Puan Zurina GBK SMK Kubang Bemban, Kelantan
Terasa pening lalat hari ini langsung tidak tidur dari pukul 11.30 malam hingga 8.20 pagi kerana menyiapkan pelbagai tugasan kerja dan kerja rumah. Pukul 8.25 sahaja dalam flight MAS saya dgn mudahnya tertidur zzzzzzz..walau sejam lebih tetapi memadai.
Bergerak dgn teksi airport selama hampur 30 minit ke Pasir Mas iaitu di SMK Kubang Bemban diisi dengan perbualan dengan driver teksi yang pandai bercakap luar. Maklumlah saya tidak fasih bercakap Kelantan dan tidak faham biji butir percakapan perbualan jika bercakap loghat Kelantan.
Berada dalam kawasan kampung sekolah ini merupakan sekolah kluster kecemerlangan dengan bahasa Inggeris merupakan bahasa yg diwajibkan. Maka tidak hairanlah amalan terbaiknya berbunyi Bahasa Inggeris iaitu My CD Career Tag. Berjumpa sendiri dengan guru kaunselingnya Pn Zurina yang pernah bersama sama menyertai pertandingan Amalan Terbaik Kaunseling Kebangsaan tahun 2016. Saya lebih bernasib baik dgn team sekolah saya dari WPKL memperolehi johan amalan terbaik kaunseling peringkat kebangsaan tahun 2016 dan sekolah SMK Kubang Bemban ini memperolehi naib johan Amalan Terbaik Kaunseling Peringkat Kebangsaan Tahun 2016. Berada dalam satu bilik yang sama untuk pameran Amalan Terbaik asbab kami mengenali antara satu sama lain. Dan akhirnya hari ini direalisasikan untuk saya melawat sekolah ini. Kagum dengan semangat guru kaunseling ini menyertai amalan terbaik kaunseling wakil Kelantan dari tahun 2014 dan sekali lagi tahun 2015 tetapi gagal memasuki peringkat akhir. Tahun 2016 lebih cerah kerana akhirnya berjaya dinobatkan naib johan.
Keunikan Unit Kaunseling sekolah ini memperkenalkan konsep My CD lebih mudah untuk menyimpan profil kerjaya murid dgn kreatif malahan murid diberikan kebebasan menghias CD masing masing. CD tersebut bukanlah untuk digunakan dalam pemain CD tetapi hanya piring CD itu sahaja yg digunakan untuk maklumat misi, institusi dituju dan kerjaya idaman. Yg menambahkan nilai terhadap amalan terbaik ini ialah career tagging. Setiap murid akan menampal nama kerjaya pilihan masing masing di bawah tag nama murid pada bahagian baju seragam sekolah masing- masing.
Setiap murid dari ting 1 hingga ting 5 akan memakai career tag tersebut untuk memupuk minat kerjaya murid. Murid boleh menukar nama kerjaya masing masing sewaktu proses perkembangan kerjaya dari ting 1 hingga ting 5.
Happy birthday Kak Zuraiyah
Semoga dimurahkan rezeki berpanjangan
Gambat peserta dan urusetia
En Fattah GBK SMK Kubang Bemban
CD setiao murid untuk profil
Mision iaitu result yg ingin dicapai dan destiny iaitu institusi yg ingin dituju serta career impian. Pada CD itu akan dimasukkan dalam sampul . Sampul itu mengandungi biodata diri dan graf pencapaian diri.
Guru kaunseling SMK Kubang Bemban
Pn Zurina
Bilik kaunseling kelompok
Poster menyebarluas amalan terbaik