murid untuk mengekalkan tahap kehadiran murid di dalam kelas dengan
cemerlang manakala slot ceramah motivasi kepada murid bagi kelas yang berada di
bawah peratus kehadiran yang tidak memuaskan diharapkan agar dapat menyuntik
motivasi mereka agar hadir ke sekolah.
Melalui Zoom In Ibu Bapa , ibu bapa dapat bekerjasama untuk memaklumkan
mengenai pergerakan anak dan tingkah laku anak yang boleh dibantu oleh guru kaunseling.
Ibu bapa juga perlu dilibatkan dalam kontrak agar dapat bertanggungjawab
terhadap pergerakan anak jika tidak ke sekolah. Melalui aktiviti Talian Kasih
dan Cakna, ia menunjukkan bahawa pihak sekolah akan bertindak sehingga ke rumah
murid bagi mengesan murid berpotensi keciciran sekolah. Ini kerana ada kes
surat amaran yang dihantar tidak diterima ibu bapa kerana murid sendiri yang
mengambil surat dari peti surat dan menyembunyikannya atau bertukar alamat
tanpa memaklumkan kepada guru, dan ada nombor telefon yang tidak dikemaskini
dan menyulitkan menghubungi ibu bapa. Aktiviti ini menyedarkan murid betapa
serius pihak sekolah mengambil tindakan dan dengan sendirinya murid yang tidak
mahu melibatkan ibu bapa, akan cuba hadir ke sekolah dan mengurangkan tingkah
laku ponteng berterusan atau tidak
ponteng ke sekolah lagi. Melalui pengetahuan guru kaunseling mengenai agensi
yang perlu dirujuk, maka guru kaunseling dapat membantu isu kekeluargaan untuk
ditangani oleh pihak lain yang lebih profesional.
Melalui Zoom In Murid, model ini sesuai digunakan bersama modul kesihatan
mental untuk menjalankan intervensi kepada murid. Guru kaunseling akan
menyentuh rumusan mengenai latar belakang keluarga, akujanji yang perlu
dipatuhi murid dan meneroka masalah sebenar untuk strategi yang akan datang.
Guru kaunseling akan membantu murid mengenalpasti sumber yang boleh didekatinya
untuk membantu merealisasikannya matlamat hidup dan bertindak terhadap masalah
sebenar yang menyebabkannya tidak hadir ke sekolah. Melalui bimbingan kerjaya,
murid dapat dibimbing untuk mengetahui bahawa terdapat pelbagai bidang akademik
dan kemahiran untuk melanjutkan pelajaran walau apa sahaja kelulusan akademik
murid tersebut. Yang penting, murid masih berada dalam sistem persekolahan dalam
usia yang sepatutnya mereka berada dalam sistem persekolahan. Dengan inovasi
penggunan Kad SPOT iaitu kaedah yang digunakan untuk mengawal tingkah laku
negatif murid di sekolah, maka murid sedar bahawa pergerakan deviannya akan terbatas kerana pemantauan total. Melalui
ulasan guru mengenai tingkah laku yg positif pada kad, ia akan memberikan
motivasi untuk mengukuhkan tingkah laku positif dan akan memperlahankan tingkah
laku negatif hingga terhapus terus.
KESIMPULAN
Rujukan
berdasarkan kepada laporan data keciciran murid di sekolah menengah tahun 2016
oleh Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia mendapati peratus murid berisiko cicir di Malaysia pada tahun 2016 ialah 9386 yang
mana, peratus murid sederhana risiko ialah
4264 murid dari 9386 murid yang meliputi 45.4 % murid cicir manakala
murid yang tinggi risiko keciciran di sekolah menengah adalah 402 murid yang
meliputi 4.3%. Selain itu, laporan pengumpulan murid berisiko cicir di sekolah
KPM pada tahun 2016 juga mendapati 4.3% murid sekolah menengah berisiko tinggi
untuk tercicir daripada sistem persekolahan. Faktor–faktor yang dikenalpasti sebagai penyumbang kepada
murid berisiko tinggi untuk tercicir ialah berpunca daripada faktor murid dan
faktor keluarga. Diharapkan dengan adanya modul menangani murid berisiko
keciciran di sekolah, keciciran murid dapat dikurangkan dengan menjalankan
intervensi ini di sekolah.
Cadangan
penambahbaikan bagi program ini ialah mempelbagaikan kategori ganjaran untuk
sahsiah dan disiplin murid, penyampaian anugerah sahsiah murid dijalankan
sebanyak dua kali setahun, memaparkan
wajah murid –murid dan data di papan kenyataan khas program bagi yang menerima
anugerah, dan ganjaran khas juga untuk guru yang memberikan komitmen terhadap
peningkatan sahsiah murid. Sekolah juga boleh mewujudkan konsep mentor- mantee
kepada murid –murid katergori SPOT iaitu
murid – murid berisiko tinggi di bawah jagaan barisan pentadbir.
BIBLIOGRAFI
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
(2016), Perangkaan Pendidikan
Malaysia 2016 .Penerbitan Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Gaitirie a/p Dewa Dasan. Perkongsian
Amalan Dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan
Kaunseling. Program Psikologikal
PRIME (ms57-75)
Majlis
Guru Kaunseling Kebangsaan.
Mizan Adiliah
Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar.2005, Kaunseling Individu Apa Dan Bagaimana. Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd
Modul
Kemahiran Kesihatan Mental (Remaja). Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan
Malaysia (2011)
Mohd Fadzil Che Din (2012). Pengenalan Kaunseling.Penerbitan Excellent
Mind Resources,Kelantan.
Sapora Sipon dan Ruhaya Hussin ( 2008). Teori Kaunseling Dan Psikoterapi.
Penerbit USIM
Ziauddin Sharuddin. Langkah Atasi
Ponteng Sekolah Di Ibu Kota. Berita
Harian, 10 Januari: 1
Selamat Hari Wilayah
Anak -anak Kuala Lumpur
Walau dimana jasad berada
KL tetap dihati