Pertandingan Amalan Terbaik Kaunseling Dan Disiplin WPKL 2018 dijalankan di SEGU College Kuala Lumpur nun di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Tempat yg paling saya elak untuk memandu kereta. Maka hari ini saya menaiki LRT dengan gigihnya untuk sampai ke sini. Dah lama tidak melintas jalan raya besar di kawasan yang sesak. Walauoun saya anak jati Kuala Lumpur tetapi melintas jalan raya masih lagi menjadi masalah utama bagi saya sejak di bangku sekolah lagi hahahahaha. Mujur lagi saya ditemani oleh Cikgu Murni, guru disiplin muda di sekolah saya dan dia sempat menarik saya setiap kali melintas jalan bila dia tengok saya teragak agak :)
Tahun ini menghadiri pertandingan dengan posisi yang berbeza iaitu sebagai juri wah memang senang hati betul berbeza 3 tahun berturut sebagai peserta pertandingan asyik kelam kabut sahaja di hari pertandingan. Hari ini saya ingin berkongsi mengenai pemenang top 3 amalan terbaik kaunseling sekolah rendah dan sekolah menengah peringkat JPWPKL.
Johan
Program Syukran The Project dari SM Agama WPKL ialah satu projek untuk menyebarkan kasih sayang melalui amalan bersyukur dan berterima kasih dalam kalangan warga sekolah. Melalui inovasi pokok syukran dan sticky note, rasa berterima kasih diucapkan melalui tulisan..Album sticky note syukran dan instagram juga diwujudkan untuk dokumentasi bertulis dan boleh dirujuk oleh murid.
Tempat kedua: SMK Setapak Indah
Liga Kehadiran
Cara yang kreatif dalam menarik minat murid ke sekolah ialah dengan memperkenalkan Liga Kehadiran seperti perlawanan bola sepak. Maka kelas kelas akan bersaing melalui penentuan mata seperti perlawanan liga bola sepak dengan kemenangan kepada peratus terbaik kelas tersebut untuk mendapatkan ganjaran.
Tempat Ketiga: SMK Desa Tun Hussin Onn mempertaruhkan mengenai kehadiran ke sekolah dengan amalan alert kehadiran ke sekolah setiap hari dan tindakan pantas untuk terus mengesan murid yang tidak hadir memberikan impak peratus kehadiran terbaik. Melalui projek Ever Ready
Amalan Terbaik Kaunseling Rendah
Johan: SK Taman Bukit Maluri
Wow projek keceriaan dan kebersihan tandas yang samgat memberikan impak melalui program Bobo's Stick.. UBK penggerak utama dalam meningkatkan sahsiah murid dalam penjagaan tandas.
Naib Johan : SK Desa Tasik
Program PRS sekolah rendah yang menarik telePRS di mana psikometrik komunikasi PRS meningkat dengan menjalankan silaturrahim dan komunikasi alam maya dengan 5 buah sekolah termasuk dari Indonesia, Singapura dan Filipina.
Ketiga: Kadet Kehadiran
Program UBK meningkatkan kehadiran murid ke sekolah melalui kadet kehadiran dengan pemakaian pangkat seperti dalam organisasi pakaian seragam tentera untuk murid yang hadir penuh dan kekerapan 10 bulanhadir penuh membolehkan hingga gelaran kapten dan gelaran ini diberikan pingat dan nama myrid dipanggil dengan gelaran tersebut pada upacara majlis rasmi sekolah.
Takziah puan pengetua
Al fatihah buat arwah bonda pengetua
1 comments
Thankfulness to my father who told me about this web site,
this weblog is actually remarkable.