Adat bertemu dan berpisah. Hari ini saya join lunch meraikan majlis perpisahan 3 orang guru perempuan yg dapat bertukar ke negeri lain. Ustazah Hasmazati yang merupakan penyelaras Kelas Aliran Agama di SMK Cheras dan pernah mencadangkan kelas aliran agama iaitu Ceria ditukarkan kpd nama Imtiyaz diterima oleh pentadbir. Antara guru yg banyak berurusan dengan saya memandangkan UBK menganjurkan program pemantapan sahsiah untuk anak anak Imtiyaz 3 tahun berturut dan anak anak PRS yang cemerlang akademik dan sahsiah juga dilahirkan dari kelas ini. Mempunyai hubungan yg sangat baik dgn anak anak dari kelas Imtiyaz dan panggilan mama kepadanya merapatkan hubungan guru murid. Senang betul berurusan dengan ustazah ini memgenai projek kolaborasi yg melibatkan Imtiyaz. Akan bertukar ke sekolah yg berhampiran dengan rumahnya di Bandar Seri Putra
Ustazah Umizam pula guru yg sentiasa mengekalkan slang Terengganunya hingga saya lebih suka memandang bibirnya untuk menangkap apa yang ingin dia katakan jika saya tidak dapat menangkap maksud yang ingin disampaikan. Huhuhuhu...
Akan bertukar ke Terengganu dan memang rezeki betul bila dapat posting tukar bersama sama suaminya di satu sekolah yang sama di Terengganu. Kami selalu berurusan memgenai markah peperiksaan murid ting 3, PBS dan psikometrik memandangkan beliau guru setiausaha PT3. Senang betul berurusan dengan dia ni sbb sangat cepat dan efisien.
Cikgu Hidayatul guru sesi petang dan tidak lama berada di sekolah ini. Bertukar dalam negeri sahaja dan resultnya agak lewat diketahui. Cikgu yang tenang dan suka tersenyum.
Tahniah juga kpd Cikgu Fadzil yang dapat bertukar ke Pulau Pinang.
Majlis peringkat sekolah dijalankan hampir 2 kali satu pot luck dari guru guru sesi petang dan minggu hadapannya pula pot luck dari guru guru sesi pagi untuk meraikan guru guru ini. Maklumlah sekolah dua sesi dengan waktu SPM sedang berlangsung memang sukar untuk menjalankan majlis serentak.
Semoga lebih maju jaya di tempat baru yang saya percaya 100 % pentadbir sekolah baru mesti menyenangi mereka memandangkan mereka adalah guru guru yang sangat komited dan mendapat kepercayaan dari sekolah memegang jawatan penting.
Terengganu...mu tunggu
LDP 2019...hihihi