27 January 2019

LDP: Peranan Pemimpin Pertengahan Di Sekolah




LDP dijalankan hari khamis lepas untuk kumpulan pengurusan dan pertengahan sekolah. Refresh dan motivasi untuk membangunkan sekolah. Seramai 34 org terlibat dgn LDP ini inisiatif pengetua yang menjemput Pn Asiah Bt Abu Samah yg merupakan seorang pegawai kategori JUSA dan mantan nazir. 

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yg ahlinya terdiri dari 3 orang guru. Setiap AJK Pengurusan Sekolah dibahagikan kepada setiap kumpulan dan ahlinya adalah ketua panitia sekolah. Oh ye saya kumpulan Dahlia..saya mewakili ketua kaunselor dari AJK Pengurusan Sekolah dan ahli saya Ustazah Thahabian ketua panitia Agama Islam dan Aziyanti ketua Rekaan Jahitan Pakaian. 

Slot hampir 3 jam yg penuh dengan motivasi, gelak ketawa yang menghiburkan. Penceramah ini memang pandai buat orang teruja dan bermotivasi. 

Tajuk yg dikupas bagaimana peranan guru pertengahan dapat membantu tuan pengetua dalam meningkatkan keberhasilan murid dan keberkesanan dalam pendidikan. 

Menyentuh isu disiplin, isu etika guru, isu hubungan guru dan murid.

Satu tayangan video bagaimana sebuah sekolah pedalaman di Sabah dapat dibantu dalam meningkatkan kemenjadian murid dan keberkesanan pendidikan hingga muncul sekolah bestari.



Treat Farhan
KFC Alam Damai :)








































 

Telegram Channel