Total Pageviews

27 September 2018

Lawatan Penandaaras 28 PK HEM Dari Kuala Terengganu dan Kuala Nerus Trg.





Seperti temujanji yang telah dibuat hampir sebulan lepas dan direalisasikan hari ini dengan lawatan penandaaras PK HEM dari Kuala Terengganu dan Kuala Nerus Terengganu untuk mengadakan lawatan di sini . Saya dimaklumkan bahawa program ini diadakan dan dicadangkan oleh AJK mereka untuk mencari sebuah sekolah menengah harian biasa yg boleh dijadikan penandaaras untuk unit kaunseling dan unit disiplin mereka. 

Program ini diketuai oleh En   selaku Pengerusi Majlis Permuafakatan PK HEM Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu. 
Rombongan disambut oleh pasukan sapelele sekolah dan dibawa ke.bilik mesyuarat untuk taklimat program. 

Taklimat dimulakan oleh Pn Norazlinda selaku PK HEM mengenai pelan strategik HEM sekolah. 

Sewaktu giliran saya, saya menyampaikan amanat mengenai pentingnya hubungan PK HEM dengan guru kaunseling kerana sepatutnya ia menjadi hubungan sahabat yang baik kerana sahabat yang baik akan menyebabkan usaha san kerja tidak berkira. Yang penting apabila guru kaunseling menghadapi masalah, PK HEM orang pertama yg membantu membimbing mencari jalan keluar dan bukan lagi diperlekehkan ibarat hilang tempat bergantung. Saya bertuah sepanjang 19 tahun di SMK Cheras hubungan dengan semua PK HEM adalah baik dan suka membantu. Kemudian barulah saya membentangkan mengenai  program Zoom In, SPOT  dan e-klien antara inovasi yang mendapat anugerah. 

En Mohd Noor menyampaikan taklimat mengenai TOPAZ program lewat ke sekolah dan sesi soal jawab amalan disiplin sekolah.

En Ikhwan pula membentangkan mengenai program EUREKA iaitu ekspresi rekaan kelas abad ke 21. 

Lawatan ke sekitar sekolah dengan kelas kelas yg selalu memenangi kelas terbaik, SPBT, Unit Disiplin dan UBK. 












































Good luck and fight for yiur last paper
Merdeka! UPSR
Nurfarzana




No comments: