29 October 2018

Program Selepas PT3: Demo Penjagaan Rambut /Kulinari / Kecantikan/Sistem Komputer





Bermulalah aktiviti PT3 yg dikendalikan oleh UBK sepenuhnya dari pagi hingga ke pukul 1.00 tengah hari untuk murid PT3 pada minggu ini.

Saya menerima surat untuk post mortem Bengkel Kompetensi Guru Kaunseling DG44 dan DG 48 tetapi tidak dapat menghadirinya memandangkan untuk slot UBK minggu ini saya dan Rozinani sahaja yg mengendalikannya. Kak Raudzah tidak sihat dan mengambil cuti sakit minggu lepas. Dengan persiapan  majlis penutup Sambutan Bulan Kaunseling SMK Cheras Rabu ini dengan tetamu jemputan dari JPWPKL dan majlis persaraan pengetua hari Khamis ini, saya tidak mampu memberikan komitmen Post Mortem Kompetensi Guru Kaunseling DG44 dan DG 48 Peringkat Kebangsaan selama 3 hari di Puterajaya. Mula - mula  nak bertolak selepas program selepas PT3 tetapi ada keperlyan lain pula yang perlu dipenuhi.

Hari ini ialah hari Isnin di mana kami menjalankan aktiviti
8.30 - 9.30 pagi: Ice breaking dan Energizer
10.00 - 11.15 pagi : Ceramah oleh Sunsilk mengenai penjagaan rambut
11.15 pagi - 1.00 tgh hari
Ceramah oleh Kolej Bryers mengenai aktiviti memasak spageti dan Kolej Bryers dengan taklimat dan demo kursus kecantikan seperti make up dan hair sylist, kulinari dengan demo memasak spageti dan kursus tearista pembuat air , sistem komputer dengan demo mengenali hardware komputer. Nampaknya murid murid sangat gembira dengan perkongsian ilmu dari segi teori dan praktikal ini. 

Expired dateline
Thanks Afiqah for your help
Thanks Munshi for tolerate













Penjagaan rambut oleh syampoo Sunsilk. Taklimat dari multimedia dan kuiz dijalankan.














Taklimat dari Kolej Bryers mengenai kursus yang dijalankan iaitu kulinari, kecantikan dan sistem komputer. Murid bergerak dari stesen ke stesen untuk mendapat info yang lebih tepat dan melihat dengan lebih dekat.





















 

Telegram Channel